Kita merancang Allah yang tentukan..
Semalam cik abe kata.. besok kita keluar jam 7:15pg ye..
Ok saya jawab.
Tadi pagi lepas solat subuh , saya buka hp.. tiba2 terbaca di wall fb sepupu bahawa bapa nya iaitu paklong saya telah kembali ke rahmatullah pada jam 3:30 pg. Saya pun talipon mak nak beritahu pasal ni. Rupanya anak arwah , abg man, dah pun call abah jam 4:30 pg tadi. Mungkin abah nak siapkan solat semuanya baru nak inform kami.. paklong was 91 yo.
Syukurlah kami dah sempat melawat paklong di hospital Assunta pada hari Jumaat lepas. Entah petang tu adek saya kata dia nak pergi melawat sebab tengok anak arwah post kat fb kata arwah sesak nafas. Mulanya nak pergi sabtu je sebab dah lewat sangat, takut jem , takut tak sempat maghrib pulak. Dalam hati berdoa semoga Allah beri kemudahan. Alhamdulillah setibanya di hospital, alang terus suruh tuju ke musollah. Selesai maghrib baru kami pegi melawat arwah. Masa jumpa tu, arwah sedar tp macam oblivion pada sekelilingnya. Ada tiub oksigen di hidungnya. Kami cuma melihat sahaja sambil sedekah fatihah. Kami doakan semoga semuanya di permudahkan..
Malam tadi saya berbual dengan adek saya pasal condition arwah. Tak sangka pulak dah nak diambil pulang..
Syukur juga saya telah melawat arwah lebihkurang sebulan lepas. Saya facetime kan dengan abah kat jb dan aunty sarah di jakarta. Alhamdulillah dapat jg abah, emak dan aunty lihat keadaan paklong masa tu. Puas abah panggil2 tp arwah masa tu pun dah tak berapa dengar. Dapat juga cakap2 dengan arwah walaupun percakapannya tak brp clear.. syukur Allah beri kesempatan untuk semua itu..
Tadi masa sy call aunty2, saya teringat.. sekarang saya call orang beritahu tentang pemergian orang lain, nanti turn saya siapalah akan call orang untuk inform pula. Saya mohon pada Allah sekiranya masa saya dah sampai, saya berdoa semoga Allah permudahkan dan tak menyusahkan orang sekeliling..Amiin
Kami dah nak sampai dah ke ijok. Itulaa perancangan Allah sape yg tahu. Ingatkan jam 8 dah tiba hospital utk med cek up, rupanya jam 8 kami di sini..
Allahu akbar .. permudahkanlah segalanya buat arwah paklong, ampunkan dosanya dan masukkanlah dia dari mana2 pintu syurga yg Engkau kehendaki.. Aamiin..
No comments:
Post a Comment