Khamis, 10 November 2016

Berita terbaik! Alhamdulillahh

Assalamualaikum..


Alhamdulillah best rasa bila laptop dah boleh guna. Dah lebih setahun terperap sebab internet dia kong. Alhamdulillah 2 hari lepas kawan yang selalu dtg betulkan PC anak2 dtg betulkan. Rupanya wifi card not properly connected. Card rosak pun ye. Dah ganti card baru and its working perfectly!


***********

Alhamdulillah semalam bibik masakkan Ayam masak padang. Maklang sejak tak ramai ahli dalam rumah ni, malas nak masak. Bila ramai ahli barulah merajinkan diri. Baru seronok nak memasak. So lunch semalam makan ber2 dengan Hakim. Sedap!

Petang semalam geng ngopi  datang.. makan lagi!
 Terubat sekejap hati yang sedih sebab ikan mati..huhuh

Tapi Alhamdulillah dapat berita baik.. Suka sampai nangis. Moga Allah permudahkan urusan kami nanti

Dapat kupon lagi dari ustadzah.. nak buat Surau Ar Rahman..
 Lepas balik dari kelas tadi, singgah makan tahu bunting kat rumah kawan. Then lepas zohor, merempit jahit beg. Alhamdulillah siap!
 lepas tu buat pulak beg terlebih inci. Takut juga yang tempah tak nak sebab tersalah size. Multitasking ...kira2 sambil wasap ngan adek... Tp Alhamdulillah  yg tempah suka...

Oklah bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan