Thursday, November 8, 2018

Perasmian surau SMKRP


Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini 8.11.2018 bersamaan 30 Safar 1440, dah rasmi dah surau sekolah yang buat maklang selalu susah hati dan pening kepala.

Walau bagaimanapun, masih ada lagi yang masih belum siap. Alhamdulillah dan Insya Allah duit untuk nak bayar semua2 tu dah ada dalam bank. Tapi itu jelah. Penyangkut telekong, para kat tempat wudu dah sebagainya masih belum ada peruntukannya lagi. Mana nak carik pun tak tahu. Maklang dah angkat tangan. Macam dah malas nak cari dana lagi... huhu

ALhamdulillah hari ini juga selesai beberapa jahitan utk sulam riben. Dah masuk mail juga dah! Malam ni dah boleh relax sikit.!Yeay!!

Monday, November 5, 2018

‎surau SMKRP!

Nikmat sungguh hidup bersahabat... bila kita berdoa dan dia meng-aminkan

Kadang niat kecil kita utk nak jamu orang makan walaupun cuma sedikit sangat harganya.. tak kita sangka Allah akan balas beratus ribu kali gandakan!

Peristiwa pagi tadi, masa nak beli makan pagi utk sahabat pantai ( suami pun dah kata.. tak pe belanja je kawan2 tu... ).. saya kata.. tak pe beli je makanan.. mana tau nnt ada yg tempah beg akak 2-3 bj hari ni...

Aaamiinnn... jawab sahabat pantai...

Saja suka2.. saya kata.. Alah mereka ni macam adek2 saya .. kita duduk jauh merantau.. pada mereka tempat kita share suka duka kitakan...

Sedang kami makan tiba2 ada orang dr Egypt nak tempah beg. Dia nak 100 bj katanya.. hahah saya gelak.. layan je lah. Mana mungkin nak buat 100 buah. Saya kata, saya boleh siap 2 aje seminggu! Kalau 100 akan ambik masa 1 tahun! Gelak2 je...

Sebelum peristiwa itu, sebelum saya decide nak walk kat pantai, saya whatapps kepada beberapa mantan guru SMKRP dan juga kepada penderma2 yg dah banyak bantu sekolah kami. Sekarang ni kalau nak buat apa2, kena terus buat . Takut lupa. Biasa lepas2 solat lah . Kalau dah bangun dari solat kang fikir yg lain tangan dah pegang yg lain memang tak buatlah jawabnya..

Saya WA pada seorang Datin yg selalu bagi dana besar buat sekolah. Mula2 dia beri saya 5k masa nak upgrade toilet guru. Lepas tu dia bagi saya 10k masa saya cari dana surau. Tadi dia tanya dah selesai ke surau tu? Saya kata belum. Ada lagi yg tak siap. Fan besar belum ada dana.. saya akan cari pelan2. Saya beritau dia..

Datin kata tak apa, dia akan usahakan .. oklah . Saya berterimakasih jelah. Mana tau kan..

Pulang dari breakfast, saya duduk di mesin jahit. Perlu nak siapkan pouches dan bbrp bag. Ada juga yg mesej tanya masih ke mengumpul dana utk surau. Saya jawab ye! Ingatkan dia mesej nak tanya nak tempah beg.. haha.. fake hope. Lepas dari itu saya fikir, takpelah kalau tak ada pun orang nak tempah beg hari ni.. ada orang nak bagi duit surau pun Alhamdulillah!

Tak dan 5 min kot... masuk mesej..

‘Assalamualaikum Pn Hjh..sy dh transfer rm 18k utk beli kipas besar..semoga manfaat utk  pengunjung surau..’

Allahuakbar... langsung 😭😭😭😭kat bilik jahit.. terkedu kejap. Sebentar aje Allah dah beri kemudahan utk surau...
Rupanya dalam pada kita bersusah hati takut dana tak cukup.. rupa2nya Allah sudah pun mengetuk pintu hati hambaNya utk membantu! 

Semoga Allah balas jasa Datin dengan segala kebaikan dunia dan akhirat.. Aaamiin..

So.. dengan ini kita tutup utk kutipan surau utk beli kipas besar. 

Tapi kalau masih ada yg mahu sama2 berinfaq, wang tersebut akan digunakan utk membeli perkakas dalam surau seperti almari, rak Quran, rak di tempat wudu’, penyangkut telekong dan lain2 lagi.

Semoga Allah memberkati hidup kita dunia dan akhirat! Aaamiin 


Terimakasih pada semua yg sudah banyak membantu dlm pembinaan surau Ar Rahman , SMKRP.

Tuesday, October 16, 2018

Walk and bunga2






Assalamualaikum


Alhamdulillah, aktivity pagi2 lepas solat subuh is to siapkan makanan bekalan Hakim. Memang kadang tak de idea. Tapi Alhamdulillah selalunya bila sampai dapur Allah beri ilham. Semalam bibik dah keluarkan ayam, letak2 the english herbs and bbq sos, bakar dalam magic pan, 15 mis after that siap! Sementara tunggu ayam masak, Maklang prepare omelette  cheese. Balik rumah Hakim kata ayam sedap tapi telur masin giler! hahah






Matahari bersinar cantek. The cuaca was nice too! Alhamdulillah

Alhamdulillah semalam berjaya walk lagi. Maklang takut nak jalan sorang2. So bila ada teman dan ada masa dan cuaca baik, kami ambil peluang untuk nak walk. Alhamdulillah, Sal memang selalu teman maklan walk. Rapat dengan Sal since kami sama2 ambil kelas Arab sejak 3 tahun lepas. Dia seorang bekas Jururawat dan sudah pun resign sejak 3 tahun lepas. Umur hampir sebaya...maklang tua setahun dari Sal. Alhamdulillah atas silaturahim yang terbina.

Semalam kami mula lambat sikit. Maklang dan mula menyupir semula since Dhira dah ke KL. Nampak2 macam tak nak balik dah ke Kerteh, Makanya , maklang kenalah menyupir adek dia. Alhamdulillah ada Ida, ganti2 dengan Ida, anak Ida pun sama kelas dengan Hakim. At least, tak perlu lah 2-2 nak sibuk atas jalan:)

Kita cerita bergambar jelah eh..


Jumpa pokok bunga telang ni. Sal sempat petik bunga2 dia. Nama omputih dia macam X rated sikit! hehe



 Terkezut tengok 4.7km  ! Biasanya max pun dalam 4 km. Entah pasal semalam macam jauh semacam hahaha...adalah kat mana2 tu silap!



Kita cerita pasal pokok bunga kat rumah maklang pulak eh:)



Alhamdulillah pokok keladi purple yang cantek yang kami re pot dah membesar. Tapi ada juga yang mati. Ah Cheng ni kucing jiran, suka lepak kat rumah Maklang. Anak2 pun suka layan Ah Cheng, siap pakaikan collar


Keladi merah ni ada 1 je yang elok, yang 1 lagi jenis lain, tanam and re tanam, tak nak menjadi pun.. belum rejeki


I love this three. Banyak kat Tiara Resident masa mula2 kenal pokok ni dulu, some 10 years ago. Maklang beli pokok ni entah 2 years ago kot. Beli at RM35 . Tu baru je naik lagi setingkat, Nak beli yang besar terus, too expensive..huhu


Alhamdulillah hydrangeas dah mula nak bunga balik...




Pegaga ni gemuk! Macam tuan dia. hahaha


orkid ni pun cantek!



''Pokok"Kailan ni semalam dah jadik lauk...Alhamdulillah dah 2 kaki tinggi!



Lepas walk, maklang prepare utk ke kelas. Balik kelas tafsir semalam, sampai2 mak tengah uli roti canai! Bahagia nya...lama dah tak makan roti canai mak especially






Sedapnya bedal 2 keping roti canai haha...waktu lunch. Makan dengan kari Salmon hari Ahad ...Memang menjilat jari!


Petang bibik hantar ni kat bilik Ibu! Alhamdulillah sedap walaupun kelim dia...hhhhhhmmmm






  sejak Ahad petang dok melayan ni. Mula sulam atas kertas tapi dok molek. Maka bukak lah semuanya dan jahit balik. Alhamdulillah bila buat balik, nampak puas hati!



yang ini maklang dah bukak balik




Alhamdulillah dan re jahit the names dan sempat siapkan lagi sampai lewat malam. Slept about 12:30 am!

Alhamdulillah for a good day!





Sunday, October 14, 2018

Breakfast and 2 weddings

Assalamualaikum

Pagi semalam berangan nak breakfast kat Restoran N9. Lama sangat dah berangan nya nak ajak cik Abang, tapi sokmo tak menjadi kenyataan. Maka, semalam pagi, kami ke sana. Restoran ni dulu dekat dengan rumah kawan maklang Shinta, tapi bbrp bulan lepas dah pindah location Dengarnya sebab tuan kedai nak kedai dia balik...cam tulah ceritanya tak silap maklang. Kalau silap minta maaf lah ye. Keciwa akhirnya sebab kedai tak buka! Maka kami ke kawasan rumah Shinta semula...main redah jelah mana yang ada


Cik Abang makan nasi lemak ( RM3.00 sedap) , cik adek amek nasi dagang bungkus daun pisang (  Rm 2.50 - tak sedap) dan cik abang order sepinggan nasi kerabu lauk daging (RM6.00 sedap jugak ) dan air teh tarik yang supposedly kurang manis tapi kena tambah air kosong 1/2 gelas lagi sebab toooooo sweet for me dan abang order teh o ais limau. The damage was RM14.50 macam tulah. 


Sedap ni tapi macam mahal sikit. Tapi daging tu besar2 lah.


nasi dia lembik dan kombang......tolan yo lah


manis sangat! tak sanggup nak telan, terus minta air suam kosong dan campur lagi

Dari kedai makan, kami buat grocery kat TMG berdekatan. Bestnya rasa bila buat grocery dengan Cik Abang, Lama tak buat grocery sama2...huhu....

Balik dari TMG, maklang terrajin rasa nak buat scone. Percubaan ke2 ni masih gagal. Scone masih tot jugak lagi. Tapi Hakim kata rasanya sedap dari yang lepas


Maklang serve pada kawan2 Hakim masa tuition. Alhamdulillah abis katanya...



Lepas solat zohor kami ke khenduri kawan anak sulung Chah dan Tajjuddin, kat jalan Mawar? Jiran lama kak Asmah Abang Man. 




Ceria gumbira suami ku yang tercinta!


Alhamdulillah jumpa geng...Sha dan Elly...posinglah apalagi!


  Ini Cg kay. Dulu penolong kanan kot, tadika anak2


Malam, kak Asmah dan Abg Man, datang umah, lepas puas ajak dan pujuk. They are like my brother and sister.

Then maklang and boifren aka paklang, ke rumah Kak Rohmah, attend wedding anak lelaki dia. Majlis gilang gemilang, perhiasan dan khemah cantek. Suka tengok.! Alhamdulillah but unfortunately, hujan turun mencurah. Mula ingatkan tak hujan. Masa nak kluar lagi dah hujan, tapi by the time tiba umah pengantin tak hujan langsung


Bila dah dapat geng, maka acara wajib, ialah bergambar



Amek gambar ngan Nisa pulak. Dia makan kat depan mulanya then masuk dalam



Dapat sipi2  gambar perantin pun jadik laaa



sempat lagi photobooth, nak balik tapi tak boleh sebab ujan lobek





Balik ke rumah, tak dan nak tunggu hujan berenti so kami balik almost 10:00 pm kot...


Memang basah lencun!