Jumaat, 7 Oktober 2016

Hantar Atok Wan ke KL

Assalamualaikum


Sorrylaa...maklang ingat nak update selalu, tapi laptop tua tak nak berfungsi. Wifi tak nak sambung. Ni kebetulan maklang kat KL, nak reformat semula laptop ni, maklang ambil kesempatan nak update.

No storylah cuma rasa macam masa terlalu mencemburui kita...sekejap2 dah sampai wiken semula. Kadang macam nak cari masa nak kasi elastik...boleh tarik bagi panjang supaya cepat boleh buat keje. Masalah juga bila kadang tu nak menjahit guna jari jemari ni tapi yang dijahit bukan nya bunga tapi jahit mata..huhu...mudah sangat terlelap sambil pegang jarum. Letih agaknya. Bangun awal, tidur lewat. Tenaga dah tak semacam dulu.

Itulah kan...kenalah bagi2 masa juga untuk dunia dan akhirat. Tapi bab akhirat tak payah lah nak cerita sebab tu antara kita dengan Allah...Kita cerita pasa riben je...hehe...kalau tak pegang sehari, dapat tengok pun jadiklah..

Alhamdulillah banyak juga nak kena siap by cukup bulan. Rezki dari Allah tu...




Alhamdulillah ada kot 12-13 biji yang dah siap jahit. Tinggal nak mekap je sikit lagi. Tunggu kak Shimah pickup je




yang ni satu lagi..


Alhamdulillah kami dah sampai KL sekitar jam 2:21 ptg. Cruising on the road je tadi. Maya yang drive sampai Temerloh then maklang take over. Alhamdulillah dari Kerteh 11:00 am tadi. Konon nak gerak awal jam 7:00 pg tapi terlajak sampai 11 sebab nak masak lah, nak beli nasi dagang laa...macam2..lagipun atok dah buat CAPD yang ke2 so tak payahlah nak rush. Now, kami tak kasi Atok drive dah sebab dia tak kuat. Dalam rumah pun pakai tongkat. Kesian Atok. Semoga Allah beri kesihatan yang baik buat ayahbonda tercinta dan dipanjangkan umur dan murah rezki. Dan semoga dipermudahkan utk beribadat. Aminn . Ni hantar ke KL dulu, besok ada wedding tapi maklang tak sempat pergi . Kirim Angah and Maya je. Kesian Hakim tinggal ber2 dengan bibik . Lusa PT3...Tak sanggup nak berlama. Awal plan patut balik hari ini tapi encik suami tercinta kena bertugas di Kucing. Balik dah lewat malam, tak boleh nak drive malam ni...


Big Boss and Maam yang dicintai



Kueh samperit ni kawan maklang buat. Sedap! Atok suka . Aisyah lagi suka! Sape2 nak order boleh mesej maklang. sebekas ada 50 bj RM25. Memang berbaloi sebab sedap!



Insya Allah kalau dapat reformat dan laptop ni berfungi dengan baik , maklang berharap kerajinan datang kembali. Lebih best cerita kat blog sebab senang nak track apa yang kita buat. Tambah2 dah berumur ni. Banyak tak ingat dari ingat. Semoga Allah kekalkan dan kuatkan ingatan kita...Aminn

Sehingga bertemu kembali..Inn sya Allah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan