Isnin, 11 April 2016

Bila manusia sudah kaya..

Assalamualaikum...

Sah2.. Nenek lupakan cucu2 dia. Dah lepas maghrib baru di foto pulak. Kebetulan ibunya dah tutup seluruh sarang (cucu2 kat dalam sarang di bawahnya). Suruh juga mak sedara burung bernama Maya ambilkan gambarnya... Nanti upload.

Nenek dia sibuk sebab mak sedara nenek datang dari jauh. Mak sedara yang rajin turun ke Kerteh. Anak sedara duduk je kat rumah sebab suaminya kerja jauh mencari rezki, bila wiken duduk rumah je lah..

Semalam hati nenek sedih juga bila mak sedara nenek kata.. Dia tak layak ke majlis perkahwinan cucu sedara dia .. Dia tak dapat jemputan pun... Kesian nenek dengar. Ingatkan benda macam ni ada kat drama tv je.. Rupa2nya benar2 berlaku... Takpelah mak sedara.. Bertabahlah.. In sha ALLAH ada majlis lain dia akan jemput mak sedara...

Macam cucu2 nenek yg dah tumbuh bulu tu jugak.. 4/5 hari lagi akan terbang jauh.. Akan kaya dengan makanan. Akan hidup bahagia dengan burung lain. Kot nanti dia kawin dia tak jemput pun nenek dimana dia menumpang berteduh masa kecik2. Nenek tak berkecil hati kerana masing2 punya hak..

Apalah nenek membebel pagi2 ahad ni...saje je nak lepaskan rasa kesal dihati..

Kita tepek gambar makanan lah.. Destress sekejap.. Sebab cheat wikenkan.. Hari ni In sha ALLAH mee rebus Hajjah Lina Hadi akan ada atas meja buat Haji Nazar:) In sha ALLAH

Hasil sentuhan Maya kek coklat tu. Pastry tu bibik yg buat.. Inti dia i yang buat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan