Jumaat, 4 November 2016

Pulang ke sarang

In sha ALLAH 1 jam lagi nak sampai sarang ..

Rasa macam nak tidur sepanjang jalan sebab keletihan memasak lauk pauk untuk nak tinggalkan di KL. Alhamdulillah siaplah ayam masak lemak cili padi, ayam berlado, kari ayam, daging bercili limau kasturi, udang masak lemak dan udang sambal sikit.

Angah dan hakim hantar atok dan wan ke skypark pagi tadi. Lepas tu dia ke pasar beli bahan. Mak tunggu je kat rumah, basuh baju, lipat baju yg baru cuci semalam baru kering, ganti alas katil . Berangan nak kemas rumah tapi mmg tak dayalah sebab nak masak. Part paling best tadi sambil lipat baju, sambil masak kat dapur sambil layan cerita kat hp. Best internet lajuuuuu je.. masa masak pun boleh tgk cerita heheh.. konon2nya tadi gorenglah ayam berketul2 utk dimakan bersama masak lemak udang dan kacang. Memang agak cukup malah berlebihlah utk 4 orang makan...tapi yg sedihnya bila nak makan tinggal kepak 1, kaki ayam dan leher serta hati dan hempedal. Sampai hati org2 yg makan terdahulu tak tinggalkan utk tukang masak yg masak macam nak patah pinggang. Makan lambat pun sebab nak mandi dulu and solat. Punyalah rasa sedih tadi. Lenkali masak2, kena sembunyikan utk sendirilah. Huuhuu

Cuti dah nak tamat. Malam ni kena cukup restlah. Besok pagi nak mula kelas. Petang nak kena mula jahit beg. Kena start masuk duit kat tabung itik semulalah kalau ada rezki nak jalan2 lagi , In sha ALLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan