Tuesday, May 12, 2015

Nak carik duit

Assalamualaikum

Diam tak diam besok lusa dah tengah bulan. Cepat betul masa berlalu. Lagi 2 bulan dah nak raya.. Hmm.. Banyaknya kerja nak kena siap. Berdoa moga Ramadhan kali ini akan boleh lebihkan amal ibadat InsyaALLAH . Kerja meriben macam banyak sangat lagi. Tadi ada yg menempah nak kensel tempahan. Banyak juga yg dia tempah, 4 bj cushion dan 1 alas meja makan utk 6 orang. Dia nak beli kit dan cuba buat sendiri. Alhamdulillah.. Allah bagi jalan untuk maklang nak mudahkan kerja. InsyaALLAH yang sedia ada ni pon belum tentu siap.

Alhamdulillah sempat siapkan sebatas tulip semalam dan serumpun orkid petang tadi:). Orkid ni Maya yang nak utk nak buat lucky draw hari guru nanti..


Lepas dah siap jadi beg baru maklang warnakan.

Doakan moga Allah permudahkan.. Amiin
****

Hari ini kepala ada pening sikit. Risau betul macamana nak cari duit utk PIBG sekolah anak2. Nak buat golf tournament takut tak ada sambutan sebab sekarang ekonomi tengah merundum. Tapi kena juga buat sesuatu untuk nak generate income sekolah.

Kalau tak buat payah pulak nak baiki sekolah dan nak jalankan aktiviti2 utk anak2 murid. Lagipun sekolah kami tak mendapat banyak peruntukan dari kerajaan kerana murid ada 320+ orang sahaja. Wang peruntukan dari kerajaan berdasarkan jumlah murid. Jadi sebab murid sedikit maka wang yg diperolehi juga adalah sedikit.

Hmmm.. Kena banyak fikir alternatif lain juga ni..moga Allah beri jalan dan petunjuk dan memudahkan kerja2 sukarela ni..

Kalau anda bagaimana? Ada idea tak macamana nak cari duit utk sekolah?

5 comments:

  1. 1.hari kantin selalu masuk bnyk, buat bnyk games, belon lompat2 tu, belon air (tak tau nak bg nama apa)
    2. majlis makan malam jual meja
    3. buat surat dengan kebenaran pihak tertentu utk kutip derma..

    ReplyDelete
  2. Bertuah sekolah yang mempunyai Ahli PIBG seperti Lina ni ...oppss lupa, husband Lina Presiden PIBG kan?
    Alwiz love your RE .. teringat all those frames of RE yang ada kat rumah Lina...cantik sangat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah susah hati jg pasal PIBG ni Azzah. Now paklang no long the president utk sek ren. Lina now YDP sekolah menengah dah tahun ke2

      Delete
  3. wah.. cantiknya bunga ini dihasilkan..
    tangan n minda seni aja dapat hasilkan yang terbaik macamni..
    boleh niaga..
    pasti ada yang berminat..

    ReplyDelete