Wednesday, January 15, 2014

Goodbye Sha

Assalamualaikum

Alhamdulillah...Hari ini hampir berakhir...Dalam kepala fikir nak tidur aje...Letih and ngantuk sebab makan ubat batuk. Patut malam tadi Antibiotik dah dihabiskan coursenya tapi malangnya ubat tu hilang:(


Pagi2 tadi lepas hantar Maya and Hakim ke sekolah, maklang terus duduk kat mesin jahit. Cadang2 nak siapkan sebiji 2 buah beg utk di poskan. Tapi dapat pulak call yang ada kawan meninggal. Maka terbantutlah perancangan maklang....Pergi melawat kejap dan kemudian terus ke surau sebab hari ini ada acara Maulid. Masa maklang sampai dah separuh jalan kot ustadz berceramah. Duduk pun kat tempat tertutup jadi tak nampaklah muka ustadz. Ustadz selalu berceramah mengenai kisah rumahtangga. bagaimana suami mesti sayangkan isteri, bukan utk dijadikan sebagai hamba atau tempat melepaskan nafsu tapi sebagai isteri yang wajib dihargai kerana telah bersusah payah meninggalkan keluarga tercinta kerana mengikut suami. Bersusah payah melahirkan zuriat utk suami dan sebagainya. Memang ustadz Mad kelakar, tapi dalam pada itu apa yang dia cakap memang tepat mengena dengan kehidupan seharian kita...Alhamdulillah..

Lepas kuliah biasalah ada makan kalau ada majlis ni. Sedap nasi lemak yang dihidangkan..Alhamdlillah...

Dari situ maklang ikut geng2 maklang pi melawat ustadzah Noriah yang tak berapa sihat. Dia ustadzah yang bawak grup usrah di Kg. Baru yang maklang baru join tu...


Sampai rumah dah about 1:00pm kot. Terkam mesin jahit semula nak siap kan beg. Alhamdulillah siaplah beg. Masa otw balik terpikir nak kasi apalah kat kawan maklang Sha yang nak berpindah ke Abu Dhabi. Nasib baik ada sulaman yg belum berpunya..


Harap sha suka..

Sebelum beg ini ada 1 lg beg maklang dpt siapkan ;)..alhamdulillah!





Ptg maklang pergi dating ngan geng usrah utk jamuan farewell sha.. Moga Sha bahagia bersama suami dan anak2 di sana 





Sampai berjumpa lg...




No comments:

Post a Comment