Rabu, 4 Jun 2014

Cerita semalam



Assalamualaikum

Actually maklang tak ada buat apa semalam. Fikiran rasa sangat relax sebab the pemandangan dah siap. So rasa macam one big stone has been lifted off my shoulder.. Alhamdulillah .. Pagi semalam tinggal matikan yang kat belakang aja... insyaALLAH paklang akan courierkan ke Aussie pagi ini...moga selamat sampai dan harap pelanggan maklang puas hati..


Pagi semalam siapkan nasi goreng cina aje. Letakkan udang bbrp ekor sebab suamiku memang suka udang. Beli kat NSK selayang murah sebab besar2. Rm28 lebih kot se kg. Kalau kat Kerteh harga sama tapi dia campur2 yg besar dan kecil. Heran jugak bandar kecik tapi mahal sangat barang makanan. Ikan2 pon mahal... Nak buat macamana , nak makan terpaksa bayar je lah. Kalau nasib baik dapat jugak kurang sikit.. Alhamdulillah 



Suka masak kalau cik abang suka nak makan.. Alhamdulillah Allah bagi ilham
setiap kali ke dapur utk nak masak. Nak kata pandai masak taklah juga... Sebab tiap kali masak campak2 dan tak lupa selawat banyak2 dan doa moga Allah bagi kesedapan. Masak dengan ikhlas buat orang yang kita sayang insyaALLAH sedap dan dapat berkat dari Allah! Alhamdulillah


Selesai masak, bersihkan badan before masuk office. Alhamdulillah siap jugak 1 jambak bunga. Maklang nak kasi pada aunty maklang yg kat melaka. Lama benar berhajat nak kasi dia. I grew up with her sebab dia kawan baik mak maklang. Sampai sekarang masih rapat lagi.. Alhamdulillah . Dulu aunty and uncle dok jb tapi dah pindah melaka sebab anak pkerja kat melaka. Lama dah tak jumpa aunty n uncle..

Nanti petang ni insyaALLAH siaplah buat beg ni...

Ok maklang nak siap. Maya sibuk sangat nak beli kasut...

Bye..assalamualaikum ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan