Thursday, May 29, 2014

Selamat di sana Abah yang dikasihi

Assalamualaikum

Bersiaran dari KL . Dah kat sini 1 minggu Alhamdulilah. Hantar angah masuk MMU ahad lepas. Langsung mak kasi anak2 cuti terus... Baguskan mak ni. Hmmm... Cerita Bandung tak sempat khatam... 

Percutian kat Bandung yg hampir tiap malam makan satay.. Alhamdulillah..tapi sehari sebelum kami dijadualkan pulang ke Malaysia, maklang dapat message kat Fb dari adek ipar, bapa mentua yang dah sekian lama tak sihat telah pulang ke rahmatullah. Masa tu cik abang sedang tidur, along di UPI , maklang je tengah kemas2 barang2 yg dibeli di Pasar Baru.. Tengah gurau2 dgn kawan difb.. Cerita pasal renda/ riben yg dibeli..


Terkejut juga, kejut cik abang pelan2 takut dia tersentak. Sendiri pun terkejut jugak. Tp redho sebab kesian tengok FIL yang lama terbaring tak cakap, makan bersuap etc di rumahnya. Kaklong yang bela Abah kat rumah nya.. Seminggu sebelum ke Bandung kami telah pun melawat Abah. Masa nak balik, terdetik, macamana ye kalau abah pergi masa kami tak ada.. Persoalan yg telah pun terjawab 12 May yang lalu:(


Abang kata.. Lina ok tak? Ok jawab maklang.

Tanya pula pada paklang.. Abang ok tak? Ok...dia jawab..

Maklang terus bermsg ngan SIL kat fb sebab masa tu hp kami dah no indon. Entah kenapa watapps tak masuk. Paklang bbrp kali cuma nak call kaklong di kuantan. Tak dapat2..panic ke kenapa tu? Dia kata kat maklang relax na.. Relax...eh.. Eh.. Tahu2 abang yg gabra. Macamana tidaknya.. Bapa meninggal kot. Last2 maklang yg dapat call makde..baru suamiku dapat bercakap.. Katanya teruskan urusan jenazah. Tak perlu tunggu kami. Flight balik kami
Tengahari besok... insyaALLAH ..

Alhamdulillah besok jam 11:50pg ke KL, tiba KLIA2 jam 3 lebih, tiba rumah jam 5, bersiap langsung ke Kuantan jam 6:30. Tiba kuantan 9:30mlm. Tahlil sedang berlangsung. Alhamdulillah urusaN jenazah sampai pengkebumian selesai dengan mudah. Moga roh Abah sedang bahagia bersamaNya.. Aamiiin....malam tu juga kami balik kerteh. Penatnya Allah sahaja yg tahu. Petang besoknya kami kekubur Abah, kemudian arwah MIL dan arwah BIL. Kami titipkan doa buat mereka semua..lepas tu pergi rumah kakak ipar utk solat dan meneruskan perjalanan ke KL..

AlFatihah buat Abah yg dikasihi...

------

Itu cerita lama...

29 hb kami melawat anak2 yatim yg ibubapa mati digilis lori. Alhamdulillah kutipan derma dari kawan2 maklang dan alang mencecah 11k lebih.. Murah rezki anak2 mereka. Semoga yg menjaga mereka amanah ketika menggunkn wang yg disedekahkan org ramai..

Dan semoga roh ibubapa mereka dicucuri rahmat Allah..

No comments:

Post a Comment