Thursday, June 21, 2018

6 syawal - hari ke 5 abah di icu ppum

Assalamualaikum

Semalam hari ke 5, Abah warded di PPUM. Nampak semalam abah drowsy je tapi better dari hari ke4. Ibujari kaki abah pun nampak healing and much better. Meteka letajkan lampu utk keringkan kaki abah. Tapi Abah masih lemah.

Pagi semalam kak Ana wa kata nak visit abah. Akhirnya dpt juga beti kak ana sejadah dari mekah yg dah disimpan sekian lama..

Alhamdulillah lamanya tak jumpa kak
Ana Yunos.. semalam kak ana dan suami Khalid Kamarol Baharin datang ke ppum nak visit Abah. Mmg abah kenal mereka sebab mereka antara yg paling rapat dengan saya masa belajar dulu. Terimakasih kerana memberi moral support kepada keluarga kami.

Alhamdulillah Abah masih ingat dan kenal mereka.

Semalam abah banyak lelap mata.. macam drowsy je. Sempat juga abah sedut 2-3 kali air zam zam . Semoga Abah semakin sembuh.. Aamin

Saturday, June 16, 2018

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum

Tiba2 hari raya ke 2, kami semua sudah sampai di KL.

Memang tak di duga diplan bahawa kami akan berada di JB cuma 1 hari sahaja. Patut pun maklang prepare baju raya - jubah utk yg perempuan cuma sehelai seorang je. Hakim dan paklang juga cuma sepasang baju melayu je ( buat 2 set sebab 1 utk raya haji ان شاء الله ). Rupanya betullah sebab berada di JB utk Aidilfitri mmg cuma sehari.

Sedih semalam, selesai maklang solat hari raya di rumah, angah bisik kat maklang. Mak.. Alang kata maybe kaki atok tu kena potong! Adoii.. macam kena tikam je kat hati maklang. Terdiam sejenak.. apa nak kata??

Ramadhan terakhir masa nak layan atok makan, nak angkat dia utk duduk, ternampak ibujari kaki dia hitam kat bahagian kuku. 

Tanya kat Busu, kenapa kaki abah ni? 

Mak jawab.. kuku dia tercabut.

Macamana boleh tercabut mak? 

Entahlah.. dia tercabut je.. tp nampak elok je tak ada apa2.. ok dah tu..

Tiba2 pagi semalam 1, 1 syawal, alang kata tak boleh biarkan.. kena cepat bawak ke hospital, takut merebak nnt.

Maklang kata.. klong serah semua pada awak. Awak Dr., awak lebih tahu.

So, Alang decided to bawak atok ke PPUM. Alhamdulillah tiba PPUM tadi around 4 pm kot. Dr dah cek dan kata mmg kena buang toe atok tu. BP atok pulak rendah, jadi tak boleh lagi buat sebab anesthetic kata kena tgk BP dia. Sekarang kami cuma berdoa je semoga semuanya dipermudahkan .



Wednesday, June 13, 2018

28 ramadhan

Assalamualaikum

Inn sya Allah malam ni trip no 2, abah, along and maya sampai..

Malam ni berbuka dah plan nak masak apa. Semalam berebut2 budak2 makan. Terkulat2 pun ada sebab makanan macam tak cukup. Tau jelah bila dah ramai.

Sebenarnya bawak ikan parang/ tenggiri masak asam je. Pastu bibik goreng telor dadar dan masak kobis masak lemak.

Busu beli 4 bungkus nasi ambeng, 1 bungkus laksa johor, 1 bungkus meehoon dan ada sikit air2. Bila tengok berebut2 semalam, maklong kata hari ini kita berbuka nasi ambeng homemade lah..manyak kilija huhu..

Kalau abah dah sampai kan best, ada runner ke pasar, pagi2 dah tanya nak beli apa. Arini nampaknya busu lah kena pergi belikan..

Kalau dok kerteh senang je, maklumlah dah biasa kat sana.. tau kt mana nak cari barang. Kat sini patah kaki sikit..

Mak bnyk keje pagi ni. Jap lagi macam
kena siapkan jahit manik kat lengan baju anak2. Then baru boleh ke dapur..

Semoga apa yg nak dibuat dlm bulan ramadhan dpt diselesaikan..

2 hari lagi nak raya.. ان شاء الله

#cepatlahbalikwahaisuamiku

Tuesday, June 12, 2018

27 Ramadhan

assalamualaikum..

27 Ramadhan dah

Lama betul tak bersiaran. Sibuk.. biasalah bulan puasa terkejar2 dengan jahitan dan juga sedang dan masih mencuba beramal sebaik mungkin. Alhamdulillah setakat ni ...

Tahun ini sebiji biskut pun maklang tak buat.

Mungkin dah sampai masa serah tugas pada anak2

Semua dah pandai masak. Chep maklang pun buat biskut sedap2.

Along and Angah buat baru 3 jenis.. Alhamdulillah jadiklah!

Maya masih ada class sampai petang besok.

ان شاء الله kejap lagi maklang, angah, hakim dan bibik akan bertolak ke JB.

Besok paklang, along dan maya pula. Paklang masih keje sampai tengahari besok dan class maya will end 6:00 pm. Harap cg kensel klass dia. Kesian budak2 nak balik kampung.

Alhamdulillah semalam buat rekod sendiri. Siap 1 runner coffee table utk wan, in 1 day! Hahahah

Nanti masukkan gambar bila bukak laptop!

Salam sayang.. maklang