Rabu, 9 November 2016

Ikan koi mati dan ular hitam

Sedihnya hari ni. 5 ekor ikan koi mati. Tak tahu sebab apa. Perut kembung!

Dah sampai ajal ikan. Ada seekor lagi macam nak mati.. semua besar2 dekat 1 kaki panjang dah...

Baru tadi ingat macam nak tutup kolam je sebab cost letrik about rm300. Macam ikan terdengar je hajat tuan dia..

Sayangnya ...

Pak omar kata bela je ikan puyu tak payah on kan letrik. Jimat kos. Kat sekolah hakim pun bela ikan puyu .. elok je.. air pun tak ijau..


Allahu.. semoga Allah beri jalan keluar...


Ngeri je masa siti Siti Samihah Nooral Azhar nak keluar rumah tadi tiba2 ada ular dlm 1.5 kaki bergerak nak masuk rumah. Alhamdulillah bila bukak pintu rumah tadi ular tu u-turn lari and masuk bawah celah2 titi..

Bibik taburkan sulfur kat titi..

Bibik kata biawaklaaa buk, biawak..

Laa bibik .. saya nampak ular! Takkanlaa saya tak kenal ular atau biawak!

Bila dia tabur sulfur ular tu keluar dari bawah titi depan pintu rumah..

AllahuAkbar bibik ucap.. dia baling batu pada ular 2-3 kali tak kena. Last2 dia ambil kayu.. dan .... ngeri nak cerita.. siap ekspresi muka lagi..

Ngerinya tengok.. ibu lari masuk rumah..

Tak berdosakan bunuh binatang macam ni.. ?

Dahlaa.. ibu nak solat pastu nak jahit.. dah 2 binatang mati arini... mungkin ke ikan mati kena gigit ngan ular? Wallahu'alam..

8 ulasan:

  1. Salam
    Mungkin air atau penyakit... Juga punca kematian. kenapa tak bela ke ikan keli dan ikan tilapia. Tak pun ikan kap. sambungkan pam pada solar photovoltaic. Ikan kena pam. Kalau tidak susah nak hidup. KELEMASAN. .

    Bela ikan sepat,ikan kap paling mudah.. Dan bila dah tiga empat bulan tangkap dan makan.
    Nenek kawan bela ikan dalam kolah empat segi aja. Kecil. Tak de pam. BELA ikan keli... bila cucu balik dia sauk buat ikan bakar.

    Anyway..makan sehari sekali.. rajin bersihkan pam..filter.
    Lagi satu kat kolam letak sikit kulit cangkerang sbb ianya dapat meneutralkan air.. sbb air kolam ni ibarat air limbah.. so acidity very high.

    Anyway... ular masuk rumah.. maksudnya lagi. .. PD org tua tua... nak kena pindah.. wallahuaklam

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah TQ G, Agaknya kot air atau food dia. Dah tukar dah air dah tukar makanan ikan. Alhamdulillah ari ni ikan nampak ok

    Dulu pernah bela ikan keli and talapia tapi kolam kotor. Suami tak makan ikan keli. Tengah berangan nak bela ikan kaloi atau ikan nila, Insyaallah boleh buat makan nnt.

    Nnt cari kulit cengkerang, Kulit kerang yg kita makan tu ok kan?

    Ular tak masuk rumah. Dia kat luar rumah

    BalasPadam
  3. Kulit kerang ..makan ok..make sure no oil ..n soap residue. ..
    Basuh rendam letak dlm tangguk biar kena hujan.
    TAK pun kutip tepi pantai. IT has natural lime...
    Ikan kap tak makan? ATAU ikan air tawar.. makan pelet je..
    Oh btw ikan salmon farmed kurangkan makan. Mereka letak banyak kimia dan peletakan ada ug di campur tahi ayam di process dan dyed.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In sha ALLAH nnt pi kutip kt pantai. Tp kalau letak dlm kolam kalau ada lumut tak ke susah nak cuci sebab kulit kerang kan kecik2. Ke letak dalam net or dlm pasu and then submerge dalam air

      Padam
    2. Ikan kap tu ikan kaloi ke. Suka ikan nila or gurame mcm kat indon tu. Sedap. Kat kedai ikan ada jual ke?

      Sekali sekala je makan ikan salmon ni. Beli kat giant. Yg tu farm punya ke?

      Padam
  4. Ular tu beli belerang 7 8 kg..tabur keliling pagar.. Dan tebing longkang. ..Serta celah lantai ada pasu.

    BalasPadam