Tuesday, January 14, 2020

Klas tahsin

‎الحمدالله saya di sini pagi ini.. di surau Al Amin.. sebelah kawasan perumahan yg maklanh duduk sekarang

Baru balik ni.. terkunci di luar rumah... hehe.. kunci pintu utama tak jumpa pulak so tadi keluar ikut pintu belakang.. bila nak masuk, kunci grill je yang ada haha..

Anyway, best klas tafsir oleh Ustadz Akbar dari Sumatera. Sempat interview ustadz. Katanya sedang buat PhD di UM.. saya kata.. eh sama dengan suamiku juga sedang buat PhD dalam bisnes. Doakan saya ye ..ustadz kata.. saya pun sambung ye buat suami saya juga ustadz!

Ustadz ajar tafsir Kitab Al Azhar by Prof Hamka. kena beli ni.. hehe.. Sedap penceritaan nya. Hari ni ayat 92-96 surah AlBaqarah. Tentang perang khandak/ perang Al Ahzab..

Ustadz cakap ni jugak:

Ambillah dari harta suamimu yg mencukupi buat mu dan anak2 mu - kata baginda kepada Hindun isteri kpd Abu Sufian. Kerana Abu Sufian orangnya kedekut.. so kita pun cam tu lah ek.. hehe

Mati itu adalah bukti cinta yg sejati. Cinta pada Allah oleh itu kita kembali pada Allah

Yg best sekali kata2 ni:

Tanamlah padi walau disekelilingnya nnt akan tumbuh rumput. Janganlah tanam rumput kerana tak mungkin akan tumbuh padi..

Maknanya berbuat baiklah walau akan ada dosa disekelilingnya.. kalau buat dosa terus akan susah utk mendapat kebaikan..

Sekian pelajaran hari ini..
‎الحمدالله mak happy dpt belajar hari ini!

Balik dari kelas melayan baju2 yg perlu di gosok. Siap menggosok, layan pulak RE . Matikan bunga2 dan letak manik. ‎الحمدالله siap 22 bj utk di jahit jadikan pouch


Petang semalam buat sup sayur campur ayam je. ‎الحمدالله habis sepiuk kecik makan bertiga.

Malam nak jahit2 jg tak tersenggut2. at last bangun, masuk bilik air dan siap utk tidoooo...

No comments:

Post a Comment