Ahad, 17 Mei 2015

Lima se dua

Pagi tadi pergi kedai talipon. Tengok2 talipon entah jenis apa tak ingat. Jurujual explain..

Talipon ni RAM lima sedua. 4gig

haah?

Lima sedua

Haah?

Lima sedua..

Muka dia dah boring dah.. Apalah makcik ni tak paham agaknya.. 

Makcik and pakcik pun berlalu lah bila tengok jurujual macam dah boring. Makcik percaya pakcik pon dok pahang..

Bila dah masuk kereta baru lah paham. Dia kata RAM 512Mb.. Hehe.. 

Teringat masa mula2 datang sini.  Cerita kat office ..

Awak dept mana? Cam gitulah kira2nya soalan..

Designer tu yg mmg kaw2 terengganu punya loghat jawab: instrumeng!

Haah?

Instrumeng!

Haah?

Instrumeng!

Oo instrument.. Ketawa nak pecah perut masa tu. Sampai kena sumpahlah.. Dia kata.. Nanti dah lama dok terengganu mesti cakap camtu.. Hehe.. Tp sampai sekarang kalau cuba nak cakap macam org sini pasti kena cakap.. Kak lina dok sah ler cakap Ganu.. Bughok benor bunyiknya! Hehe..



Nak buat camanakan, lidah makcik lina johor.. Cakap bahasa orang luor.. That is what we are being called.. Orang luor

Meh maklang tepek laksa johor and rojak india buat hiasan entry kali ini.


Cerita semalam ni... Banyak ikan yg lama dalam esbok.. So mintak bibik rebus and blend dan terhasillah laksa johor:)

Pasta campo2.. Sebab nak menghabiskannya


Lama2 bibik pon dah pandai buat timun tu..👆


Ni pulak hari ini.. Asma rojak aka rojak india




Dan ada chef popular datang petang tadi


Dan celebrety pujaan hamba:).. Maklang jamu carrot cake for tea:)


Sekian tayangan larut malam.. 


Jumpa lagi di lain waktu InsyaALLAH 






3 ulasan:

  1. Ambo pung bengong apakebende la 5 sedua tu...adoiii laa
    Hahahha..
    Lina....makanan sedap di makan..pinggan mangkuk mu jugak sedap di pandang.....hihihi..

    BalasPadam
  2. Hehe kak ezza.. Susoh gop kadang dok pahang.. Ada sekali kawan cakap koghok kering puaslah dok tanya apakebenda.. Rupanya tengkorak kering maknanya kedekut hehe

    Tengah mabuk pinggan tu.. Suka benar bila org belikan hehe

    BalasPadam
  3. Laksa johor!waduhhhh sedapnya!tapi,kolestrol macam tinggi ja..hihi...

    Jom kawal dengan kolestrol dengan PHYTOCOL ST!

    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html

    BalasPadam