Thursday, September 20, 2018

Niqab dan pencil case

Assalaamu’alaikum

Haaa... pagi khamis dah..

Lepas subuh tadi ingatkan hari ini Rabu. Minggu ni start lambat sebab hari isnin abang masih disini. Jadi semua hari lewat sehari lah. Tp panduan ialah bila kena pergi kelas2 waktu pagi..

Hari Selasa  macam biasa lah pergi kelas arab. Mengantuk sangat kat kelas. Asyik urut muka je sampai wael tegur.. ukhti halina takbanah? Na’am... arabiah mem cakap hahaha

Lepas klas, makan roti dgn tomatim, Yati yg macam Arab bawak. Sedap!


Adah pun dah nak last day. Tq Adah bagi kami nasi beriani



Lepas dari kelas ke grocery. Beli sayur... dan beras. Spent about 160 macam tu. Beras je dah 100 kot. Sayur2 mee hoon and entah apa lagi. Tak ingat dah.

Dari situ ke rumah elly nak hantar daging korban utk Elly dan Husna. Dan nak ambik tudung saji kecik. Tudung saji yg tak jumpa jalan pulang tu hahah... kebetulan pula elly nak buat goreng lidah Hati, paru dan dan entah isi perut apa entah dari daging korban husna. Kaki lembu dari korban aritu masih dlam esbok elly. Plan2 nak buat dari inmggu lepas  tak jadi2...entahlah bila ditakdirkan utk kaki lembu nak masuk piuk...

Relax betul selasa lepas... petang tu kami masuk panggung. Tengok cerita Predator. Hahah. Kali ini tak berapa menarik. Start pun slow je, tengah2 was oklah jugak. Ending kelakar nak mamfus huhu..

Balik dr cinema was already 5:30pm. Solat kejap sambil tunggu nani. Dah janji dia nak darang perang tu. Dia nak tempah RE utk album duit hantaran anak dia soon. ان شاء الله akan diuusahakan lah. ان شاء الله akan diusahakan. Malam sulam yg Nor punya. Dah siap nnt boleh bagi sekali dengan beg dia.




Semalam was not so bz. Hahah in fact bz tidur waktu petang.

‎الحمدالله semalam semua puasa jadi tak adalah nak sibuk pagi2 nak ke dapur. Sempat golek2 dulu pagi semalam. Lepas dah siap, sempat jg gunting utk buat niqab. Dah siap gunting baru reconfirm dgn kawan nak berapa lai. Malam sebelum kata nak 8-10 pcs. Bila tanya semua katanay nak 4!  Hmmm rezki banyak tu. Tapi Alhamdulillah ada yg nak beli kain putih 8m. ‎الحمدالله rezki jg tu.

Jam 9:50am
Ke petron@s nak bincang oasal laluan larian dalam kawasan rantau laut. Kejap je meeting. ‎الحمدالله selesai semua dah.

Alhamdulillah sempat jg gi kelas ustadzah naliati. Haha.. ustadzah kata suka tengok kak lina.. berseri sokmo.. moga berkat kata2 ustadzah.. hampir setiap minggu dia sebut macam tu.. haha.. kembang semangkok  maklang semalam...

Tengahari sambung buat niqab tapi sempat jahit renda halfway je. Buat yg perlu 8 lai je. Yang dah potong lebih tu masukkan dalam plastik dulu. ان شاء الله nnt ada yg request .

Petang semalam mata macam tak boleh nak bukak. Al maklum malam sebelum pun tidur lewat kuga.. so tak dan selesaikan semua kerja2 meniqab, maklang niqabkan mata ni. Memang tidur setidur2nya. Nasib baik Allah bg sungguh2 tidur. Masa bangun tido macam rasa puas  betul. 4-5:30 ptg. Almost 1.5 jam. 


Sekerat jalan je buat ni haa...pastu sambung kat atas katil jahit mata pulak


Apalagi bila sedar, solat then masuk dapur ler. Goreng ayam tepung dan goreng hati dgn kari. Buat tambah lauk utk nasi kerabu. Serunding dan kuah, amek dr esbok. Biasalah lauk esbok mcm kurang umph je. Tp ‎الحمدالله boleh makan.

Lepas isyak ... overtime ganti waktu tido siang. ‎الحمدالله siap niqab 5 helai dan 2 pencil case.






Selesai menjahit dah dekat pukul 12:05 malam. gitu gini dah pukul 12:30 baru lelap

Hari Khamis .. ada class arab. Alhamdulillah. Habis kelas ke sekolah kejap. Kotlah ada banyak keje nak buat before larian ni. Bila sampai rumah rehat kejap dan dapat mesej dari Sal kata ada ikan baru naik dari laut. Terus siap and keluar ke tepi kuala. Ikan kembong se kg rm18, ikan kerisi Rm17,kg ikan cencaru Rm12.kg. Nak beli ikan tenggiri tak berani sebab sekg RM38! Tercekik rasa nak beli.

Lepas solat zohor, siang ikan, tumis masak kicap. Then naik atas dan keletihan dan sambung lah jait mata....lagii...Sebelum asar, sempat juga siapkan sulaman . Lepas asar ke sekolah utk meeting larian.

Alhamdulillah balik dari mtg sedang elok rehat kejap dan sampai waktu berbuka! Syukurlah dapat juga berpuasa 10 Muharram. Semoga Allah terima ibadah kami..Amin




Alhamdulillah...Ala kadar je lauk berbuka.. Sedap betul ikan fresh ni!



No comments:

Post a Comment