Saturday, January 25, 2014

Annual dinner 2014


Assalamualaikum

Maklang , cik abang and Along dah dalam bas menuju Kerteh. Baru aje melepasi tol jabor. Tak solat zohor lagi. Jamak taqdimlah jawabnya. Moga2 cepat tiba di destinasi.


Hari khamis lepas, maklang tiba hentian putra sekitar jam 8:00mlm. Encik suami dah pun menunggu. Kira whatapps sampai ke minit terakirlaa.. Nampak kereta dia park kat tepi jalan bertentangan dengan PWTC. Rasa macam masa muda pulak masa tu sebab ber2 sahaja. Sesampai di rumah kat KL yang cuma 5km dari hentian putra, unpack beg yang penuh dengan makanan. Bekalan pow wow, marble cakes  utk wan dan atok dan sedikit lauk2 dari Kerteh. Ada juga perencah mee yg dah siap ditumis utk menyenangkan kerja memasak kat KL:). Alhamdulilah. Terasa letih dan pening kerana bergoncang2 dalam bus 2 tingkat.. Awal maklang tidur malam tu.


Jumaat pagi sempat buatkan mee goreng utk suami tercinta sebelum dia ke pejabat. Alhamdulillah. Mee kuning dari JB, perencah dan sayuran dari Kerteh, bertemu dalam kuali di KL.:)

Tengahari kerja senang. Panaskan lauk2 dalam esbok dan goreng sayur. Makan lepas cik abang dan atok balik solat jumaat:)


 Alhamdulillah sempat menyulam utk beberapa  pouches yang ditempah oleh kawan maklang dan sempat melayan pesanan utk pouches lagi:) Alhamdulillah rezki datang tanpa disangka2:)

Lepas jumaat dapat pujuk cik abang pi teman beli riben . Berdetus2 terbang.. Moga laku keras laa.. Ya Allah bukakanlah pintu rezki ku...

Sekitar jam 6 ptg kami bersiap utk ke annual dinner office cik abang. Kali ini di adakan di hotel Majestic, KL.  Pakaian merah hitam. La Costra apa entah.. Tapi cik abang saya suka pulak nak berserban, macam tak kena ngan tema hehehe!


Sugguh tak enjoy sebab sangat bising! Mat salleh punya party ginilah gaknya.
Cik abang pening kepala sebab bising dan juga sebab kepala berat dengan serban hehe.. Jumpa kawan baik masa kecik tapi sayang tak dapat nak letak gambar walau dia sangat cantek. Sayang sebab dia masih tidak menutup aurat. Kesian kat dia. Doa maklang moga Allah bukakan pintu hatinya utk menutup aurat. Aminnn


Beginilah keadaannya dalam tu.. Liplap2 lampu dalam gelap


Tak dapat nak amek gambar makanan lain.. 
Eskrem ni sedap

Epal pie ni masam
Sempat bergambar dengan teman yg duduk kat sebelah. Kak Haziyah nama dia. Sempat dia tempah beg RE ngan maklang.. Promo jangan tak promo! Alhamdulillah rezki ada dimana2:).. TQ Allah!

Sepanjang malam masa makan kami
dihiburkan dengan MC perempuan terkenal dari Singapura. Entah apa nama dia Donna apaentah. Cik Abang jadi table leader utk games tapi yang tak setuju tu MC omputih tu suka pegang2 sampai ada yg dia offer.. You want to kiss me? Dia ada tanya satu org yg berpangkat datuk lepas org tu dapat hadiah tapi terus turun. Bila MC tu tanya, Datok tu naik ke pentas lalu memcium MC itu. Ya Allah sungguh maklang rasa geli.. Dalam hati biarlah tak payah dapat hadiah lucky draw bernilai beribu RM, aku tak rela suami ku disentuh perempuan bukan muhrim. Tak berbaloi nilai itu dengan azab yang bakal diterima nanti. Naudzubillah.. Sesungguhnya kami berlindungan dari azab Mu Ya Allah.


Selesai cabutan bertuah kami pulang. Maklang hampa... InsyaAllah tak nak datang lagi majlis seperti ini...


Alhamdulillah anakanda kesayangan dah tiba dari Bandung malam tadi.
Dijemput Alang dan terus hantar ke rumah kami di KL. 

Siang tadi sempat gi IKEA nak makan meatballs dan entah salmon yg tak masak tu..
Seminggu insyaAllah duduk bawah ketiak
Mak abah!


Sehingga bertemu lagi..

Terimakaseh kerana datang sini:)..

No comments:

Post a Comment