Sunday, March 6, 2016

Sunday yg agak mengeciwakan:,(

Assalamualaikum

Alhamdulillah walaupun hari ini hati agak kecewa atas suatu kejadian, namun cuba juga ku sorokkan dalam lubuk hati dengan melayan peti ais yang agak sepah.  Lepas rebuskan sayur brokoli dan carrot bersama fishball yang bibik goreng buat bekal Hakim, diteruskan dengan mengemas dan memasak sup tulang. Boleh buat mee sup untuk tengahari. 

Breakfast pun sekarang makan yg bakar2. The lesser the oil the better. Makan sayur banyak2. Nak buat macamana jagalah sebelum menjadi teruk. Moga Allah permudahkan untuk kembali sembuh.. Amiin

Makan roti sekeping dengan sayuran dan ayam. Minum air kosong je. Yang dalam gambar minumlah seteguk dua. Memang kurang gemar nak minum air teh atau kopi:)

Selasai brekfas, ke Chukai. Kena sign borang untuk nak dapat share company, depan pesuruhjaya sumpah. Alhamdulillah maklang baru dilantik utk join sebuah syarikat jurutera perunding di sini. Keje tak tiap hari masuk. Cuma bila ada job je. Alhamdulillah . Kejap sgt sign. Alhamdulillah dah pun dipulangkan pada tuannya. Doakan maklang mudah bekerja dengan mereka.


Tengahari ini kami makan ini. Sekarang banyak makan yg banyak air. Biar cepat kenyang!
Meehoon sup tulang


Alhamdulillah dah kenyang. Tinggal 2 ketul tulang dan daging untuk Hakim yang akan pulang lambat sebab menyertai sukan MSSD . Baling cakera. Moga anak mak dapat pingat. Amiin


Petang ni samada layan ini atau layan mata. Kerja memang banyak lagi yang belum selesai. Moga Allah ubati hatiku yg kecewa ini.. Huhu.. Feel like crying!;,(

Semoga segalanya Allah permudahkan.. Amiin

No comments:

Post a Comment