Sunday, January 12, 2014

Sambutan Maulidurrasul

Alhamdulillah semalam cuaca sejuk.. I rasa cam duduk kat kg Columbia je..lately ni pulak asik teringat masa belajar kat sana dulu. rindu sangat masa2 muda belia dulu. Masa sihat walafiat. Masa tak rasa susah nak cari duit. Yang risau cuma kalau pass peksa ke tak. Sekarang semuanya dah berubah. Kita pula yang rasa apa yang mak2 kita rasa dulu. Rasa risau camana nak besarkan anak2 moga jadi anak2 yang berguna , anak2 yang soleh dan solehah , anak2 yang bakal menyambung zuriat kita, yang boleh mendoakan kita bila kita dah tak ada nanti...Ya Allah permudahkanlah urusan kami.


Semalam tak ada kemana2. abang ajak gi jalan2 kat kawasan sekolah tapi malas. lagipun hujan sekejap2 disana sini. Dahlah tak boleh kena ujan so tak payahlah cari pasal. silap2 pening and demam je dapat. So semalam betapa dalam rumah jelaa...tak kemana2 pun...menghabiskan sulaman riben utk pengantin yang akan due tak berapa lama lagi. Moga Allah permudahkan...


Hari ini pulak terlebih bznya..kesian cik abang kena tinggal. Ada majlis maulidurrasul tadi. memang setiap tahun kalau maulid, akan di 'bawa' oleh ustadz Khairol dari Kemaman bersama anak2nya...Memang terkesima mendengar qasidah yg dibawakan oleh anak2 ni...Ustadz pulak tazkirah dia memang best. Tadi tazkirah ustadz sedikit sebanyak macam ni:


Sambutan maulidurrasul @ surau rantau

Rasulullah kebahagian hakiki

Tak kenal maka x cinta

Cinta kan Rasulullah

Kalam cinta melalui syair tindak tanduk  kelakuan kpd nabi .. Krn cintakan rasul


Rahmat melalui rahmat Nabi

Moga menjadi asbab dipandang oleh Nabi sbb ada di sini ( majlis maulid)

Hai org2 yg beriman.. Telah Allah utuskan seorg rasul dr kaum kita yg nabi penuh  dgn kasih sayang. Ada sifat arrabu hurrah - memiliki kasih syg kpd umatnya

Allah kenalkan kita kpd rasul.
Kerana rasullullah tu martabat kekasih Allah. Sbb tu letak lepas nama Allah

Rasulullah manusia yg hebat.. Tak ada yg lebih hebat dr baginda. Tidak ada nabi yg dpt menandingi Rasulullah.

Apakah perkara yg dimuliakan oleh Allah pd hari kiamat?

Org beriman bertaqwa bersama parasyuhadah tobiyyin 

Bertemu bermimpi Rasulullah akan  terbawa2 dalam mimpi.

Cinta mendorong kita melakukan sesuatu kebaikan. Kita nak cinta itu merubah kita menjadi baik.


Bagaimana cinta kita lepas mengenal rasulullah?

Abubakar assiddiq menukarkan harta benda utk rasulullah

Sayyida omar. 1/2 drpd harta benda utk rasulullah 
  

Cinta Rasul 300 kali selawat sehari sebagai tanda cinta Rasulullah, tp kalau lebih banyak lebih bagus.mencintai nabi ialah mencintai apa yg nabi cintai iaitu sunnah Nabi

Sunnah Nabi yg wajib yg pertama2:

Yg menjadi plg utama..katakan jika cinta kan Rasul maka cintakan Allah macam nabi cinta Allah

Mengenal Allah dgn ilmu, ingatan , rasa dan pandangan.
  

Tumpukan lebih yg diutamakan . Bab akidah. Tauhid didahulukan.


Sunnah yg wajib ke2:

Sunnah jasad rohaniah pada Allah
Cinta pada jiwa. Ubudiah pada jasad- iaitu solat kita. Di terima di sidratulmuntoha.


Yg ke 3:

Tidak ada yg kuibadahkan adalah kerana Allah. Amal ibadat ke ikhlas.

Kena cari ilmu. Jiwa yg sudah bersih. Bukan senang nak jadi ikhlas. Syukur kepada Allah. 

Sifat hamba bila diberi nikmat dia bersyukur
Kn maksiat langsung taubat.

Kita rasa kita byk dosa dengan Allah maka kena menuntut ilmu. 

******

Anak2 yg mendendangkan qasidah.. Menjadi halwa telinga sungguh!
****

Petang maklang keluar lagi dalam kol 3. ada buat farewell utk kak Yus. Dia ni well respected disebabkan sangat kuatnya berusaha utk mengimarahkan surau dan dalam kerja2 amal. memang maklang tabik spring kat dia lah. Suka bab bila memberi motivasi utk maklang laa...Alhamdulillah Allah pertemukan kami...Moga ukhwah berpanjangan InsyaAllah dan moga kak yus bahagia di tempat baru. Jangan lupakan kami ye.. We love you kak yus!


Takat ini dulu...maklang as usual banyak perkara nak kena buat sebelum nak lelapkan mata malam ni....Doakan semuanya Allah permudahkan...Aminnn

2 comments: