Monday, January 12, 2015

Trauma


Assalamualaikum...


Maklang masih trauma lagi . Last Friday rumah maklang kena masuk pencuri, Maklang masih di KL. Kami tak jadi balik sebab cuti sekolah kan sambung lagi....


Nasib baik kawan yang nak tumpang tidur tu sampai awal jugak lepas dia keluar semula lepas ambil kunci dari ustad yang datang tengok2 rumah maklang. Mula2 dtg ustadz dah tunjuk bilik mana mereka boleh masuk . Sebabnya takut Kak Yah Pak Omar tak dan ganti semua cadar. Dia call maklang kata dah masuk rumah, tapi tak dan 5 mins lepas tu dia call balik beritahu rumah macam lain macam. Mula2 dtg rumah was neat. Seghiau sampai arini.

Malam tu kawan maklang tak jadi menumpang tidur.  Kesian mereka. Allah tak izinkan....Pasti ada hikmah utk semua pihak. Malam tu jugak ustadz dtg semula dgn polis nak tengok rumah. Polis masuk rumah dan ambil gambar etc.

Polis jumpa 1 beg berisi tabung duit Hakim dan Cik Abang, kat luar pagar belakang rumah. Agaknya berat sangat tak sempat nak bawak lari. Alhamdulillah selamat yang itu. Tapi yang sedihnya.... jam tangan hadiah harijadi paklang 2 tahun lepas dan bbrp utas lagi lenyap..duit Hakim 600 pun hilang...nasib baik duit Dhira dalam bekas angpow raya dia tak ambil. Itu mmg rezki Allah jaga..Alhamdulillah,..


Semalam pagi bibik realized kuali maklang yang pecah ( tp sayang nak buang sbb dia best dan masih boleh digunakan n tak lekat!), hilang,  tak ada kat dapur, pencuri ni lapar kot. nak amek kuali nak masak. Dia ambil maggi dan makan dan juga jagung dalam tin dan buah longan. makan kat rumah maklang. Tapi tadi pagi bibik ke belakang luar rumah terjumpa kuali feberet maklang tu...mmg sah mereka nak bawak lari tapi tak dan. mungkin sebab kawan2 maklang dah sampai...


ngeri betul Ya Allah lindungilah kami!

seharian semalam maklang tak buat kerja dan malam tidur macam tak best je...awal lagi kami dah alarm rumah...Ya Allah lindungilah kami dan harta benda kami....

Doakan kami!

Thursday, January 8, 2015

Tortila Tower Inferno...



Assalamualaikum


Alhamdulillah berjumpa lagi kita...updet blog sambil tengok Forum Perdana. Best malam ni pasal selfie - Ustadz Badlishah, Ustadz Kazim dan Ustadz Elyas


Kepala macam weng malam ni. Leher tak brapa selesa . Agaknya sebab tunduk menjahit. Alhamdulillah sudah selesai . Memanik acara minggu depan InsyaAllah.

Min tak de kerja.. Dia susun atas katil dan kira ada berapa yg maklong buat..:)


Pagi tadi maklang tak ada idea nak buat apa. So buatlah tortilla gulung. Inti ayam letak lada itam, oregano dan garam. Goreng atas pan kejap. Pastu panaskan tortilla tu. letakkan tomato, kobis yg dihiris, timun hiris dan carrot yg disagat.  Alhamdulillah...payah nak makan kalau glung gitu je, so , maklang masukkan dalam plastik dan celotapekan...hehe.. Maklang panggil tortilla Towering inferno.


Letak dalam mug.. Sebab seal sebelah je:)

Tengahari maklang buat mee kari. Tapi tercair. Tu pakai 2 paket kecik kari. sepeket RM1.oo Mahal betul. Biasa pakai peket besar...and kalau maklang buat mee kari mmg pekatlaa...Lepas lunch, modifylaaa...pekatkan, tambah santan dan sebagainya...tp bila tiba malam, tak dan pulak nak makan. Mee nya abisss!!


Happy cik abang mengadap mee kari

Kejap lagi nak kemas bilik  yang serabut...Cuti nak abis dah..Rumah sudah panggil balik..Harap2 cuaca elok bila kami balik nnt. InsyaAllah..:)


Terimakasih singgah sini:)

Wednesday, January 7, 2015

Salam tahun 2015

Assalamualaikum ..

Lama tak jumpa... maklang ni angin. kadang rasa nak updet maklang updet. rasa malas terbiar bersawang blog ni...hehe


Apa azam tahun baru ek? maklang ada azam juga...Selain nak menjadi isteri solehah nak juga jadi ibu yang rajin pantau kerja sekolah anak2. dan juga nak belajar macam2 ilmu Allah...InsyaAllah...nak juga memajukan biznez setapak 2 lagi...doakan maklang berjaya ye...


1.1.2015

ada reunion sekolah SIGS batch 81. lama tak jumpa. ada yang dah lebuh 30 tahun kot tak jumpa...Alhamdulillah it was fun


Sempat buat ni 1, utk hadiah tuan rumah:) Alhamdulillah

1.1.2015

hari yang sama juga Achik yang duduk rumah arwah makngah passed away. nasib baik before ke Bandung dan jumpa Achik walau tak lama Alhamdulillah dapatlah jumpa. Bila dia masuk hospital sbb dia jatuh dan luka kat kepala yg mana menurut Dr. darah beku di otak sbb stroke, maklang tak dan nak tengok dia kat spital baru cadang2 nak pergi hari jumaat...tau2 khamis dia dah tak ada...,,g ajal maut tak kira bila2.



Lps reU kami sempat ke masjid kat Bkt. Damansara, terus masuk saf utk solat jemaah dan sempat ke kubur. Alhamdulillah cepat aje urusan arwah. meninggal 12:45 tghari jam 6 lbhkurang sudah selesai. moga Allah cucurkan rahmatNya...Al Fatihah Amiin

Then ke rumah Pak Teh. Ada gathering adek beradek juga hari tu. Paklang dan anak2 dah ke sana dulu masa maklang ke reU. Alhamdulillah sempat berjemaah maghrib dan Isyak dan juga sempat bertahlii utk arwah mak dan abah serta acik  ...


Jam 9:40 kot baru kami tiba kat rumah Abang Anip. Bila ada kematian atau majlis kawin, masa tu lah baru dpt kompol...


Letih seharian keluar tak dok rumah...



2.1.2015


apakah yang berlaku Jumaat? hahah...paklang tak kerja. Maklang tak masak Jumaat, tu paling best. Kak Airina, wife  abg anip kirim sepiuk kot beriani...Lega banyak.  menyulam je lah kojenya seharian

Yg ni kot.. Hehe tak ingat jait yg mana

3.1. 2015

 Maklang jait baju hari sabtu. siap sehelai jubah...Alhamdulillah. malam tahlil lagi kat rumah abang anip



4.1.2015

Alhamdulillah gathering lagi kat rumah Pak Chu pulak...Makan lagi...sempat jugak I jual kain. Laku 6 pasang. Thank Mak Chu and Mak Teh. The food was good. Maklang pakai jubah baru heheh...potong jubah tu dah dekat 2 bulan kot..ni baru dapat jait...Alhamdulillah...malam melepek sebab penat seharian keluar...

Anak2 bila berjumpa main jelaaa

Alhamdulillah...cerita hari Senin jap aaa..nak ingat balik

Jap cerita hari ni.. Tolong bibik buat karipap dan siapkan sulaman riben yg ditempah:) Alhamdulillah

Feveret icop

Ada budak bandung nak yg letak telur.. Dia sampai sabtu ni insyaALLAH 

Tq all for dropping bu

Bandung kami datang lagi..

Alhamdulillah ... Sudah tiba masanya nak terbang lagi..:)


Rindu dah dengan anak dara pertama saya.. :) insyaALLAH akan jumpa dalam masa 4 jam lagi:)