Wednesday, February 26, 2014

Cari masa..

  Assalamualaikum

Maklang masih sibuk sekarang. Cuba mencari masa utk nak siapkan kerja, melayan anak dan juga sekolah..

Alhamdulillah leher dan belakang maklang dah hampir ok. Ikut juga petua org tua, ketuk bantal 3 kali dan selawat kemudian dipukul pada belakang yg sakit. Kemudian jemur bantal tu. Alhamdulillah dah buat semua. Makan ubat .. Tak tahulah yg mana yg melegakannya.. Maklang pun berurut bertungku Isnin lepas sampai terlelap2.. Bayangkan kena uli dari 11:45 am sampai dekat 3:30 ptg.. Hehee nasib baik badan i tough or else mau lunyai.. Apa2 pon Alhamdulillah Allah dah bagi kesegaran semula..


Tapi hatiku dipagut pilu bila semalam maklang mesej kat kawan nak minta derma utk sekolah , tp kawan tu reply yang tak best dibaca:(. Tapi tak apalah sebab rezki utk sekolah nanti Allah akan bagi juga.. Kena yakin. Lagipun bukan senang nak buat kebajikan.. Cukuplah cerita keciwa.. Mehlah sambung cerita kebzan i.. 

Isnin:
 Birthday si bujang yg ke 13! Tapi dia tak sihat.. Angah buatkan kek tp in the end bawa ke rumah kawan sbb besday boy tak boleh makan choc.. Tonsil bengkak ler tu.. Risau jugak bila demam tu..


Lepas walking pg, sempat jahit beg sikit.. Then kena urut, lepas urut pergi kat Prudential konon nak apply jadi agen.. Masa tu berkobar tapi arini dah tak ada  mood sebab letih sangat kot.. Cam tak terkejar tapi dah bayar dah duit utk exam 



Lepas dari situ singgah rumah kawan yg nak pindah. Tolong2 sikit lepas tu ke rumah baru dia. Bawa balik ikan dan sayur utk digoreng sbb keadaan kat rumah dia masih tonggang langgang. Lepas maghrib kami ke sana semula. Makan2 .. Maklang sangat ngantuk malam tu. Tido kol 10:30pm. Letih kena urut..


Selasa:

Alhamdulillah semalam pagi siap dah 3 biji bag..:) boleh senyum sikit. Tak pergi walking pun semalam sebab rasa letih teramat. So menjahitlah saya:)

Ingat nak pergi kelas kat surau. Tapi buku tak jumpa utk kelas tajwid. So tak pergilah kelas sebelum tu. Ke kelas tajwid lepas tu balik sambung lagi beg.. Alhamdulillah siap sebijik lagi. Petang masa ambil Maya, pergi distribute surat nak minta dana utk Malam Amal. Petang tu juga ada meeting kat rumah YDP. Dari
5:15 -7:15 kot.. O

Malam best.. Angah yang masak utk adek 

Sian budak demam ni
Banyak sangat angah buat.. Maya pula dah tidur. So eksport ke rumah cikgu depan rumah.. Panas2 lagi..

Tak habis pon .. Semua makan separuh 


Budak demam pon tak selera:(

Malam tadi marathon... Sempat jahit yg ini

Rabu:

Tak jadi pergi walk today sbb tak ada yg respon. So, maklang main2 pokok.. Siap beli tools 2 sets.. Hehe.. Buat2 pokok sampai tak sedar dah dekat 9:30pg. 


Ada meeting kol 10:00 kat sekolah.. Doklah mengadap kat sekolah sampai kol 12:00. Bergegas pulak ke kelas faraid.. Balik faraid 1:15 balik rumah ambil Hakim nak bawa pi clinic. Dr pulak tak de. So maklang pusing bandar baru nak distribute hantar surat..lepas tu baru dapat jumpa Dr. Then pusing cari eskrem, tak ada pulak. Kol 3 baru sampai rumah. Lepas lunch baru naik nak jahit beg. Sempat siap sebiji.. Alhamdulillah! Baru nak relax, maya pulak
call nak balik. Ronda Mm nak pi amek duit derma dr kawan then singgah lmart beli spray nyamuk ( banyak betul.. Dah pasang ubat nyamuk pon macam x lut, so spray dan pasang ubat nyamuk) and beli eskrem.. Letihnya saya hari ini:(

Best petang tadi sempat buat yg ini

Siap jugaklah jangan tidak..


Ok ni nak siapkan keje.. Tp layu layuan ni.. Huhu

Jom selawat

Assalamualaikum


No comments:

Post a Comment