Saturday, December 24, 2016

Anak balik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.


In sha ALLAH tengahari ni anak sulung saya sampai dari bandung


Last jumpe seminggu masa raya puasa

Kali ini juga seminggu

Doakan dia habis belajar dengan jayanya ان شاء الله bulan Nov atau Oct tahun depan ان شاء الله

Tak sabar rasanya nak anak2 semua berkumpul
Di Malaysia semula..

Heran anak2 skrg tak berapa nak suka kalau belajar kat luar negara.. masa time saya dulu berebut2 dan rasa bestnya belajar di luar negara. Sekarang mereka tak heran pun !

Saturday, December 10, 2016

Balik Jay Bee

Alhamdulillah sampai depan rumah mak @ 12:20am. Maam mmg jadi maam hehe. 2 driver tadi.

Letih sangat kalau jalan jauh.  Bila drebar lelaki maam dok depan sebab bukan duduk sesaja. Kena suap makan mee, kena suap makan keropok, kena serve air kopi untuk drebar. Bila drebar pompuan, baru maam jadi maam.

Bila maam jadi maam, boring2 tengok phone, maam tidurrr sampai ke JB. Perasan ada berenti kejap entah kat mana.

Sampai jb, solat kejap pastu rasa panas, maam bersiramlah dulu. Ni dah siap seme. Maam nak beradu. No kacau2 aaa..

King dah pesan besok nak makan nasi lemak.. kena korek esbok mak ler. Apa ada, kita masak. ( ni baru dia tanya lagi.. )

Tadi masa mak nak simpan hasil tangkapan dari Cukit, mak kata... banyak nyaaaa... eh dah mak pesan kan! Hehehe..

Besok In sha ALLAH acara mencari baju dan kasut sekolah bujang mak.. mak nak beli selipar laaa ( hint3x).. hadiah anniversary kena ada 25 sebab 25 tahun !

Selamat malam!

Friday, December 9, 2016

Pasr cukit

Assalaamu'alaikum

Alhamdulillah jumaat yang barokah tiba lagi..

In sha ALLAH pagi ini nak shopping kat Cukit buat ayahbonda..

Pergi awal2 pesan cik abang. Karang jem sebab hari jumaat.

In sha ALLAH! Drebar cum tukang angkat barang mmg kena ikut.

Banyak nak dibeli.

Mak pesan udang , sotong, ikan dan sayur2 dan buah2an. Mmg harga berbeza dari JB. Terlanjur nak ke JB , In sha ALLAH malam nanti, belilah sekali .


Harap2 dapat yg segar2..


Anyways, jomlah kita berselawat sebelum menjalankan tugas harian..

Kat luar dah mulai hujan lebat. Alhamdulillah ..

Lama dah tak ujan kat sini...

Thursday, December 8, 2016

Paklong Md Zin dah meninggal

Kita merancang Allah yang tentukan..

Semalam cik abe kata.. besok kita keluar jam 7:15pg ye..

Ok saya jawab.

Tadi pagi lepas solat subuh , saya buka hp.. tiba2 terbaca di wall fb sepupu bahawa bapa nya iaitu paklong saya telah kembali ke rahmatullah pada jam 3:30 pg.  Saya pun talipon mak nak beritahu pasal ni. Rupanya anak arwah , abg man, dah pun call abah jam 4:30 pg tadi. Mungkin abah nak siapkan solat semuanya baru nak inform kami.. paklong was 91 yo.

Syukurlah kami dah sempat melawat paklong di hospital Assunta pada hari Jumaat lepas. Entah petang tu adek saya kata dia nak pergi melawat sebab tengok anak arwah post kat fb kata arwah sesak nafas. Mulanya nak pergi sabtu je sebab dah lewat sangat, takut jem , takut tak sempat maghrib pulak. Dalam hati berdoa semoga Allah beri kemudahan. Alhamdulillah setibanya di hospital, alang terus suruh tuju ke musollah. Selesai maghrib baru kami pegi melawat arwah. Masa jumpa tu, arwah sedar tp macam oblivion pada sekelilingnya. Ada tiub oksigen di hidungnya. Kami cuma melihat sahaja sambil sedekah fatihah. Kami doakan semoga semuanya di permudahkan..

Malam tadi saya berbual dengan adek saya pasal condition arwah. Tak sangka pulak dah nak diambil pulang..

Syukur juga saya telah melawat arwah lebihkurang sebulan lepas. Saya facetime kan dengan abah kat jb dan aunty sarah di jakarta. Alhamdulillah dapat jg abah, emak dan aunty lihat keadaan paklong masa tu. Puas abah panggil2 tp arwah masa tu pun dah tak berapa dengar. Dapat juga cakap2 dengan arwah walaupun percakapannya tak brp clear.. syukur Allah beri kesempatan untuk semua itu..

Tadi masa sy call aunty2, saya teringat.. sekarang saya call orang beritahu tentang pemergian orang lain, nanti turn saya siapalah akan call orang untuk inform pula. Saya mohon pada Allah sekiranya masa saya dah sampai, saya berdoa semoga Allah permudahkan dan tak menyusahkan orang sekeliling..Amiin

Kami dah nak sampai dah ke ijok. Itulaa perancangan Allah sape yg tahu. Ingatkan jam 8 dah tiba hospital utk med cek up, rupanya jam 8 kami di sini..

Allahu akbar .. permudahkanlah segalanya buat arwah paklong, ampunkan dosanya dan masukkanlah dia dari mana2 pintu syurga yg Engkau kehendaki.. Aamiin..