Wednesday, September 26, 2018

Farewell Adah

assalamualaikum

‎الحمدالله lepas kelas arab tadi balik sekejap hantar ikan kerisi yg dibeli depan surau. Murah arini RM12 je sekg. Asalnya nak pergi Reed7 tp turup. Cafila pin turup.-khirnya ke kesai makan Singgah. Sedap ikan pari bakar dia.


Tumpang Ida ke kelas dan ke tempat makan.
Bila nak balik tadi ternampak kelibat si Zamri Ghani. Dulu selalu juga bertekak dgn dia sebab tak tahan loya buruk dia. Rupa dia sama je cuma banyak uabn hahah. Dia kata awak nampak kecik sikit.. manalah ada kecik.. berat lagi ada huhu


Balik dah masuk waktu zohor. Jumpa mak jap. Then dok survwy pasal macamana nak kahit sarung bantal yg nak di buat.

‎الحمدالله salam masa about 2j, masuk dah tempahan.
Lagi pun ini adalah charity drive sahaja utk derma
ke sekolah.

Sampai kepetang mcm tak buat apa2 pun..

‎الحمدالله dah masuk 99 lai... doakan dilim

Thursday, September 20, 2018

Niqab dan pencil case

Assalaamu’alaikum

Haaa... pagi khamis dah..

Lepas subuh tadi ingatkan hari ini Rabu. Minggu ni start lambat sebab hari isnin abang masih disini. Jadi semua hari lewat sehari lah. Tp panduan ialah bila kena pergi kelas2 waktu pagi..

Hari Selasa  macam biasa lah pergi kelas arab. Mengantuk sangat kat kelas. Asyik urut muka je sampai wael tegur.. ukhti halina takbanah? Na’am... arabiah mem cakap hahaha

Lepas klas, makan roti dgn tomatim, Yati yg macam Arab bawak. Sedap!


Adah pun dah nak last day. Tq Adah bagi kami nasi beriani



Lepas dari kelas ke grocery. Beli sayur... dan beras. Spent about 160 macam tu. Beras je dah 100 kot. Sayur2 mee hoon and entah apa lagi. Tak ingat dah.

Dari situ ke rumah elly nak hantar daging korban utk Elly dan Husna. Dan nak ambik tudung saji kecik. Tudung saji yg tak jumpa jalan pulang tu hahah... kebetulan pula elly nak buat goreng lidah Hati, paru dan dan entah isi perut apa entah dari daging korban husna. Kaki lembu dari korban aritu masih dlam esbok elly. Plan2 nak buat dari inmggu lepas  tak jadi2...entahlah bila ditakdirkan utk kaki lembu nak masuk piuk...

Relax betul selasa lepas... petang tu kami masuk panggung. Tengok cerita Predator. Hahah. Kali ini tak berapa menarik. Start pun slow je, tengah2 was oklah jugak. Ending kelakar nak mamfus huhu..

Balik dr cinema was already 5:30pm. Solat kejap sambil tunggu nani. Dah janji dia nak darang perang tu. Dia nak tempah RE utk album duit hantaran anak dia soon. ان شاء الله akan diuusahakan lah. ان شاء الله akan diusahakan. Malam sulam yg Nor punya. Dah siap nnt boleh bagi sekali dengan beg dia.




Semalam was not so bz. Hahah in fact bz tidur waktu petang.

‎الحمدالله semalam semua puasa jadi tak adalah nak sibuk pagi2 nak ke dapur. Sempat golek2 dulu pagi semalam. Lepas dah siap, sempat jg gunting utk buat niqab. Dah siap gunting baru reconfirm dgn kawan nak berapa lai. Malam sebelum kata nak 8-10 pcs. Bila tanya semua katanay nak 4!  Hmmm rezki banyak tu. Tapi Alhamdulillah ada yg nak beli kain putih 8m. ‎الحمدالله rezki jg tu.

Jam 9:50am
Ke petron@s nak bincang oasal laluan larian dalam kawasan rantau laut. Kejap je meeting. ‎الحمدالله selesai semua dah.

Alhamdulillah sempat jg gi kelas ustadzah naliati. Haha.. ustadzah kata suka tengok kak lina.. berseri sokmo.. moga berkat kata2 ustadzah.. hampir setiap minggu dia sebut macam tu.. haha.. kembang semangkok  maklang semalam...

Tengahari sambung buat niqab tapi sempat jahit renda halfway je. Buat yg perlu 8 lai je. Yang dah potong lebih tu masukkan dalam plastik dulu. ان شاء الله nnt ada yg request .

Petang semalam mata macam tak boleh nak bukak. Al maklum malam sebelum pun tidur lewat kuga.. so tak dan selesaikan semua kerja2 meniqab, maklang niqabkan mata ni. Memang tidur setidur2nya. Nasib baik Allah bg sungguh2 tidur. Masa bangun tido macam rasa puas  betul. 4-5:30 ptg. Almost 1.5 jam. 


Sekerat jalan je buat ni haa...pastu sambung kat atas katil jahit mata pulak


Apalagi bila sedar, solat then masuk dapur ler. Goreng ayam tepung dan goreng hati dgn kari. Buat tambah lauk utk nasi kerabu. Serunding dan kuah, amek dr esbok. Biasalah lauk esbok mcm kurang umph je. Tp ‎الحمدالله boleh makan.

Lepas isyak ... overtime ganti waktu tido siang. ‎الحمدالله siap niqab 5 helai dan 2 pencil case.






Selesai menjahit dah dekat pukul 12:05 malam. gitu gini dah pukul 12:30 baru lelap

Hari Khamis .. ada class arab. Alhamdulillah. Habis kelas ke sekolah kejap. Kotlah ada banyak keje nak buat before larian ni. Bila sampai rumah rehat kejap dan dapat mesej dari Sal kata ada ikan baru naik dari laut. Terus siap and keluar ke tepi kuala. Ikan kembong se kg rm18, ikan kerisi Rm17,kg ikan cencaru Rm12.kg. Nak beli ikan tenggiri tak berani sebab sekg RM38! Tercekik rasa nak beli.

Lepas solat zohor, siang ikan, tumis masak kicap. Then naik atas dan keletihan dan sambung lah jait mata....lagii...Sebelum asar, sempat juga siapkan sulaman . Lepas asar ke sekolah utk meeting larian.

Alhamdulillah balik dari mtg sedang elok rehat kejap dan sampai waktu berbuka! Syukurlah dapat juga berpuasa 10 Muharram. Semoga Allah terima ibadah kami..Amin




Alhamdulillah...Ala kadar je lauk berbuka.. Sedap betul ikan fresh ni!



Tuesday, September 18, 2018

Pau dan katak!

assalamualaikum

Ingat malam tadi dah save apa yg di type!

Tadi bukak nak masukkan gambar semua nya blank huhu..

Dahlah malas nak menaip... huhu

Semalam pagi breakfast layankan cik abang. Awal2 sebut nak cucur bilis tp nak bilis sikit je. Eh bila dia nampak kita buatkan brekfast Hakim, wrap bbq 🍗 dengan kentang dan telur, rasa cam nak pulak. So kena lah buat 2 kali. Tak sampai hati pulak bila dah tanya.. Ada lebih tak?? Huhu.. hati isteri bila suami minta makan tak sampai hati tak beri. Tapi kena lah makan berhemah... oooppppsss.. makin tua ni mmg kena jaga makan...

Lepas makan berehat kejap. Biasalah dah konyang kena rest kejap. Or else mmg tak ada
mood laa nak masak. Masa prepare brekfas dah masak sekali lauk tengahari. Buat ayam masak lemak kuning. Terasa lama sangat tak masak ayam masak lemak.

Buat inti pau semalam . Nak bawak pau ke sekolah sebab ada meeting larian petang semalam.


Selesai di dapur terus ke atas, bersiram dan prepare utk nak pos beg2.. leganya bila semua dah hantar. 2 set beg size M dan pouch utk kawan sekolah Sai Ling, beg biasa size M utk Zariah, pouch utk Maria dan beg sulam riben utk Puan Mazinah di KB. Part paling tak suka dan buat keje is to post barang2 ni. Terlupa utk nak cat hari sebelumnya.. beg kecik utk mak Hairani.

Sekejap je masa berlalu bila kita sibuk. Eh.. dah zohor. Siap silat baru lunch. Cik abang pun sampai dari kemaman dari pejabat tanah!



 Lepas lunch layan siapka pau. Alhamdulillah..mula2 tengok lembut je tapi lama2 macam liat lah pulak. Nasib lah si tukang makan.

Meeting ended jam 7:20 pm kot. Tak sabar nak habiskan larian ni...dan tak sabar nak term sebagai YDP habis huhu


Ni beg mak Hairani



Malam nak masuk toilet ingatkan katak yang ada dalam bilik air malam sebelum tu dah tak tak ada sbb waktu siang memang tak nampak pun dia..
 masa tgh dinner mintak bibik buang kan katak. Bibik kata tak ada. Bila maklang masuk bilik air, nampak katak tersembul kat tempat berus gigi. Geli geleman den. Bibik selamba je ambik bekas berus gigi and masukkan dlm plastik...i was like ewwwwww


A very tiring day it was. By 10 i was already asleep. Abang kejut at about 11:30 pm utk nak send him to the bus stop. Perut panas sebab makan rojak buah pedas!

Sunday, September 16, 2018

Kacang Pool

Assalamualaikum

‎الحمدالله pagi tadi  dah dapat menunaikan hasrat anak sulung ..

Mak.. besok buat kacang pool.. maka malam tadi dah minta bibik keluarkan daging kisar..


Maka pagi tadi buat lah kacang pool. 2 tin . By tengahari dah abis dah . Dhirah yang habis kan

yang itam gelegam tu ( Dhirah speak) is kacang pool dengan all the condiments. Limau kasturi tu dah beku!



makan bersama roti bakar.. konon jari tu shomellah tu!

one set..tapi makan berset2~! huu
 Sambil buat breakfast teris je masak untuk lunch. Sinple je arini. Ikan cencaru sumbat belakang. ‎الحمدالله laku je.. dah memang feberet dia.. heheh

Kemudian gorengkan inti popia. Bibik punya keje lah utk nak gulungkan..


Selesai keje Dapur, parking kat bilik jahit. ‎الحمدالله siap yg 2 ni... tak sabar rasa nak jait pencil case lagi.. hehe.
Alhamdulillah siap puch utk Sai Ling dan pencil case utk Zariah

Lepas soalt assr teman cik abang round kat kg cabanag. Nak tengok nature dia kata.. maklang tidur! Haha.. dia kata tak ada rasa ke tengok keliling.. tak pelah maklang jawab! Ada kot 1 jam! Tak sabar jg nak balik sebab nak car beg:). Last sebelum balik rumah, dia belok kiri, masuk kat kawasan perkuburan rebah bangun.. seghiau pulak.. eh kenapa pulak laki aku ni. Saspeng jap!

Balik rumah, warnakan beg.. siaplah utk sai ling! ‎الحمدالله dan jg utk kak mazinah
akan ke KB besok Insya Allah






 yg 2 set ni akan ke JB besok InsyaAllah
 Baru teringat Mak Hairani punya belum cat lagi

Mata dah layu tp kena jahit sikit lagi. Telinga ni titup dgn headfon... tengok cerita Cinta Bukan
Kristal..melayan sambil menyulam...ok apa...

Good nite my dear readers whoever you may be!

Thank you!



Exercise

Assalaamu’alaikum

Sabtu dah!

Cik Abang sayang ada di rumah dah. Best bila ada yg teman.. haha.. maklang jiwang petang ni. Tak pelah sekali sekala.

Pagi tadi kami keluar exercise. Macam tak boleh jadi bila malas nak exercise. Makan mmg sedap sentiasa.. tapi itu pun rezki kan.. teringat arwah Abah. Masa muda2 dia mmg makan sedap je. Even masa dah tua pun sedap je makan nya. Bila dah jatuh sakit sejak akhir2 sebelum dia pergi selera dia tak ada dah. Masaklah apa pun yg dulunya kegemaran dia, makan sesuap dua Je. Mak selalu komplen abah tu tak nak makan.. mana nak datang tenaga. Tapi itulah dia, Allah dah tarik nikmat makan sedikit demi sedikitkan. Kita mana tahu. Sebenarnya hari maklang rasa rindu sangat pada Abah. Usai solat Asar masa sedang berdoa, tiba2 teringat sangat kat Abah.. mendadak2 rasanya kerinduan yg tiada penghujung ini.. sudah hampir 3 bulan abah pergi. Besok , lusa dan 8 Muharram hari selasa genap 3 bulan Abah pergi. Pergi yg tak akan kembali. Semoga Allah jadikan kubur Abah sebagai taman2 syurga! Aaamin




Sekarang makan pun dah mula cuba nak sukat! Kalau tak
Semua nya di makan.. Adoillah bila nak insap!

‎الحمدالله hari ini kami dah mula jalan. Biasalah bila dah jalan lama tak jalan, lepas dah balik tu sakit2 lutut. Terus cik abang makan celebrex. Kesian dia!







‎الحمدالله maklang masih ok lagi, walau kadang terdengkut2 berjalan!

Balik berjalan , prepare lempeng nyior dapatlah 5-6 keping. Ingatkan tak habis, tapi licin.:) makan dengan sambal bilis dari esbok.

Sambil melempeng goreng ikan berlada untuk lunch.

Then jahit beg tempahan. 1 beg je jahit .. lepas tu malas dah sebab kain2 yg perlu buat bag belum digunting pun. Mmg rancang nak rehat sebab yg due minggu depan ni dah siap semuanya..
Jahit beg yang besar tu je .. hee..heee

Best sekali sekala dapat rehat.. tp rehat2 pun masih pegang jarum juga .. tak reti nak tengok tv melopong.. hehe

 buat ni malam tadi..sekerat jalan,,tak sabat nak siapkan..sekali dan beg kucing tu tuan yang sama


Selamat berhujung minggu!


Friday, September 14, 2018

Birthday sahabat

Assalmualaikum.. 
Terkial juga buat riben ni. Hahah terlepas date birthday sahabat. Biasalah bila sampai waktu baru
fikir apa nak kasi. Rezki dia lah dapat beg ni. Semoga dia happy! Tengahari tadi dia dtg nak tengok sarung bantal baby. Cepat2 ambik kesempatan baak bagi hadiah! 


 


Ini collection sarung bantal masa anak2 baby lagi. Ada yg buat sendiri, ada yg wan yg jahit. Bestnya kalau ada umur dan dapat cucu, boleh buat lagi dan turunkan yg ini pada mereka. ان شاء الله !




‎الحمدالله dapat siap 2 ni lepas breakfast. 



Sampai dekat 12:30pm kot baru nak masak ayam masak ijau tu.





Pagi tadi masak ayam masak Ijau berlado modified suka hati! Nak abiskan lada hijau sebenarnya.. dan malas nak blend bawang! Makanya.. blend lada hijau denga cili padi sedikit, bwg putih dan tomato. Tumiskan sampai lada garing. Masukkan ayam dah digoreng dengan garam kunyit. Saya suka potong kecik2 supaya lada tu masuk dalam ayam. Saya letak juga kentang potong dadu besar (goreng dulu), bawang besar potong panjang dan tomato buah potong panjang. Jangan lupa perisakan dengan garam dan gula

Taburkan daun ketumbar( sebenarnya lupa nak gaul sekali!)
Sedap makan dengan nasi panas! Sekali ngap lah tadi. Mmg suka ratah lauk anak2 ni dan emaknya juga

Alhamdulillah petang semalam lepas asar pi rumah ustadzah Noriah . Dia buat aqiqah cucunya. Muda lagi dah dapat cucu! rezki masing2 kan


Alhamdulillah sahabat jannah sentiasa tersenyum bila bersama!
Nikmat apa lagi yang mahu didustakan??


Wednesday, September 12, 2018

On the Go the whole Day!

I did not realize that i have been on the ‘go’ the whole day!

5:15 am ‘go’ off alarm
5:30 am ‘go’ angkat wudu
6:45 am ‘go’ kitchen to prepare breakfast
7:15 am ‘go’ to school to send Hakim
7:45am ‘go’ to the kitchen for breakfast
8:10am ‘go’ to sewing room, sewn 1 outer bag
9:15 am ‘go’ get ready for my feqah class
10:05 am ‘go’ to surau for feqah class
11:35 am ‘go’ to school to meet the teacher
12:45 pm ‘go’ to Surau Sekolah
1:05 pm ‘go’ home ( otw stopped at Lmart)
1:15 pm ‘go ‘ to L-Mart to buy so stuffs
1:20 pm ‘go’ home, did my prayer
2:00 pm ‘go’ to have lunch in the kitchen
2:30 pm ‘go’ to the sewing room again to potong the kain etc for 3 bags kot
3:45 pm ‘go’ to kitchen again to goreng mee for the pibg mtg
4:15 pm ‘go’ mandi and solat asar and get ready to go to the meeting
5:07 pm ‘go’ to the mtg room
7:20 pm ‘go’ home and did maghrib and isyak
 Before isyak i thought of going into my sewing room again! Tp mata and badan said lets go to sleep! I did not realise that I have been on the go until rasa mata macam tak boleh bukak! Huhu.. and perut laparrr.

Alhamdulillah penat2, my most favourite son served me this!

#Penat sangat arini! Semoga segala usaha Allah berkati!

Ni Hakim prepare utk mak dia

Kueh bakar utk meeting pibg. isteri pengarah projek larian pibg yg buat


Mee goreng, yours truly dah goreng sampai berpoloh2


ajk pibg bawak risolle dan popia sire. sedap popia tu


semalam Dhira and Hakim buat mee flat. haha dapat toi baru semalam. Noodle maker. Pensonic buat sale dari RM599 jadi RM399! Alhamdulillah