Sabtu, 22 Oktober 2016

Sek teknik

3/4 ari lepas ada budak pergi buat lawatan ke sek teknik di cheras

Dia repot kata best sangat sekolah tu..

Terus2 nak masuk sekolah tu..

Wah kalau macam gitu, mak pun nak pindahlah nak duduk kajang..

Beriye2 dia nak masuk sekolah tu..

Mak macam rasa terkejut juga. Tak pernah lagi ada anak yg beriye nak masuk asrama. Memang rasa pelik.. tapi mak cool aje..

Until semalam petang dia balik ke rumah KL. Masa dia sampai mak tido..

Ha.. mak dah bangun! ( mak tido mati semalam sebab entah letih sangat!).. mak tanya dia betul2.

Betul ke nak masuk sek teknik?

Ho laa nak gi sek teknik..  Nanti mak hantar dan ambik Hakimlaaa

Eh mana boleh. Awak ingat dekat ke? Maybe 2jam pergi 2 jam balik. Kalau nak pergi.. kena dok asramalah!

Hmm terus dia kata.. taknaklaa.. tak jadik masuk. Ingat boleh dok rumah.. heheh..

Tak jumpa mak dia 4 hari, balik2 terus melekat ngan mak petang semalam.. masih bermanja2an lagi.. sama macam Along hehehe.. oooopppsss..

Khamis, 20 Oktober 2016

KL and sakit gigi bongsu

Assalaamu'alaikum


Here i am sitting at the waiting area with my aunt, wan pari.

Nak cek mata dia. Ikut dia sebab kejap lagi nak cisit my paklong kat somewhere here. Almaklum di KL ni i keretaless..

Lama dah paklong sakit. Bila sekali sekala datang mmg berhasrat nak pergi temgok. Alhamdulillah Allah beri masa ni nak melawar dia.  Semoga Allah permudahkan


We arrived KL semalam petang. Alhamdulillah smooth drive by aiman. I sat at the back. Macam maam tua.. duduk ngan my aunt. Tok Uncle kat depan dgn driver.


Tiba KL , lepas solat,  makan nasi lemak, bekal dari KL. Masih berbaki 1 bungkus. Untuk lunch hari inilah agaknya...


I was not feeling so good malam tadi. Gusi kat gigi bongsu sakit. Rasa macam nak domam.. huhu


Doakan maklang sihat. Banyak keje tak siap .. huhu

Ahad, 16 Oktober 2016

Larian Amal 2016

Alhamdulillah

Semalam berakhir sudah larian amal yang telah di war2kan dan ditakuti tidak berlangsung dengan jayanya..

Alhamdulillah, cuaca sangat baik


Kehadiran sangat memuaskan.

Alhamdulillah kutipan juga baik.

Semoga Allah permudahkan usaha kami untuk membina sebuah surau utk SMKRP

Gambar tak boleh upload pulak...tak reti bila guna comp orang

I am wishing to own one new laptop for my own use.. huhu

Rezki belom cukup lagi utk nak beli lap top. Kena gode2 je laptop lama...


Selasa, 11 Oktober 2016

Kisah sedih dan pt3

Kisah semalam... gambar masa cg sedang memberi tips terakhir sebelum masuk exam

Penatnya rasa badan semalam. Awal dah masuk tidur.

Terlupa langsung nak buat cupcake semalam. Dah jam 9:30 baru teringat. Manalah nak buat. Badan pun penat. Penat otak fikirkan problem. Lagipun smlm menunggu anak2 kat kawasan legar dengan cuaca yg agak panasa buat badan rasa letih.

Alhamdulillah
siap juga draft surat ke BEM semalam, pengiraan dan order tshirt siap
Kit riben siap 2 set
Jual pinggan mangkuk siap

Memang Allah datang rezki dari mana2 arah. Habis je baca mesej yg agak menyedihkan itu, masuk pula mesej kata kawan yg suruh simpan beg dia yg tak sempat2 diambil minta bawakan beg dia ke surau dan nak juga pouch. Ptg pulak sorang lagi sahabat mesej nak tolong jualkan pinggan2 yang ada..

Redho je dengan ketentuan Allah.. Allah datangkan org2 lain utk bantu dalam segala hal. Allah datangkan sahabat2 yg nak pujuk hati. Tak apalah buat pengajaran. Lain kali jangan berniaga atas dasar percaya. Mana mungkin sy mengambil wang selagi barangan belum ada. Deposit pun saya tak ambil inikan pulak sampai beribu RM.. mustahil! ( tp ada je nak bank in sebab tak sabar .. ).

Semoga Allah beri keyakinan dan membuka ruang lain bersama orang lain utk meneruskan usaha mencurah bakat di atas  kain dan riben .. Amiin

Semoga hati ini lebih tabah dan kuat. Pasti Allah ada plan lain yg kita tak sangka.. pastinya lebih baik dan lebih hebat..

Jumaat, 7 Oktober 2016

Hantar Atok Wan ke KL

Assalamualaikum


Sorrylaa...maklang ingat nak update selalu, tapi laptop tua tak nak berfungsi. Wifi tak nak sambung. Ni kebetulan maklang kat KL, nak reformat semula laptop ni, maklang ambil kesempatan nak update.

No storylah cuma rasa macam masa terlalu mencemburui kita...sekejap2 dah sampai wiken semula. Kadang macam nak cari masa nak kasi elastik...boleh tarik bagi panjang supaya cepat boleh buat keje. Masalah juga bila kadang tu nak menjahit guna jari jemari ni tapi yang dijahit bukan nya bunga tapi jahit mata..huhu...mudah sangat terlelap sambil pegang jarum. Letih agaknya. Bangun awal, tidur lewat. Tenaga dah tak semacam dulu.

Itulah kan...kenalah bagi2 masa juga untuk dunia dan akhirat. Tapi bab akhirat tak payah lah nak cerita sebab tu antara kita dengan Allah...Kita cerita pasa riben je...hehe...kalau tak pegang sehari, dapat tengok pun jadiklah..

Alhamdulillah banyak juga nak kena siap by cukup bulan. Rezki dari Allah tu...




Alhamdulillah ada kot 12-13 biji yang dah siap jahit. Tinggal nak mekap je sikit lagi. Tunggu kak Shimah pickup je




yang ni satu lagi..


Alhamdulillah kami dah sampai KL sekitar jam 2:21 ptg. Cruising on the road je tadi. Maya yang drive sampai Temerloh then maklang take over. Alhamdulillah dari Kerteh 11:00 am tadi. Konon nak gerak awal jam 7:00 pg tapi terlajak sampai 11 sebab nak masak lah, nak beli nasi dagang laa...macam2..lagipun atok dah buat CAPD yang ke2 so tak payahlah nak rush. Now, kami tak kasi Atok drive dah sebab dia tak kuat. Dalam rumah pun pakai tongkat. Kesian Atok. Semoga Allah beri kesihatan yang baik buat ayahbonda tercinta dan dipanjangkan umur dan murah rezki. Dan semoga dipermudahkan utk beribadat. Aminn . Ni hantar ke KL dulu, besok ada wedding tapi maklang tak sempat pergi . Kirim Angah and Maya je. Kesian Hakim tinggal ber2 dengan bibik . Lusa PT3...Tak sanggup nak berlama. Awal plan patut balik hari ini tapi encik suami tercinta kena bertugas di Kucing. Balik dah lewat malam, tak boleh nak drive malam ni...


Big Boss and Maam yang dicintai



Kueh samperit ni kawan maklang buat. Sedap! Atok suka . Aisyah lagi suka! Sape2 nak order boleh mesej maklang. sebekas ada 50 bj RM25. Memang berbaloi sebab sedap!



Insya Allah kalau dapat reformat dan laptop ni berfungi dengan baik , maklang berharap kerajinan datang kembali. Lebih best cerita kat blog sebab senang nak track apa yang kita buat. Tambah2 dah berumur ni. Banyak tak ingat dari ingat. Semoga Allah kekalkan dan kuatkan ingatan kita...Aminn

Sehingga bertemu kembali..Inn sya Allah