Thursday, May 21, 2015

Makan makan with friends


 Assalamualaikum


Minggu ni rasa macam best je. Alhamdulillah... Minggu dah nak abis dah, besok dah Jumaat. Hmmmm... Masa berlalu terlalu pantas. Hakim kata dia masih ingat lagi apa jadi Khamis lepas. Dunia dah nak kiamat katanya.. Memang setuju benar, makin dekat kiamat, masa memang akan berlalu begitu pantas.. Tak terkejar kita dibuatnya.. Moga semakin hari ilmu Allah semakin banyak tersemat dalam hati kita dan moga amal ibadat juga bertambah lah InsyaALLAH ..


Tak tahu apa sebab rasa best sangat ye. Agaknya sekarang maklang tak berapa paksa diri utk nak menyulam. Buat setakat mampu. Penat menyulam maklang masak utk anak2 yang 2. Masak pun tak banyak macam dulu sebab mereka makan cuma tengahari je nasi  bila pulang dari sekolah sekitar jam 3-4ptg jadi malam nya tak berapa laparlah..so malam carik roti ke atau makan apa yang ada je... Alhamdulillah budak 2 ni tak banyak kerenah tentang makan. 


Semalam, maklang ajak bbrp kawan maklang utk brekfas. Lama sangat tertunda akhirnya semalam baru berkesempatan... Alhamdulillah. Tak masak apa sangat cuma kacang pool dan choc cake dan risolle bibik yg buat.

Kita santap dengan gambar ajelah ye


Lama betul tak buat ni. Semalam ada yg tanya resepi. Ingatkan nak link ke blog masak maklang. Tengok2 tak tertulis resepi ni. Maka semalam merajinkan dirilah:)
 

Condiments yg dimakan dengan kacang pool.



Haah macam2 ada.. Reseki banyak. Dah biaslah banyak tak abos dan tapau ..







  Kisah semalam yg sangat enjoyable.. Alhamdulillah!



Lupa senin lepas adalah hari guru maklang dijemput..

Sangat enjoy menyaksikan persembahan murid.


Alhamdulillah..:)






Sunday, May 17, 2015

Lima se dua

Pagi tadi pergi kedai talipon. Tengok2 talipon entah jenis apa tak ingat. Jurujual explain..

Talipon ni RAM lima sedua. 4gig

haah?

Lima sedua

Haah?

Lima sedua..

Muka dia dah boring dah.. Apalah makcik ni tak paham agaknya.. 

Makcik and pakcik pun berlalu lah bila tengok jurujual macam dah boring. Makcik percaya pakcik pon dok pahang..

Bila dah masuk kereta baru lah paham. Dia kata RAM 512Mb.. Hehe.. 

Teringat masa mula2 datang sini.  Cerita kat office ..

Awak dept mana? Cam gitulah kira2nya soalan..

Designer tu yg mmg kaw2 terengganu punya loghat jawab: instrumeng!

Haah?

Instrumeng!

Haah?

Instrumeng!

Oo instrument.. Ketawa nak pecah perut masa tu. Sampai kena sumpahlah.. Dia kata.. Nanti dah lama dok terengganu mesti cakap camtu.. Hehe.. Tp sampai sekarang kalau cuba nak cakap macam org sini pasti kena cakap.. Kak lina dok sah ler cakap Ganu.. Bughok benor bunyiknya! Hehe..



Nak buat camanakan, lidah makcik lina johor.. Cakap bahasa orang luor.. That is what we are being called.. Orang luor

Meh maklang tepek laksa johor and rojak india buat hiasan entry kali ini.


Cerita semalam ni... Banyak ikan yg lama dalam esbok.. So mintak bibik rebus and blend dan terhasillah laksa johor:)

Pasta campo2.. Sebab nak menghabiskannya


Lama2 bibik pon dah pandai buat timun tu..👆


Ni pulak hari ini.. Asma rojak aka rojak india




Dan ada chef popular datang petang tadi


Dan celebrety pujaan hamba:).. Maklang jamu carrot cake for tea:)


Sekian tayangan larut malam.. 


Jumpa lagi di lain waktu InsyaALLAH 






Thursday, May 14, 2015

Penghibur hati

 Assalamualaikum..

Apakabar? Maklang rasa macam tak berapa sihat pagi ini. Tak sedar kediri ... Bibik ketuk2 pintu bilik, tengok dah pukul 6:30pg. Biasanya awal lagi maklang dah bangun. Minggu ni memang minggu yang penat sangat. Cuaca sangaaaat panas.. Hidung dah mula bagi signal macam nak kena selsema.. Tekak dah mula nak kering.. Kena cepat2 protect diri... Ya Allah ku pohon kesihatan yang baik.. Amiin

Dua malam lepas, seawal pukul 9 malam, mata dah tak boleh tahan lagi. Tersenggut2 kat kerusi. Masa nak ambil Maya dari tuisyen jam 10 malam, maklang tidur all the way, to and fro! Nasib baik paklang dah train Hakim to drive.. Or else puas jugak semua nak buat sendiri. Now both Maya and Hakim dah boleh bawa kereta. Tapi not on their own. Mesti ada org yg dah ada lesen kat sebelah. Alhamdulillah...

Ù…

Maya dah jadi cam adek Hakim dah:)



Now, anak2 maklang dah besar2. Hakim je dah 14 tahun and he is now taller than abah dia. Tak sangka jadi besar gitu. Masa dia lahir dulu, Dr. sampai cakap dia tak ada harapan untuk hidup. Allah maha Kaya dan pemurah, rezki kami utk dapat anak lelaki sebab lepas dah lahir tak cukup bulan dan macam2 lagi dugaan yg menyinggah, akhirnya dia dah membeesar menjadi seorang anak yg  memdengar kata mak abah. Tak susahlah menjaga dia setakat ni. Alhamdulillah.


Walaupun badan dah sebesar Abah, perangai masih lagi keanak2an. Manja lagi. Dia lah peneman mak bila Abah tak ada kt rumah. Tapi wiken memang dia macam belangkas dengan Abah dia. Ke mana2 berdua aje.. Maklang biarkan dia macam tu sebab memang dia perlu nak bersama seorang lelaki.. Kadang2 kelakar tengok keakraban dengan abah dia.. Masih macam dulu2 lagi, soalan bertubi2 dan kadang2, soalan yang payah nak kita jawab.. Hehe..

Semalam ada lagi soalan cepumas dari dia.. Maklang layan je lah.. Penghibur hati mak tu... Alhamdulillah:)

Tiba2 dia kata .. Kenapa org kata mak
nampak tua dari abah?

Siapa yg cakap?

Kawan akim, kawan kak maya...

Siapa yang cakap? 

Orang2 lah.. Kawan2 Akim kawan2 kak maya..

Ohh.. Mak memang nampak tua dari abah..Sebab mak ni banyak perkara nak pikir.. Abah tu sebab dia senyum je tu nampak muda je..

Mak pikir apa?

Mak pikir.. Kalau suruh anak solat dia tak buat2..( dia dah solat)

Mana ada mak suruh?

Eh.. Mak suruh buat homework tak gerak2...

Kena sebijik.. Langsung bangun cari buku nak buat homework.. Hehe.. 




Saje menghias dengan spaghetti dan lasagna.. Berseri sikit blog ni:)
 Untuk lunch


Buat kuah banyak, so petang semalam maklang buatkan lasagna untuk dijadikan bekalan anak2 ke sekolah.. 

Sekian. Celoteh pagi2 dari maklang.. Sekadar updet kosong je:)


Tuesday, May 12, 2015

Nak carik duit

Assalamualaikum

Diam tak diam besok lusa dah tengah bulan. Cepat betul masa berlalu. Lagi 2 bulan dah nak raya.. Hmm.. Banyaknya kerja nak kena siap. Berdoa moga Ramadhan kali ini akan boleh lebihkan amal ibadat InsyaALLAH . Kerja meriben macam banyak sangat lagi. Tadi ada yg menempah nak kensel tempahan. Banyak juga yg dia tempah, 4 bj cushion dan 1 alas meja makan utk 6 orang. Dia nak beli kit dan cuba buat sendiri. Alhamdulillah.. Allah bagi jalan untuk maklang nak mudahkan kerja. InsyaALLAH yang sedia ada ni pon belum tentu siap.

Alhamdulillah sempat siapkan sebatas tulip semalam dan serumpun orkid petang tadi:). Orkid ni Maya yang nak utk nak buat lucky draw hari guru nanti..


Lepas dah siap jadi beg baru maklang warnakan.

Doakan moga Allah permudahkan.. Amiin
****

Hari ini kepala ada pening sikit. Risau betul macamana nak cari duit utk PIBG sekolah anak2. Nak buat golf tournament takut tak ada sambutan sebab sekarang ekonomi tengah merundum. Tapi kena juga buat sesuatu untuk nak generate income sekolah.

Kalau tak buat payah pulak nak baiki sekolah dan nak jalankan aktiviti2 utk anak2 murid. Lagipun sekolah kami tak mendapat banyak peruntukan dari kerajaan kerana murid ada 320+ orang sahaja. Wang peruntukan dari kerajaan berdasarkan jumlah murid. Jadi sebab murid sedikit maka wang yg diperolehi juga adalah sedikit.

Hmmm.. Kena banyak fikir alternatif lain juga ni..moga Allah beri jalan dan petunjuk dan memudahkan kerja2 sukarela ni..

Kalau anda bagaimana? Ada idea tak macamana nak cari duit utk sekolah?

Saturday, May 9, 2015

Alhamdulillah.. I am one happy wife and mother:)

Assalamualaikum

Alhamdulillah we arrived in Kerteh approximately 4:45pm and I was greeted by these:)

Box 1 : a birthday gift from my cik abang and kids , and

Box 2: i beli sendiri hehe.. Hadiah utk sendiri hehe

Surprise sungguh maklang! Alhamdulillah.. Pucuk dicita ulam mendatang.. Sekotak penuh idaman hati.. Kira ni kotak ke2 dari cik abang..hehe.. Masa April hari tu dia dah belikan sekotak:) ...Senyum meleret cik adek:)

Senyum senyum dan senyum...



Macamana tak senyum... Yg mmg kita angan2 dah jadi milik kita..


Menurut angah masih ada yang belum sampai:) , stock tak dop:).. Tak pe mak tunggguuuui dengan penuh rasa tak sabar...:)

Alhamdulillah atas segala nikmat dan kurnia Mu Ya Allah..




Friday, May 8, 2015

Beralih umur!

Assalamualaikum 


Alhamdulillah i am 50 today! Besarnya nombor itu.. Macam ada rasa takut nak menghadapinya. Macam rasa dah tua sangat. Masa muda2 dulu rasa macam dah tua sangat orang berumur 50 ni. Tapi bila sendiri yg melalui nya rasa macam biasa aje..

Cuma..

Cuma..

Badan cepat penat.. Tambah2 baru lepas kena denggi sebulan lepas ( sangat menyeksa kerana tatkala itu suami dan 3 anak sedang bercuti jauh di down under, nasib baik anak sulong balik dr Bandung temankan mak dia)

Lutut kadangkala buat ragam macam sakit semacam tp selalu ignore je.

Mata tiba2 berkabus tak pasal2 bila banyak menjahit atau membaca.

Pinggang adakalanya rasa terpeliot bila duduk bersila lama2 terutamanya ketika sedang mendengar ceramah kat surau ( tengok tv ok pulak huhu)

Tu serba sedikitlah yg dah nak expire ..

Tapi ..

Maklang bersyukur dengan ketentuan Allah dengan segala apa yang ada.. Mungkin poket tak berisi macam dulu tapi Allah penuhkan nikmatNya lain dalam diri maklang. Alhamdulillah sekarang punya masa yang lebih banyak untuk Maya dan Hakim di rumah. Juga untuk Along yg jauh dan Angah di Melaka.

Juga Allah berikan nikmat masa untuk mendalami ilmuNya pada bila2 masa dan
Allah juga beri maklang masa untuk meneruskan hobi maklang dan dgn itu dapat menjana ekonomi maklang dan keluarga , serba sedikit..

Alhamdulillah, tak terkira banyaknya nikmat Allah buat maklang sekeluarga dan maklang berdoa moga segalanya akan bertambah baik dengan bertambahnya usia maklang..


Doakan kesejahteraan dan kebahagian buat kami sekeluarga.. Terimakaseh!

Coretan pendek dari Bali..



P.s InsyaALLAH besok ke lusa sambung cerita cuti lagi;)

Thursday, May 7, 2015

Day 2: Birthday Vacation in Bali P2

Assalamualaikum 

Semalam tak sempat nak update .. Penat teramat.. Like i said, we went to puncak Kintamani, lepas tu pergi tengok sawah bertingkat, lepas tu pergi jalan2 kat Unud and terus pergi shopping kat kedai Khas ole2 Bali... Memang we were beat. Teramat sangat letih... Tp we enjoyed so much! Alhamdulillah

----


Meh sambung sikit lagi utk acara hari ke2:)


Lepas dari melihat pura di Berdugul kami berhenti makan dulu. Mulanya nak beli nasi aje kat kedai org jawa yg terletak berhampiran, tapi entah macamana kami singgah terus makan kat situ. Nasi dan sayur kami beli kat warung org jawa di situ. Lepas tu solat kat masjid yg berdekatan. Walau masjid lama tapi yg bagus tandas dia bersih dan tak berbau langsung. Mmg maklang perhati toilet2 kat indonesia ni 9/10 adalah bersih dan tak berbau. Kalau kat Malaysia, kadang segan nak masuk tandas walau di masjid... 

Lepas dari situ kami ke Tanah Lot.. Memang sangat menakjubkan ciptaan Illahi.. Cantek sangat!


Dengan cik abang and wan sara

Cantekkan

Jalan2 ambil angin dan kemudian berhenti minum air kelapa dan berhenti beli hadiah tandamata utk family dan sahabat terdekat:)

Dari tanah lot kami bergerak pulang ke hotel. Capek banget petang itu..

Nanti sambung Day 3 pula InsyaALLAH 

( ni dalam kereta otw balik kerteh.. InsyaALLAH 1/2 jam lagi sampai:)


Wednesday, May 6, 2015

Day 2: Birthday vacation in Bali

Assalamualaikum

Alhamdulillah my blogs masih nyawa2 ikan.. Jangan tertipu ye.. Entah dah brape kali ni cuba nak komen kat blog lain tapi fail je.. Sebab.. Maklang lupa password! Hehe...lepas dah dekat 6 kali baru betul. Rupanya password lama jugak yg kekal. Yg tukar2 itu utk email lain hehe


Masuk blog sendiri ok sebab nyawa dia onnnn je all the time kat fon maklang. Or else memanjang asyik tukar password.. Nak masuk 5 series dah besok lusa kalau panjang umur InsyaALLAH..


Maklang masih di Bali. InsyaALLAH friday petang pulang ke tanah air. Semalam kami ke Bedugul. Indahnya pemandangan sepanjang jalan.. Sungguh Alah Maha Kaya! Somehow .. I just love Bali..

Nak gerak ke Bedugul.. Ni hotel kecil yg kami sewa. Cuma rm100 semalam, melalui Agoda. Kami dapat percuma je sebab guna RCI.. Alhamdulillah!

Di luar Swaha Hotel tempat penginapan kami..



Banyak ukiran batu di sepanjang jalan. balinians ni pengukir  yang hebat sampai jalannya pun diukir kata Uncle Rahman bila kami melalui jalan2 yg rosak... Hehe

First stop tempat jual lukisan dan silver.. Alhamdulillah kekanda belikan 4 utas gelang untuk anakanda2 dan adinda dia :)
 
Tak dan ambil gambar lukisan sebab sibuk pilih gelang. Mula2 nak ni lepas tu tengok cam tak cantek je hehe

Maklang pilih yang ini pulak. Entah kenapa senang je dapat anggukkan cik abang :)

Maklang suka semuanya nanti boleh share2. Hadiah anak bujang masih belum dapat. Bonda dan ayahanda juga serta adek2:)

Sebelum tiba destinasi singgah kat strawberry farm tepi jalan je..

Geli tengok bat ni

Cantekkan!

Dari situ kami ke Bedugul. Tengok Pura org Hindu. Kat tengah danau. Canteknya pemandangan yang Allah ciptakan.. Allahuakbar!
kat luar  pintu masuk


Suamiku tercinta


Belakang tu pura - kuil hindu .. Kat malaysia org biat perhiasan kat kolam benda tu yg atap itam macam rambut tu..

Cantek kat belakang tu ada gunung dan kabis:)

I love him as well as the hydrangeas:)

Stop sini dulu. Nak siap ke Kintamani and entah mana lagi acara.. Selamat berblog semua:)






Tuesday, May 5, 2015

Greetings from Bali..



Alhamdulillah .. Kami tiba Bali jam 4 ptg, lebihkurang. Dari Kerteh jam 5:40 ptg pada hari sebelumnya. Seronoknya Allah bagi rezki untuk kemari lagi. Syukur atas segala nikmat Allah!

Sementara tunggu plane sampai, wefie kejap


Mesti nak bergambar dalam plane hehe

Turun diairport Bali, terasa sangat kelainannya. 9 tahun yg lepas kami sekeluarga ada datang kat sini, tapi memang tak ingat langsung macamana rupa airportnya. Memang rasa cantek sangat airportnya kali ini. Sangat asing betul rasanya. Besaaaarrr dan luas sangat bila masuk airport. Sangat berbeza dengan Bandung yang besarnya lebihkurang airport di Kerteh je.. Hehe

Sesampai di airport kami cari pak supir. Kemudian cari wan sara, tok rahman dan abg eddie:).. Pak supir kata.. Oh mereka di kopitiam. Rupanya mereka dah jumpa supir kami sebab nampak tag nama yg di pegang supir tu.. Mereka tiba di bandara lebihkurang 1 jam lebih sebelum kami. Flight kami delayed 1 j dari waktunya..
Alhamdulillah... Sebenarnya wan sara nak ikut kami masa maklang beritahu dia kami nak ke Bali, masa tu maklang ke Jakarta bulan lepas..ingat nak hanimun berdua tp ditakdirkan kami ada peneman..

Maklang sempat ambil gambar dari atas. Wahhh banyaknya development. Tengok jalannya yang berselirat, memang betullah dah sangat developed!

I was wondering apakah yg macam lagoon tu?

Agak padat juga


Alhamdulillah dari airport ke hotel kami, yang berada agak jauh dari bandar , sempat kami jalan atas laluan yg terletak atas laut. Ingatkan dibina atas paya tp menurut supir, ianya atas laut. Patut nampak boat2 banyak tapi atas tanah. Ketika kami lalu air dah surut:)


Jauhnya perjalanan nak ke hotel. Risau sebab belum solat zohor dan asar. Abang kata dekat aje, insyaAllah sempat jamak takhir. Tapi jalan agak jem. Maklang tanya pak supir sempat tak? At first dia kata sempat sebab ingatkan maklang tanya maghrib jam berapa. Kali ke2 tanya baru dia paham. Dalam hari berdoa, permudahkanlah kami menunaikan kewajipan kami. Seolah2 Allah mengkabulkan doa kami. Masjid cuma about 500m dari tempat maklang tanya. Dan bila tiba kat masjid itu, ternyata itu masjid yg pernah kami solat sekitar 9 tahun lalu:).

Tak sempat nak ambil gambar. Kelam kabut sangat.. Belum habis solat jamaq qasar asar, azan dah berkumandang. 

Alhamdulillah dapat sama2 menunaikan solat maghrib berjemaah.

Lepas tu bertolak ke hotel.
Tak jauh dah, cuma 10-15 mins perjalanan. Kami tiba lebihkurang jam 7 malam..alhamdulillah. 

Bilik hotel kecik tp dilengkapi dgn microwave , peti ais, pinggan mangkuk dan lain2 alat asas
 
So inviting! Kami bagi wan sara n family , the attached bedroom yg kami dapat melalui RCI. Kami ambil bilik yg dibook utk wan sara. Lagipun nak buat apa ada 2 bilikkan.. Hehe..

Sampai2 kami makan bekalan yg kami bawa. Sebab sini ramai penganut hindu, maka makanan mereka kami agak was2. Masa 1st trip dulu duduk kat Holiday Villa milik Malaysian jadi brekfas halal. Kali ini di Swaha Hotel milik org Hindu..tp dia kata no pork no pork.. So berani lah guna pinggan mangkuk dia.. Tp wan sara mmg bawa pinggan plastic..

Makan di luar kamar. 

Tok Rahman Gunardirja Alhamdulillah masih kuat walau umor susah memjejaki usia 80 lebih

Wan Sara bawa makanan macam2. Tak lalu dia nak makan luar 
 
Yours truly terpaksa ambik selfie lah.. Alhamdulillah seronok makan camni.. Sedappp!

Malam, sempat jahit sekuntum bunga RE je. Melepek!