Thursday, May 14, 2015

Penghibur hati

 Assalamualaikum..

Apakabar? Maklang rasa macam tak berapa sihat pagi ini. Tak sedar kediri ... Bibik ketuk2 pintu bilik, tengok dah pukul 6:30pg. Biasanya awal lagi maklang dah bangun. Minggu ni memang minggu yang penat sangat. Cuaca sangaaaat panas.. Hidung dah mula bagi signal macam nak kena selsema.. Tekak dah mula nak kering.. Kena cepat2 protect diri... Ya Allah ku pohon kesihatan yang baik.. Amiin

Dua malam lepas, seawal pukul 9 malam, mata dah tak boleh tahan lagi. Tersenggut2 kat kerusi. Masa nak ambil Maya dari tuisyen jam 10 malam, maklang tidur all the way, to and fro! Nasib baik paklang dah train Hakim to drive.. Or else puas jugak semua nak buat sendiri. Now both Maya and Hakim dah boleh bawa kereta. Tapi not on their own. Mesti ada org yg dah ada lesen kat sebelah. Alhamdulillah...

م

Maya dah jadi cam adek Hakim dah:)



Now, anak2 maklang dah besar2. Hakim je dah 14 tahun and he is now taller than abah dia. Tak sangka jadi besar gitu. Masa dia lahir dulu, Dr. sampai cakap dia tak ada harapan untuk hidup. Allah maha Kaya dan pemurah, rezki kami utk dapat anak lelaki sebab lepas dah lahir tak cukup bulan dan macam2 lagi dugaan yg menyinggah, akhirnya dia dah membeesar menjadi seorang anak yg  memdengar kata mak abah. Tak susahlah menjaga dia setakat ni. Alhamdulillah.


Walaupun badan dah sebesar Abah, perangai masih lagi keanak2an. Manja lagi. Dia lah peneman mak bila Abah tak ada kt rumah. Tapi wiken memang dia macam belangkas dengan Abah dia. Ke mana2 berdua aje.. Maklang biarkan dia macam tu sebab memang dia perlu nak bersama seorang lelaki.. Kadang2 kelakar tengok keakraban dengan abah dia.. Masih macam dulu2 lagi, soalan bertubi2 dan kadang2, soalan yang payah nak kita jawab.. Hehe..

Semalam ada lagi soalan cepumas dari dia.. Maklang layan je lah.. Penghibur hati mak tu... Alhamdulillah:)

Tiba2 dia kata .. Kenapa org kata mak
nampak tua dari abah?

Siapa yg cakap?

Kawan akim, kawan kak maya...

Siapa yang cakap? 

Orang2 lah.. Kawan2 Akim kawan2 kak maya..

Ohh.. Mak memang nampak tua dari abah..Sebab mak ni banyak perkara nak pikir.. Abah tu sebab dia senyum je tu nampak muda je..

Mak pikir apa?

Mak pikir.. Kalau suruh anak solat dia tak buat2..( dia dah solat)

Mana ada mak suruh?

Eh.. Mak suruh buat homework tak gerak2...

Kena sebijik.. Langsung bangun cari buku nak buat homework.. Hehe.. 




Saje menghias dengan spaghetti dan lasagna.. Berseri sikit blog ni:)
 Untuk lunch


Buat kuah banyak, so petang semalam maklang buatkan lasagna untuk dijadikan bekalan anak2 ke sekolah.. 

Sekian. Celoteh pagi2 dari maklang.. Sekadar updet kosong je:)


6 comments:

  1. What?? Hakim dah boleh drive? Hehe.. ada adult tidur sebelah pun boleh ya, Mak Lang? Alhamdulillah, awal² dah berkhidmat utk keluarga :) Have a good day Mak Lang 💖

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah since early this year or was it last year dia dah boleh drive. Dia kata macam bawa kereta mainan.. Hehe

    Paklang said, its better to have a navigator who sleeps than having none .. Hehe.. Maklang tgh practising .. To be like what he said:)

    ReplyDelete
  3. Semoga keluarga Mak Lang bahagia selalu.........

    ReplyDelete
  4. Semoga Mak Lang beransur sembuh. Sempat lagi dia post lasagna and spaghetti yg sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah maklang ok cuma penat je lately mungkin faktor usia dan cuaca

      Delete