Assalamulaikum
Alhamdulillah semalam berjaya juga menghasilkan sesuatu walaupun terasa yang amat malas. Lebih2 lagi bila kat luar hujaaaaaaannnnn yang sangat sejuk yang mengundang selimut untuk ditarik kembali selepas solat Subuh. Betul memang semalam, lepas Subuh baring semula sebentar memadangkan cuma hari Jumaat aje yang sempat nak bersantai tanpa perlu bekejar ke dapur menyiapkan sarapan. Malas betul maklang sekarang. Huhu...Tapi nak buat macamana, makin tua makin rasa letih walaupun bebanan kerja berkurangan. Haha...ye ke berkurang? Rasanya makin banyak sebab celik mata sampai ke lelap mata, tangan dan kepala ada je yang perlu difikirkan...Mati juga perlu juga difikirkan...waima semakin hari kematian semakin dekat dengan kita. Semoga Allah matikan maklang dalam husnul khotimah Aaamiiin
Kita buat cerita bergambar jelah eeh..like always
Ni gambar makanan paklang Wa ke group family, nak inform apa dia makan for lunch semalam. Sedap sangat ni dia kata. Tq Angah sebab almost tiap hari Angah prepare food untuk Abah. Alhamdulillah sususan Allah terbaik sebab letak Angah di KL bersama Abah..
This was our breakfast. Prepared by bibik. Maklang duduk dalam bilik jahit sebab nak kemas bilik jahit yang sedang berterabur lepas Maya dok potong kain dan belum bersimpan. Alhamdulillah sekarang dah kemas lah sikit. Tapi tak tahan bau kencing kelawar dari atap rumah sangat memeningkan kepala dan menyakitkan hidung. Pagi semalam was ok tapi bila ke petang, bau nya makin kuat. Tak tahan betul! InsyaAllah pagi ini ada orang datang nak pasangkan lampu kat atap. 1-2 bulan lepas dah panggil orang bersihkan dan letak ubat gegat. Eloklah kejap tapi now balik semula busuk giler! tak leh tahan dah! Semoga Allah permudahkan..Aaamiiin
Lepas breakfast dengan Wan, intai kejap kat luar. Hujan masih turun dan sejuuuukkkk...bestnya semalam.
Alhamdulillah lepas dah kemas2 bilik, angin nak menjahit beg datang. Alhamdulillah siap beg XXL ni yang ditempah oleh jiran maklang, Cg Zihe.
Siap jahit beg, bersiap nak ambik Hakim. Bila mesej Ida nak ambikkan anak dia sekali, tp Ida kata suami dia akan ambik anak dia. So, minta Hakim ikut Jijo jelah. Hakim kata nak makan awal sebab ada tuition immediately lepas balik solat Jumaat. Maka, tukar cerita, Maklang bekejar nak masak lunch yang simple as usual. Sebab lada semua dah blend, ikan dah basuh, maka cepatlah maklang memasak. It took me about 40 mins to cook all these. Siap masak, nasik belum kering lagi, tu pun tenggek piuk atas dapur gas dulu supaya nasi cepat kering!
Alhamdulillah a few minutes after Hakim sampai rumah, we had our lunch ber3. Bibik sedang di atas, mop rumah! Nak makan 20 mins je, siap dah...Alhamdulillah konyang
Lepas makan, solat Zohor. Elok je selesai solat Zohr, garu2 lengan yang gatal, tiba terpelanting macam sisik ikan...Aduh! Sah ngak solat ku? Maka berwudu semulalah dan solat semula!
Lepas solat masuk bilik jahit semula...Alhamduillah siap beg besar tu before asar. Yang kecik dah buat belah pagi. By then mmg dah tak tahan dengan bau busuk kencing kelawar. Hidung dah perit kepala dah pening. Maklang hangkut kain2 baldu yang nak dipotong dan lepas solat, maklang potong kain kat bilik. Alhamdulillah siap dah. Tp belum jahit tepi lagi....huhu...ni siapkan apa yg ada dulu...nnt bila bilik tak bau lagi, bolehlah jahit tepi. If not kena masuk pakai topeng hidung laaa
beg ini tempahan Lin Sarawak. Her 2nd set !Alhamdulillah!
Petang bibik buat pau. Sedap walau tak selembut macam orang jual tu. I bedal sampai 3! Tak senonoh!
Sambil tengok TV cerita, Cinta Jangan Pergi, dengan mak siaplah sulam ni utk nak letak kat belakang cushion cover yang Sara towkey homestay chemara kat Paka tu... 40 mins jugak menjahit 2 tu...see how slow it is to do handmade goods!
Took this picture from wassap status Hakim, our shared kucing with our neighbour... haha...adalah benda yang anak2 nak layan...Tq Allah for letting Ah Cheng be in or lives!
Last for semalam... layan tekak cik Abang yang sampai jam 9:45mlm. Jam 8:40pm, lepas Isyak baru goreng nasi. Sekali utk Wan dan maklang. Terrajin nak susun2 dalam pinggan...Wan kata....Macam kat restoran je...haha.. Wan makan 1/2 je! I makan lebih dari 1 scoop! huhu
Alhamdulillah for a good day yesterday. Moga hari ini lebih baik...Aamiin
No comments:
Post a Comment