Sabtu, 26 November 2016

Di mana dan bagaimana kita nanti..

Beberapa hari yang lepas, one of my closest friends came to visit me.

Saje minum petang sambil2 sembang pasal riben sebab dia sedang sibuk nak jahit for the family punya wedding. Gave her ideas on how nak place bunga, warna camana and all.

Tiba2 we talked about the ekonomi yang dah melecet.. wah semua barang mahal kak Linaa.. she said. I couldn't agree more!

'Nak makan kat luar pun sekarang berkira2 sebab rasa macam tak berbaloi... saya pun dah jarang sangat makan kat luar '... katanya..

Kita ni memang jarang sangat beli makanan. Melainkan kalau beli breakfast kat pasar malam or pergi makan nasi kerabu feberet yg sedap tu or 2/3 bulan sekali pergi makan roti canai kat airport tu..

I told her.. ye betul.. masa untuk nak jimat cermat.. gaji dah kena potong.. macam abang akak pun kena juga..

Dia kata suaminya kena slash 15%, kalau gaji 10000 dah hilang 1500 , nak senang kira je, bukanlah makna gaji suami dia 10k.. memang pening dengar.. mana pulak kalau anak masih di IPT..

' Banyak kak... anak saya masih belajar lagi di IPT. Kadang dia orang ni belanja ikut suka je.. kejap2 mama.. nak duit'.. dia sambung cerita.

Memang betul sangat.. kita ni cubalah nak jimat2.. tapi kalau anak2 tak nak sama2 berjimat , pergi makan sana sini, belanja entah apa2, nak jimat macamana. Tambah pulak bukan duduk dengan kita.. tu laa.. salah kita juga mungkin terlalu beri kesenangan pada mereka kan.. i said..

Then we talked about duit epf. Masa suami dia dapat epf she told me dia dapat gelang besar.. Alhamdulillah i am very happy for her. I told her ..masa abg akak keluar epf , dia tak kasi gelang pun, dia kasi cash je buat ingatan.. abg kata takleh belanja sangat duit simpanan tu. Itu lah simpanan hari tua kita.. kalau ada anak nak bagi kita, Alhamdulillah .. kalau tak de kita kena lah jaga diri sendiri.. betulkan tu..

Itulah dah tua2 ni.. terfikir juga macamana kita bila dah tak berdaya nak cari duit sendiri utk nak tanggung belanja.. belum tentu anak yg kita belai , kita manjakan ni akan pasti nak jaga kita.. i said

Dia menggangguk setuju!

Semoga Allah pelihara kita semua dari kesusahan dan permudahkan hidup kita macamana kita mudahkan hidup ibubapa kita.. Amiin

I love my friend yg itu.. have always been my best buddy even though we seldom meet.. suddenly cucu sedara dia terpikat kat cik Lina.. tiba2 dia panggil cik Lina 'mok' for mak in bahasa terengganu... hehe.. Alhamdulillah

2 ulasan:

  1. Salam maklang..
    Memang betul.anak anak yg dididik dengan kemewahan belum tentu nak berkorban untuk makbapa.

    Takpe la kawan maklang beli emas dan duit epf tu. Good investment. Desak sesak esok dah tua boleh jual. Kalau dipakai kerap setiap tahun tidak lah perlu berzakat. duit hilang susut nilai.

    Memang benar esok dah lemah dan berusia.. masa tu semua nak pakai duit dan medical kena bayar kalau bukan govt sector.
    Duit keluar macam air...

    2017 dan berikutnya..economic forecast sangat lah teruk.. bersiap sedia kah mengikat perut dan nafsu...

    BalasPadam
  2. Pikir pasal ekonomi yg makin teruk ni.. jadi takut..

    Tapi kita berdoa dan terus menerus yakin bahawa Allah takkan biarkan kita tanpa rezki dariNya..

    Tq G rajin tinggal komen

    Best sikit rasa.. tak cakap sorang2..

    BalasPadam