Wednesday, January 29, 2020

Permit expired ! Dan kisah ibu tua

Assalamualaikum









‎الحمدالله semalam selesai minta extend permit bibik. Ke Imigresen KT semalam bersama bibik. Sakit pingganglah jugak drive sorang2. Lama tak pegang keretalah katakan. Biasanya abah or anak2 je yg bawak. Mak sama ada menjahit or tido dlm kereta or pegang phone.. hehe

Kena fine rm100. Gara2 sibuk2, tak perasan dah akhir bulan. Permit bibik expired 23.1.2020. Masa bulan 12 ingat lagi, tp fikir masih ada sebulan lebih, tunggu dululah. Itulah.. terlupa langsung. Pagi isnin masa nak breakfast baru abah kata.. permit bibik mati 23.1.. aiyooo!

Dia cuba juga buat on myeg tu, tak lepas sbb date dah abis tempoh. Langsung pagi senin tu change of plans. Mak kena tinggal kat Kerteh kena uruskan hal bibik. Mmg masa dia cakap tu, tinggal nak ganti baju je nak balik Kajang. Mmg terkedu kejap. Within minutes plan berubah. Gelabah sat. Cuma pernah terlintas nak kacau abah, kotlaa dpt pelepasan seminggu dua boleh duduk Kerteh.. haha.. tp tak tercakap sebab nnt sendiri yg rasa sedih kenangkan dia di Kajang tak ada yg uruskan. Datin Maya sibuk nak peksa. Puan Sri Angah pulak dok rumah KL. Tinggallah abah sendiri nak uruskan makan semua camana? Hendak tak hendak turutkan aje perancangan Allah!

Hari ini, ان شاء الله kejap lagi nak bawak bibik buat fomema. Dah nak masuk tahun ke 14 rasanya or 15 dah? Mak pun dah lupa. Tp lepas 10 tahun mmg kena buat fomema tiap tahun. Harapnya semuanya lulus.. Aamiin

Dok kena tinggal kat Kerteh 4-5 hari ni, ingat boleh lah berehat tapi rupanya banyak yg nak kena buat.. semoga Allah permudahkan.. Aamiin

Malam tadi si Sulong dok minta abah dia benarkan mak duduk sini lg 2 minggu. Lama jugak lah bertawar menawar dengan abah.. hahah..

Tapi keputusannya mak memang dah tahu.. hati mak berat jugak nak tinggalkan dia.. tp mak jugak berat nak biarkan Abah sendiri di sana. Selalu macam ni lah.. 😭😭😭. Semoga Allah beri hati yg kuat, tak mudah rasa sedih. Cuma mak harap nnt anak2 juga begitu dengan kami apabila kami sudah tak sekuat sekarang menguruskan diri..

*hati masih teringat peristiwa semalam..semoga Allah permudahkan urusan ibu tersebut. ان شاء الله pasti ada hikmahNya.. Aamiin

No comments:

Post a Comment