Khamis, 23 Januari 2014

Stress

Assalamualaikum

Sungguh maklang tak larat nak menulis semalam. Tersangat mengantuk. Se awal 10:45 malam mata dah tak boleh nak bukak dah.. Tengok lappy pon mata dah tertutup. Tengok cerita istikhad cinta... Sambil2 nak jahit konon, tp cerita kemana jahit kemana. Tidur jugak yg datang.. So apalagi, simpan laptop dan tidurlah saya. Pukul 2 lebih terjaga. Rasa macam dah lamanya tidur.. Baca kejap buku cerita yang tak abis2. Ada kot 10-15 mins. Sambung tidur lagi.. Terjaga sekitar 4 lebih terasa ada benda berat atas pinggang. Apalah yg berat sangat ni??? Sedar2 rupanya kepala siHakim berbantalkan pinggang maklang.. Mak oiii!! Bila dah pagi beritahu dia kepala dia atas pinggang maklang, dia kata..
Berat ke kepala Hakim, mak? Tulah yg senoneng gaknya asik terbangun2 je...

Stress jadiknya lepas ada maling nak masuk rumah.. Moga Allah pelihara keluarga dan harta benda maklang... Aminnn
***
Semalam pagi maklang ada brekfas meet. Sebelum tu mengepow yg cg sekolah pesan. Sampai terlewat tiba rumah kawan maklang. 

Pow pagi semalan tak segebuz yg mula2
Maklang buat. Apa yang tak cukup tak tahulaa.

Tiba rumah kawan sekitar 9:20 kot. Dok kat situ about 1 jam dan bergegas ke sekolah hantar pow panazz.. Alhamdulillah!
Ada mee hoon lada itam

Ada laksam sedap

Ada popia vietnam Muni Mulan bawak .. Banyak maklang makan yg ini .. Sedap!


Dan ada ini.. Sedap.. Tak pandai buat ini.. Nnt teringin nak belajar buat:)

Lepas dari hantar pow maklang pergi surau ngan Angah. Mmg dah terlambat tapi tak apalah .. Dapat juga dengar walaupun kejap ceramah ustadz Mad Kemasik.. Alhamdulillah.. Sempat juga hantar beg yang Kak Faridah Sham tempah..

Lepas tu kawan ajak pergi usrah kat rumah Husna kat rantau laut. Bila tuba usrah dah habis, so tiba utk makan jelah..alhamdulillah rezki jangan di tolak..:)
Ada mee kari, kueh bom, ada macam2 lah. Shinta bawak kain utk jualan. Maklang memang seronok jumpa
Geng Usrah. Walaupun baru je join group ni sekitar Sept/ Oktober last year tapi kemesraan cepat terjalin.. Alhamdulillah!

Lepas balik, menyambung kerja utk nak siapkan pouches:). Alhamdulillah selasai sudah semuanya.. Kakak yg pasang butang dan juga maklang siap juga kusyen covers 2 buah. Semua ni nak
pakai utk wedding anak Kak Zah abang Nazri

Tak ada pulak gambar kusyen.. Nnt entry lain.. InsyaAllah.. Sehingga ketemu lagi dilain waktu...


Jomlaa berselawat... Allahhummasoli'ala Muhammad...

1 ulasan: