Selasa, 14 Januari 2014

Macam2 keje rumah

Assalamualaikum


Hari ini tak banyak yang maklang buat.  Angah volunteered nak buat brekfas. English brekfas katanya...Alhamdulillah..tak snap gambar pun... heheh


Lepas tu maklang masaklah kat dapur. Kekok pulak. Bukan apa...sebab barang2 masih belum semuanya kat tempat dia balik. Sudip masih dalam main house..so macam terkejar2 pulak masak kat situ. Jakun jugak sebab lama tak masak kat dapur ada hood sebabnya dulu memang terbuka luas dapur luar tu. Yang menyebabkan nak tutup dapur belakang tu ialah masa bulan puasa yang lepas ada orang masuk kat situ. Almari belakang di buka dan malam tu, masa kakak ke bibik nak ambil salad kat fridge belakang, nampak ada mask dan juga nampak tuala tergantung kat pagar belakang. Takut pulak...Pujuk2 Cik Abang minta izin dia nak tutup dapur belakang ..tambahan sekarang ni kat Kerteh mmg banyak kena pecah rumah. Seriau pulak dibuatnya.Moga Allah lindungi keluarga dan harta benda kami dan juga semua warga Kerteh...Amin..


Lepas lunch , maklang layan riben2 maklang yang bersepah. Lemari buat simpan riben ada yang melendot. Beli kat IKEA tak sampai 2 tahun kot...dah rosak dah. So tadi Hakim and Angah bertukanglah..pakai duct tape, balut2 biar laci dia tak melendot. So. Alhamdulillah dapat dah simpan semua riben dalam laci2..kemas lah sikit. Angah pun dok siapkan bahan2 utk kelas hari Isnin, InsyaAllah...



Si angah, maya dan Hakim bertukang bukak katil 2 tingkat...tak ada yang nak tidur tingkat atas, buat kompol habuk je...so katil belah atas dah jadi cam daybed kat bilik TV/ bilik jahit maklang. Besok nampaknya Angah akan sibuk mengemas bilik dia..InsyaAllah , lepas siap jahit beberapa bijik beg nanti maklang pun nak spring clean lemari maklang...Mabuk tengok banyak sangat baju2...Moga Allah permudahkanlah...Aminn


Cik Abang ngan Hakim dah ke masjid ..Alhamdulillah anak bujang mak, bila suruh ikut Abah, dia menurut. Moga Hakim nanti dah besar rajin2 lah ke masjid..doakan mak dan abah ye...


Salam Maulidurrasul...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan