Thursday, February 27, 2014

Majlis perpisahan Sir Raja

Assalamualaikum...

Ada majlis di sekolah smkrp khamis lepas. Majlis persaraan Sir Raja. Maklan termenangis. Anak2 maklang is very fond of him.. Sir selalu usik2 anak maklang. Bergurau dengan mereka. Jarang kalau cg nak panggil anak murid dengan nama singkatan kat rumah. Sir panggil Angah- Angah...

Selamat bersara Sir. Masa Sir berucap.. Sir kata.. I will miss Puan Halina's food..wow.. Terkesima I kejap.. ( betul ke pengunaan perkataan itu? I suka bunyi dia..)... Sedih sedih.. Pelajar SMKRP tak belajar pagi itu kerana meraikan majlis
utk Sir

Sir disambut dengan bunga manggar.. Cg Rasidi pergi ambil sir kat Kemaman:)

Pengawas2 jadi penyambut tetamu.. Anak i yg tot* pun ada:)

Surprise utk Sir, anak didik Sir datang all the way dr KL...

Maya n the gang:)

Ashraf Muslim dgn Mya n the gang

Angah sedondon dgn Sir


Sempat bermain seruling..:)

Petang pula cg2 meraikan sir di Awana. Birthday Sir juga...

Seronok juga jumpa cg slepas
Sekolah..

C u later

Assalamualaikum 

Wednesday, February 26, 2014

Cari masa..

  Assalamualaikum

Maklang masih sibuk sekarang. Cuba mencari masa utk nak siapkan kerja, melayan anak dan juga sekolah..

Alhamdulillah leher dan belakang maklang dah hampir ok. Ikut juga petua org tua, ketuk bantal 3 kali dan selawat kemudian dipukul pada belakang yg sakit. Kemudian jemur bantal tu. Alhamdulillah dah buat semua. Makan ubat .. Tak tahulah yg mana yg melegakannya.. Maklang pun berurut bertungku Isnin lepas sampai terlelap2.. Bayangkan kena uli dari 11:45 am sampai dekat 3:30 ptg.. Hehee nasib baik badan i tough or else mau lunyai.. Apa2 pon Alhamdulillah Allah dah bagi kesegaran semula..


Tapi hatiku dipagut pilu bila semalam maklang mesej kat kawan nak minta derma utk sekolah , tp kawan tu reply yang tak best dibaca:(. Tapi tak apalah sebab rezki utk sekolah nanti Allah akan bagi juga.. Kena yakin. Lagipun bukan senang nak buat kebajikan.. Cukuplah cerita keciwa.. Mehlah sambung cerita kebzan i.. 

Isnin:
 Birthday si bujang yg ke 13! Tapi dia tak sihat.. Angah buatkan kek tp in the end bawa ke rumah kawan sbb besday boy tak boleh makan choc.. Tonsil bengkak ler tu.. Risau jugak bila demam tu..


Lepas walking pg, sempat jahit beg sikit.. Then kena urut, lepas urut pergi kat Prudential konon nak apply jadi agen.. Masa tu berkobar tapi arini dah tak ada  mood sebab letih sangat kot.. Cam tak terkejar tapi dah bayar dah duit utk exam 



Lepas dari situ singgah rumah kawan yg nak pindah. Tolong2 sikit lepas tu ke rumah baru dia. Bawa balik ikan dan sayur utk digoreng sbb keadaan kat rumah dia masih tonggang langgang. Lepas maghrib kami ke sana semula. Makan2 .. Maklang sangat ngantuk malam tu. Tido kol 10:30pm. Letih kena urut..


Selasa:

Alhamdulillah semalam pagi siap dah 3 biji bag..:) boleh senyum sikit. Tak pergi walking pun semalam sebab rasa letih teramat. So menjahitlah saya:)

Ingat nak pergi kelas kat surau. Tapi buku tak jumpa utk kelas tajwid. So tak pergilah kelas sebelum tu. Ke kelas tajwid lepas tu balik sambung lagi beg.. Alhamdulillah siap sebijik lagi. Petang masa ambil Maya, pergi distribute surat nak minta dana utk Malam Amal. Petang tu juga ada meeting kat rumah YDP. Dari
5:15 -7:15 kot.. O

Malam best.. Angah yang masak utk adek 

Sian budak demam ni
Banyak sangat angah buat.. Maya pula dah tidur. So eksport ke rumah cikgu depan rumah.. Panas2 lagi..

Tak habis pon .. Semua makan separuh 


Budak demam pon tak selera:(

Malam tadi marathon... Sempat jahit yg ini

Rabu:

Tak jadi pergi walk today sbb tak ada yg respon. So, maklang main2 pokok.. Siap beli tools 2 sets.. Hehe.. Buat2 pokok sampai tak sedar dah dekat 9:30pg. 


Ada meeting kol 10:00 kat sekolah.. Doklah mengadap kat sekolah sampai kol 12:00. Bergegas pulak ke kelas faraid.. Balik faraid 1:15 balik rumah ambil Hakim nak bawa pi clinic. Dr pulak tak de. So maklang pusing bandar baru nak distribute hantar surat..lepas tu baru dapat jumpa Dr. Then pusing cari eskrem, tak ada pulak. Kol 3 baru sampai rumah. Lepas lunch baru naik nak jahit beg. Sempat siap sebiji.. Alhamdulillah! Baru nak relax, maya pulak
call nak balik. Ronda Mm nak pi amek duit derma dr kawan then singgah lmart beli spray nyamuk ( banyak betul.. Dah pasang ubat nyamuk pon macam x lut, so spray dan pasang ubat nyamuk) and beli eskrem.. Letihnya saya hari ini:(

Best petang tadi sempat buat yg ini

Siap jugaklah jangan tidak..


Ok ni nak siapkan keje.. Tp layu layuan ni.. Huhu

Jom selawat

Assalamualaikum


Monday, February 24, 2014

Wiken lagi

Assalamualaikum

Sudah malam senin.. Cepatnya masa berlalu... Alhamdulillah hari ini si teleng banyak jugak menyulam... Habiskan jahitan semalam dan selesai dah tengahari tadi:) tapi setakat sulam ajelaa... Matikan dan letak manik tunggu kakak. Lepas tu baru warnakan. Buat suka2 aje. Bukan tempahan. Kadangkala muak buat tempahan ni. So utk naikkan mood semula maklang freelance on the design. Alhamdulillah bila siap, maklang upload di FB dan dah ada pun yg book. Tapi dia nak framekan. Lagi mudahlah kerja i.. Tak perlu jahit but of coz maklang kurangkan rege lah sikitkan:)

Yang maklang start tengahari tadi, si matahari pon baru je siap lebihkurang jam 11:20 malam kot. Tapi belom matikan lagi. Belum manikkan lagi.. Lama dah ditempah oleh kawan maklang. Ada kot 6 bulan lepas.. Sian lama betul dia menunggu.. InsyaAllah penantian bakal berakhir:).. Soon insyaALLAH ..:)

Besok kena mula jahit sulaman yang ada utk dijadikan beg2. Ada juga yang perlu dicat.. Alahai .. Banyaknya keje I:).. Tidak apa.. Allah beri rezki.. Bersyukurlah!


Berakhir bab RE. Kita mula bab makan pulak:)

Pagi semalam we had roti jala dan kuah dalca. Maklang dah siap masak kuahnya hari jumaat. Sabtu pagi lewat sikit ke dapur sebab melayan leher yg sakit ni. Puas dah cik abang urut tapi masih belum lega.. InsyaAllah besok dah book kak yah. Harap2 rasa lega sikit insyaAllah

Lepas brekfas kami bertolak ke
Kuantan sebab nak melawat FIL yg dah tak kuat. Alhamdulillah dia sihat, cuma sekarang ni dah tak ingat. Moga Allah pelihara my FIL

Lepas dari situ, kami lunch di Sara Thai. Sempoi je.. Diet konon:).. 

Cik abang I order kuew teow sup. cik adek order nasi goreng seafood. Mula2 tengok macam tak cukup je.. Tapi bila dah abis sepinggan makan ngan kerabu mangga konyang jugak.. Alhamdulillah..
 Ini nasi goreng cik adek. Cik abang dok bertentang selang 1 kerusi. Dah lama
Kawin ni nak lapang2 je duduk. Kalau baru kawin, lagi sempit lagi suka.. Yelah.. Masa mengubah manusia.. Ooopppss jgn marah cik abang ku.. Cik adek gutau je.. Hehe..

Stopover kat rumah sepupu dekay.. kamdar.. Shopping kain utk students dan kawan dan sendiri juga ada.. Huhu.. Terghobang dah duit ku..

4 beg plastic besau. Diasing ikut rege.. Banyak 1m cuts.. Harga pulak
Lain2... Takut ug belikan ni confuse pulak


Ahad:

Bangun awal. Leher masih sakit. Tapi tak layan. Buat mee goreng basah as requested..

Dan juga buat rojak india kesukaan cik abang:(Alhamdulillah!
Homemade rojak India 

Alhamdulillah!
 Tersenyum gumbira bila serve kat our bed..2 kali ulang!

Ok takat sini dulu ya

Assalamualaikum 

Friday, February 21, 2014

Kisah 3 hari 3 malam


Assalamualaikum...

Wah jumaat petang dah. Sibuk di dapur hari ini.. Biasalah routine jumaat masak berbagai juadah utk di freezekan bila cik abang kena kerja luar senang nak bawak. Lagipun minggu depan mak dan abah nak ke KL , kalau dia tinggal kat rumah kami kat KL tu, senang tak payah nak masak. Tinggal panaskan aje..:)

Ada ayam kari, ayam dalcha, sambal ayam dan udang tomato.. Lambat memasak arini.. Buat pelan2 sebab bahu dan leher macam teleng. Dah 3 hari macam ni. Nak buat keje pun selo je:(.. Alhamdulillah hari ni macam ok sikit.

Masa nak hantar Hakim solat tadi ( abah kena keje Kl lagi:(..), kak liza call minta singgah rumah dia.. Tp maklang singgah bila nak ambil Hakim balik dr masjid je sbb masih memasak tadi, kak liza beri 2 jenis briani.. Ayam dan ikan.. Mak ai.. Banyak sungguh. Yg best tu kak liza hadiah jugak buku resepi baru dia.. Masakan warisan... Sedapnya nampak ...

Beriani ikan sedap:)

Beriani ayam pon sedap..

Semalam dapat nasi bukhari pun sedap...rezki maklang dah 2 hari dapat makan free. Tq so much kak liza.. Moga rezki akak murah.. Aminnn

***

Ni kena ingat semula.. Apa maklang buat last tuesday.. Lupa sebab sibuk sangat baru2 ni. Banyak yg nak buat tak terbuat.. Biasalah tuesday pagi pergi walk2 dengan kawan2. Lepas tu ada usrah. Bagus juga pengisian kali ini.. Virus dalam ukhwah.. Ini antara yg maklang dpt dlm usrah hari tu..

Virus dalam ukhwah
Tidak ada perkara yg memutuskn hubungan dgn manusia jk tdk ada maksiat dgn Allah
Mahabbah syaitaniah - jgn tegur org dpn org ramai, cara lembut jgn menyindir
Tidak santun dlm berbicara
Jgn mendominasi majlis
Ckp kn berhati2 takut ada yg tak mampu
Panggilan yg bersopan
Berdebat dan membantah
Merendahkan idea orang
Jgn kritik dpn org ramai
Sifat acuh tak acuh
Pendam rasa dengki

Moga sama2 dpt menafaat...

As usual ada makan lepas usrah, banyak gok makan sbb hari tu lapor .. Hmmm

Tak ramai pagi tu.. Tp tidak apa...


Tuan rumaj, puan Husna hidangkan nasi lomak sodap:). Tq Husna..

Tu dia sedang menjamu selera:) . Alhamdulillah.. Kenyang perut!

Petang berkebun ngan angah kakak n bibik.. Semangat anak dara semai poko... Boleh jual kalau ada yg nak:)

Hydrangea memang kesukaan maklang.. Angah dah buat repotting.. Semua masuk pasu besar.. Harap2 pokok jadi gemok:) insyaAllah:)

Rabu pagi.. Hmm maklang kena call LHDN.. Dia kata ada tunggakkan.. Banyak juga tapi seingat maklang semua dah clear.. Harap2 LHDN silap. Setau maklang LHDN yg ada utang maklang:)

So sebab tak ada geng nak walkwalk, maklang spend masa menjahit sebab banyak nak due khamis .. So memang melayan benda tu jelaa dengan teleng2 ni

Yg dah kaler n yg belom:)
 Dan akhirnya semuanya telah pon dideliver petang semalam...Alhamdulillah.. Atok kata.. Ada bukak kilang ke?

Pandangan dekat setelah kena cat:).. Suka main warna.. Dekat 3 jam
Lebih kot mewarna.. Lengoh...

15 bj pouches dah masuk sarung, lg 15 tak muat sbb besar :)

Pagi Khamis semalam angah join KBM utk jadi facilatator kat sek badrul. Dia tak nak tp maklang paksa juga so that terbuka sikit minda tu.. Harap2 dia enjoy!

Ustadzah Nor ( baju coklat) datang ambil angah..

Bersama facilitators yg lain2

Nampak anak Mak dah senyum
Sikit tu..petang semalam ambil dia balik kejap, nak mandi dan lepas maghrib hantar dia balik sana..

Oh ye, pagi semalam kami walk2 jugak

6 org semalam..:) geng walk maklang:)

Perang semalam sempat borong ros pulak.. Pergi ngan ida.. Alhamdulillah bibik dan transfer kan rose masuk pasu:).. Harap2 banyak bunganya.. Moga Allah gemokkan pokok2 maklang:) aminn

Eh oklah.. Ada date kat rumah Elly jap lagi.. Ngopi katanya tapi perut i kenyang lagi huhu

Jumpa lagi nanti:) insyaAllah!

Tuesday, February 18, 2014

Kelas menjahit beg:)

Assalamualaikum..

Hari ini Kerteh panas. Maklang yg dah lama tak berdarah hidung, petang tadi tiba2 hidung berdarah pula. Alhamdulillah taklah teruk..

Keluar ke nursery kejap tadi. Beli pasu dan tanah sikit lagi since ada org bersemangat nak tanam pokok bunga. Sejak wiken lepas dia aleh pokok hydrangea ke pasu besar dan semai anak2 pokok. Yg bestnya, dah ada yang book anak2 pokok tu.. Maklang nak kasi free je tapi kawan2 maklang kata tak apalah, mereka nak bayar. Kesian Angah penat tanam.. Dapat jg tambah pendapatan dia..sporting betul aunty2 ni kan! Alhamdulillah..

Ini yg kakak dah aleh. Yg belah belakang tu maklang yg tanam.. Alhamdulillah daun2 besar lagi dari tapak tangan maklang dan ada yg berbunga dah tu!

Petani moden ... Penganggur pun ye:)

Semalam maklang agak sibuk. Pagi  macam biasa buat walk2. Jauh sikit semalam. Balik rumah belum sempat nak bersihkan diri, kawan2 yang nak belajar buat beg dah sampai, maka terpaksalah mengajar kejap dulu.. Alhamdulillah berjalan lancar. Mula dari pukul 10 selesai dekat 3:40. Ada 9 orang semuanya.. Ada yg menyusu baby, kejar anak.. Tapi semangat nak belajar tu sangat bagus! Maklang kena buat tutorial utk kelas semalam.. Harap2 ada masa dalam masa terdekat.. Jom layan gambar ye
Apalah yg dimenungkan ustadzah Sherry tu?

Semangat Ustadzah Nor potong kain..

Jahit jangan tak jahit

Kat ruang tamu, ruang makan semua penuh dengan mesin jahit.. Meriah rumah maklang semalam:)

Ni anak2 murid maklang.. Ada 9 orang semuanya.. Sorang lagi tak dapat bergambar sebab layan anak nangis kot:)

Macam nilah semangat mereka.. Maklang bangga ada pelajar yg ingin nak belajar walaupun ada baby yg kacau. Tahniah Sri!

Patit beg mereka lambat siap, org sibuk di mesin jahit, mereka sibuk bergambar! Ooopsss jangan marah Pah dan Sri!

Lunch mee rebus:)


6 orang berjaya siapkan beg .. Yg lagi 3 macam kena masuk kelas semula.. Hehe

Lepas kelas maklang gi mtg ngan ceo prudential kerteh.. Hehe.. Macam best je dengar.. 


Malam melepek kepenatan.. Apa2 pon happy sebab dapat curahkan ilmu yg sedikit.. Moga Allah berkati usaha kita semua..

Jumpa lagi.. Soon.. I hope! InsyaAllah