Isnin, 9 Mac 2015

Hidangan sedaaap


Assalamualaikum
Maklang type sambil baring.. Ok kan. Awal mata dah ngantuk. Ni pon tahan dulu makan ubat allergic yg aritu. Jap lagi boleh makan, lps tu selamaaaat .. InsyaALLAH .. Dah biasa now tido awal. Badan dah tak kuat.. Tapi masih boleh doa moga Allah beri kekuatan.. Amiin. 

Pagi tadi awal dah keluar. Ke sekolah nak sign surat jemputan utk agm pibg yg akan berlangsung 28.3 ni InsyaALLAH . Cik abang hantar maklang and anak2 kat sekolah and langsung dia gi beli nasi kerabu. Sayangnya kedai tu tutup

Hari ni heavy semuanya..

Makan je kojenya . So inilah hidangannya...

Cik abang sayang suka breakfast kat luar tepi kolam..


Berdua je pagi ini



Rasa? boleh lah.. Beli kat kemasik kat simpang tok kaya? I pun tak pasti kat mana tapi taulah tempatnya

Before lunch sempat layan beg2 saya . Sempat siap 1 je. Boleh pulak sambung tido.. Ngantuk ubat tido tak abis lagi... Huhu


Hidangan tengahari sodap. Angah yg masak:) pandai dah anak dhagho den soghang ni ha..
 Maska lomak daging salai ( salai atas kuali magic tu je;) dan togong belado


Lepas lunch Alhamdulillah banyak juga yang siap:).
 
Ada 1 lagi tak ambik gambar. Nnt dah siap boleh tayang.


Untuk tea angah buatkan lempeng pisang kelapa yang maklang dan bancuhkan lepas lunch tadi. Tp lembik pulak. So tambah lagi tepungnya.. Alhamdulillah sodap!


Malaam tak makan lah .. Dah banyak sangat masuk dalam perut..( tp rasa laparlah pulak ni.. Huhu

Ok lah good nite! Assalamualaikum!



Sabtu, 7 Mac 2015

Telinga tersombat

Assalamualaikum


Tajuk bestkan.. TERSOMBAT... Teringat kat Min.. Dia mmg sebut tersombat.. Mesti tergelak esp bila angah yg cakap penuh ekspresi hahaah


Kat kelinik sekarang. Telinga tak stable. Malam tadi letak ubat. Pastu macam ada udara yg menyebabkan telinga tak function. I am pekak atvthe moment! Lagi malam tadi! Tadi pagi letak air berkali2 pun masih tak nak. Dr kata ada blockage dalam telinga .. Sebab banyak t@hi telinga kot... Padahal almost tiap hari korek.. Sbb blockage tulah yg membuatkan i terbatuk2 je.. Symptoms awal tahun..


Ramai pulak org kat klinik ni... Dahlah belum masak.. Sian encik suami yg nak balik makan lepas servis kereta.. Hatap en suami bersabo ye..


Lagipun pagi tadi brekfas nasi lomak dah...:)


Bila telinga tak function betul, rasa macam unstable. Baru sikit Allah tarik, sudah ini macam... Astagfirullaha'azim!



Jumaat, 6 Mac 2015

Nak diet .. Konon


Assalamualaikum 

Lama tak jumpa. Lately ni gula macam tinggi je. Stress ke anak maklang yg sulong tanya.. Ye.. Mak stress and risau..


So, sementara Angah cuti semester, rajin juga dia melayan.. Alhamdulillah:)




Maklang memang suka salmon bakar. Sedaaap


Dan tadi dia buat ni,    




Tapi dia kasi ni bila maklang dah makann ni satu bersama 2/3 nugget dan 2 keping roti jagung bersama kuah asam pedas yg dia buat petang tadi.. Gi mana dong???

Alhamdulillah.. Ada angah kat rumah, maklang rehat lah jugak. Tambah tengah batuk2 ni.. Penatnya rasa:).. Pagi tadi 1st time dia buat masak asam. Maklang dictate macamana nak buat je and alhamdulillah.. Lunch masak asamlah:) 


Sementara ada rumah ni, kena kerahlah.. Semalam buat carrot cake. Ada kawan tempah.. Tapi adalah upahnya:)





Sekian... InsyaALLAH ada masa kita jumpa lagi:)