Wednesday, March 23, 2016

Hakim

Assalamualaikum

Apa rancangan anda hari ini? Jom walk pagi2. Alhamdulillah batuk dah tinggal 3% kot, dah boleh lah keluar rumah..

Malam tadi tidur agak lewat. Ingat nak juga lelap awal dalam jam 11.00 tp terlangsung jadi dekat 12:30am. Teman anakanda buat hw. Nasiblah mata cooperating. Sambil2 selongkar laci2 barang saya yang bersepah. Sambil2 cari kat manalah terselitnya cincin2 berlian saya. Masalah betul tau. Suka sangat letak merata2. Kadang tengah jahit rasa tak selesa terus bukak dan letak kat tepi pastu lupa.. Allahuakbar sesungguhNya DIA sahaja yg tahu kat mana. Semoga Allah lorongkan pencarian saya yg akan menemukan cincin2 tersebut!

Alhamdulillah masa korek2 barang jumpa sampul raya.. Ada duit RM100! Kes tak ingat jugalah tu.. Wahh Kim , mak jumpa 100! Beritau Hakim yg sedang tertiarap buat hw. Bukannya tak ada bilik study. Tapi no response. Laa dia terlelap depan buku2 sekolah dia. Kesian benar tengok kan..

Sekarang ni kelas habis 4 lebih. Balik rumah dah dekat jam 5. Rehat kejap mandi, solat pastu buat hw. Dekat pukul 6 ustadz dtg ajar ngaji ( dia dah khatam bbrp kali tp rule of the house mmg kena ngaji selagi ada dalam rumah ni. Even if Along Angah balik and if ustadz datang, seme kena ngaji juga!.. Mak abah je ngaji sendiri2 hehe). 

Lepas Maghrib dalam pukul 8 dah ke tuisyen sampai pukul 10:00. Sampai rumah 10:20 - 10:30. Rehat lah 10-15 mins. Lepas tu sambung pulak homework. Kalau tak banyak Ok lah. Kalau tak entah jam brape dia tidur. Mak yg selalu lelap dulu. Macam malam tadi bila dia dah lelap kejut juga 2-3 kali tp macam tak boleh bukak mata dah.

So, pagi tadi pukul 5 lebih dah gerak dia. Suruh dia mandi and solat dulu biar segar. So, sekarang ni sedang menyiapkan kerja sekolah dia. Baru sat terdengar dia menguap.. Kesian anak2 sekarang. Macam teruk sangat sekolah ni. Padahal baru PT3! 

Mak doakan semoga Allah permudahkan segala urusan pembelajaran anak2 mak walau dimana mereka berada... Semoga ilmu yg dicari memberi manafaat dunia dan akhirat .. Amiin


No comments:

Post a Comment