Assalamualaikum
Tiba2 hari raya ke 2, kami semua sudah sampai di KL.
Memang tak di duga diplan bahawa kami akan berada di JB cuma 1 hari sahaja. Patut pun maklang prepare baju raya - jubah utk yg perempuan cuma sehelai seorang je. Hakim dan paklang juga cuma sepasang baju melayu je ( buat 2 set sebab 1 utk raya haji ان شاء الله ). Rupanya betullah sebab berada di JB utk Aidilfitri mmg cuma sehari.
Sedih semalam, selesai maklang solat hari raya di rumah, angah bisik kat maklang. Mak.. Alang kata maybe kaki atok tu kena potong! Adoii.. macam kena tikam je kat hati maklang. Terdiam sejenak.. apa nak kata??
Ramadhan terakhir masa nak layan atok makan, nak angkat dia utk duduk, ternampak ibujari kaki dia hitam kat bahagian kuku.
Tanya kat Busu, kenapa kaki abah ni?
Mak jawab.. kuku dia tercabut.
Macamana boleh tercabut mak?
Entahlah.. dia tercabut je.. tp nampak elok je tak ada apa2.. ok dah tu..
Tiba2 pagi semalam 1, 1 syawal, alang kata tak boleh biarkan.. kena cepat bawak ke hospital, takut merebak nnt.
Maklang kata.. klong serah semua pada awak. Awak Dr., awak lebih tahu.
So, Alang decided to bawak atok ke PPUM. Alhamdulillah tiba PPUM tadi around 4 pm kot. Dr dah cek dan kata mmg kena buang toe atok tu. BP atok pulak rendah, jadi tak boleh lagi buat sebab anesthetic kata kena tgk BP dia. Sekarang kami cuma berdoa je semoga semuanya dipermudahkan .
No comments:
Post a Comment