Rabu, 9 November 2016

Ikan mati lagi

Allahuakbar!

Dua hari kami bersedih. Hari ini 5 ekor lagi ikan mati.

pagi2 bibik dah masuk bilik inform..

Buk ikan mati lagi..5 ekor! Bibik cakap sambil kembangkan jari dia. Muka dia pun tak happy. Maklang masa tu tengah facetime  dengan wan Sara. Tengah cakap dengan dia pasal paklong maklang yang sedang sakit. Dia tanya dah pergi tengok ke belum dan  tanya juga bila Wan Sara cadang nak kemari. Hmmm...hampa dia kata plan nak datang sini terpaksa dibatalkan memandangkan Uncle Rahman cepat penat. So memang tak datang laa... Tak apalah nak buat macamana, dah tak ada rezki...

So, lepas dapat info pasal kolam, maklang kemas2 bilik kejap, terus je ke bawah. Jom bik kita tengok kolam. Bibik yang tengah kosong baju tinggal je kerja dia. So mulalah menyusun strategi camana nak buang semua air dalam kolam itu. Kolam tu besarrrrr... Alhamdulillah kolam tak kotor mana. Maksudnya tak banyak sangat lumpur. Mula2, letakkan macam laluan air keluar dari air terjun dan paip yang ada kat kolam tengah. Lepas tu bibik dok tangguk air guna baldi kecik. Maklang mana lah boleh nak angkat berat2. Masa tu dah 5 ekor ikan besar bibik tangkap masukkan dalam besen berisi air yg dah diletak anti klorin. Bila masih susah lagi nak keluarkan ikan lain, maka terpaksalah buangkan air dulu Maklang pun bantu juga. Duduk kat tepi kolam kecik, ceduk and buang air..buang air kolam tau...habis banjir taman teratak maklang pagi tadi. Ada jg 1 jam dok menangguk air, sampai pam kat kolam besar dah tak boleh  sedut air lagi. masa tu baru offkan pump. 

Ada dekat 1 jam tadi menggerjakan kolam. Lepas tu maklang siap2 utk ke kelas, tp dah otw baru nampak mesej klas kena cancel sbb ustadzah tak sihat...ke po nak beli kotak, kotak abis, then ke TMG nak beli udang, udang tak de...hmmm dapat daun ketumbar je..Singgah pulak TMC, dapatlah apa yg nak tapi tak juga beli udang  sebab udang kecik sangat. Tunggu laa nnt kat pasar tani. Kononnya nak buat popia yang macam  makan kat hcmc aritu...


Rancangan  nak jait beg tertunda hari ini. Semoga dptlah siap sebiji dua by malam...Ya Allah permudahkanlah urusan kami...

Amiin

 semoga umur ikan2 ku panjang diberi Allah
paip air masih dibuka dah penuhkan kolam


Dalam hati terfikir...mungkin Allah suruh bersihkan kolam...walaupun dah dibersihkan 2 minggu lepas...dan  terdetik juga, bila dah sampai ajal, pasti akan dipanggil pulang ...

19 ulasan:

  1. Lagi satu.. bila padang air cuci kolam..persediaan air utk tempatkan ikan ...ditadah awal few hrs..supaya ikan tak terkejut. .Air sejuk etc. .it nred to acclimatise. .

    BalasPadam
  2. Also rajin rajin cari barley wheat kering . Rumput nya. ..utk letak dlm kolam.ikat dlm net skin socks dan ikat dan batu supaya air tak berumpun lumut.
    Jerami padi kering ok juga.

    BalasPadam
  3. Mana nak cari jerami kering? Alaaa tak retinya..
    Semalam org kat pet shop suruh letak garam. Sebelum ni tak ada pun..

    BalasPadam
  4. Akak ambil ikan hidup skor. .tengok seluruh badan dia. Ada apa apa luka atau kudis atau ketumbuhan.
    Itu baru boleh determine kenapa dia mati. Mana yg berenang lemah atau senget atau upside down...atau tak active senang tangkap

    Mesti ada sesuatu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, air dah tukar, makanan ikan pun dah tukar. ikan yang mati sisek dia ok je

      Padam
    2. btw G ni siapa ek? someone i know before? rajin dtg teratakmaklang. tQ. rasa macam kenal je

      Padam
  5. Akak ambil ikan hidup skor. .tengok seluruh badan dia. Ada apa apa luka atau kudis atau ketumbuhan.
    Itu baru boleh determine kenapa dia mati. Mana yg berenang lemah atau senget atau upside down...atau tak active senang tangkap

    Mesti ada sesuatu.

    BalasPadam
  6. http://bicaratani.blogspot.co.uk/2012/11/ternakan-ikan-koi_8.html?m=1

    Maklang..lupa dah lama tak bela koi.. sejak pindah.. kalau tukar air kena suHu sekitar.. bagus 24 jam sblm tadah letak bawah matahari.anti chlorine.

    Tadah air dalam bekas besen
    Utk diletak ikan ikan ini lengah nak cuci kolam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. semalam panggil orang betulkan kolam, now ada 2 valve, senang, bila nak bersihkan boleh tutup salah satu bahagian kolam.

      Padam
  7. http://pondalgaesolutions.org/2012/05/14/lavender-and-barley-straw-in-ponds/


    Barley straw kering tak pun dried lavender twigs and leaves semua..masuk dlm mesh bag.
    Saya dah pakai Barley straw.

    MALANG boleh beli satu pam.. pasang hose sedut air kat bahagian bawah kolam..Dan lagi satu hose tu keluar air yg disedut ke hujung kolam. TAK pun buat macam pancuran... setinggi yang boleh..pakai buluh tebuk lobang dan masuk kan hose air keluar jadi ianya macam corong..Jadi decoration. tapi kena ikat somewhere jadi air pun drop as high as it can get and get aerated.

    Feed the fish once a day for now.
    BUT remember to prep water in advance for temporary housing g prior cleaning the pond. If worst case scenario during emergency cedok air kolam dulu...letak dlm besen.

    Bila tukar air... Best buat hari panas.. Dan bila nak masuk ikan kena letak di dalam beg plastic..ikan tu dan existing air. kemudian ikat kejap.letak di dalam kolam..dalam dua jam at least Kasi acclimatise baru letak. Bagus buat cuci kolam awal pagi. JADI bila nak transfer ikan dalam kolam dah tu hari air dah suam. Air utk bekas sementara kalau tadah 2 hari in advance letak terdedah bawah matahari.. bagus..

    BalasPadam
  8. http://www.gardenstew.com/threads/barley-straw-enzymes-yes-best-stuff-ever.20205/

    Please check this thread. Malaysia pet centre or garden centre dah jual dah barley enzyme dan barley straw.
    Also thread ni ada tunjuk cara taklah cuci kolam kerap.

    Saya dulu cuci kolam setahun cuma flush buildup daun dan selut. SEBAB saya pakai pump air untuk aerate the water. Dan wasterus pump filter.sedut dan process air.. jadinya lumpur selut najis keluar di dalam filter. Saya cuma flush filter pump sedut did alam kolam dan resovoir main. Beli yg ada uv lights. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa ada uv light. ni uv light kiok. NI insya Allah nak letak baru. susah bila tak ada org yang buat kolam tu. entah mana dia pergi, call tak angkat2 huhu

      Padam
  9. Boleh pakai unit ni

    Aura Bio Filters Sdn. Bhd.

    Lot 29, Jalan Tropicana Selatan, Kawasan Landskap & Nursery, 47300, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

    Call Us

    Mobile Phone : 010-366 5009
    Fax : 03-5122 7808
    Email Us

    info@aurapond.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. maklang dok kerteh, kalau panggil orang dari K, sure mahal

      Padam
  10. Maklang beli barang dari kl. BOLEH buat sendiri. susah pun panggil plumber je. minta tolong hakim dan maya.. Ramai ramai.

    Pasang adJust. Pasang tube semua suruh kedai pasang siap siap.

    Oh kita tak pernah jumpa. Tapi selalu baca ...

    BalasPadam
  11. Maklang beli barang dari kl. BOLEH buat sendiri. susah pun panggil plumber je. minta tolong hakim dan maya.. Ramai ramai.

    Pasang adJust. Pasang tube semua suruh kedai pasang siap siap.

    Oh kita tak pernah jumpa. Tapi selalu baca ...

    BalasPadam
  12. Senang pasang unit ni. SURUH DIA padang siap siap. LEPAS tu laid aja..
    Ambil gambar kolam... Dan jarak nya dari mains socket etc.
    So boleh agak agak
    ..tak susah... esp maklang engineer..

    BalasPadam
  13. Tapi gaya maklang menulis/bercakap macam arwah mak saya. Heheh.. dah tu rajin masak suka masak dan kraftangan. . typicAl arwah mak... heheh

    BalasPadam