Monday, April 11, 2016

Mee Rebus MIL

Hari ni cheating makan paling teruk. Pagi tadi je konon makan roti 2 keping- roti wholemeal bersama kobis hiris, tomato hiris dan ayam bakar 2 ketol kecik:)

Tengahari makan mee rebus yang my darling kata takleh jumpa kat mana2. Akim pulak kata mak kena turunkan resepi ni supaya nnt family tahu nak buat. Asal resipi dari arwah MIL( al fatihah buat mak). Masa minta mak ajar buat mee rebus ni tak de praktikal pon. Mak cakap je lepas tu kita balik rumah kita main agak2 lah. Tukang testnya cik abang lah. Mudah sangat membuatnya.. Alhamdulillah .. Masa arwah abah mentua datang tinggal kat rumah kami, sekali sekala ada juga buat mee rebus mak ni. Ingat sekali dulu.. Abah kata.. Mee ni best in the world! Sambil buat 👍🏻. Cukup ramuannya kata Abah ( alfatihah buat abah juga . Moga Allah merahmati keduanya.. Amiin).

Arwah mak mentua memang pakar masak . Ada lah beberapa resepi mak yang dapat dicapture masa mak ada. Kalau ke rumah mak, mak memang tak kasi masuk dapur. Mak kata.. Ni rumah mak, biar mak yang masak, mak nak kasi anak mak makan. Kadang sampai terlelap2 kebosanan sebab tak de benda nak buat. Masa tu baru kawin belum ada anak. Pernah juga mak hulurkan bantal.. Nah.. Awak tidurlah dia kata.. Tu lah mak mentua saya..

Resepi mak yang tak dapat saya capture ialah daging masak itam. Banyak kali dah buat tapi tak jadi. Mak kata, resepi yang itu je mak tak nak kasi sebab nanti anak mak ( my darlinglah tu), balik, mak tak ada lauk nak hidang sebab yg abang awak suka awak dah boleh masak..

Rindu dengan gelak tawa mak. Rindu bila mak talipon kat opis nak cerita-cerita bila dia hot kat abah..

Moga roh arwah mak dan abah dirahmati Allah sentiasa..

Ni resepi mee rebus kalau ada yg nak cuba:)

Mee rebus

Maklang punya resepi ni main agak je as Maklang ni bukannya proper chef.
Resepi ni pun dapat dari MIL yang dah passed away. Senang aje buat dia….

Bahan2 dia:

Asas dia macam nak buat sambal tumis aje.

Bahan A
10 biji bawang merah
20 batang lada kering

Bahan B

Air perahan dari kepala udang fresh. Kalau ada kepala udang hidup yang tak digunakan jangan lah dibuang. Kepala udang tu dicuci berseh2 dan kemudiannya direbus. Lepas tu blend kepala udang tu and then diblend. Tapiskan dan ambil air nya sahaja. Biasanya Maklang akan buat ni and freeze dulu. Bila nak pakai baru keluarkan and buat kuah mee rebus ni.

Bahan C

Lebih kurang 400gm keledek merah. Dibuang kulit dan dipotong lebih kurang 3 inci tebal dan di microwavekan selama 7-8 min. Kalau masih tak lembut buatkan lama sikit. Tak payah letak air. Cuma cuci berseh2 dan masa letak dlm microwave tu tutupkan bekas tu rapat2 supaya wap tu boleh lembutkan the keledek. Kemudian lecekkan sampai betul2 hancur.

3 keping asam keping
½ kg daging dihiris ( daging kalau nak letak banyak lagi sedap – yang ni ikut suka)
100 gm kacang tanah digoreng dan kemudiannya diblend. Jangan terlalu halus
Gula merah atau gula Nira ( kalau yang 3 inch diameter tu dalam 1-2kpg cukup) adjust manos dia ikut rasa kita
Garam secukup rasa.

Cara2nya.

Bahan2 A diblend dan ditumis dalam minyak yang panas sehingga garing.
Kemudian masukkan air kepala udang. Bila dah menggelegak masukkan keledek dan daging yang telah dihiris. Kemudian masukkan kacang tanah yang telah diblend. Letakkan sedikit gula merah and garam sehingga cukup rasa. Terakhir masukkan asam keping. Masak kena lama sikit sampai dia agak pekat dan daging lembut. Kalau lambat sangat nak pekat, blend kan kacang tanah sikit lagi and campurkan.

Condiments dia, as usual, taugeh, tahu goring, lada hiris, bawang goring and telor rebus.

Mee kuning tu dibasuh berseh2 untuk nak buang kapur dia and then celur kejap aje dengan taugeh tu sekali…

Selamat mencuba and kalau jadi beritahulah Maklang ye….

2 comments:

  1. Sejak berhijrah ke Muaar ni baru pandai makan mee rebus. Sedapnya !

    ReplyDelete
  2. Sedap ni Mak Lang..InsyaaAllah nanti nak cuba buat..

    ReplyDelete