Wednesday, March 6, 2019

Cuti - KK - Day 1

Assalamualaikum

‎الحمدالله paklang bawak maklang dan anak 2 kecik bercuti. Sebenarnya nak ganti cuti yang maya tak dapat ikut baru ini. ‎الحمدالله maklang dan Hakim dapat ikut! Rezki jangan di tolak!

Kami bergerak dari rumah sekitar 5.15 pg Rabu. Along hantar kat airport dan terus ke hospital tawakkal cek kaki dia yg terseliuh tempohari. Otw nak ke hospital, alphard macam tak boleh nak engage gear dia. Dah 2 kali tukar gearbox. Buat masa ni, belum mampu nak tukar kereta baru, so guna jelah apa yg ada. Belum rezki lagi. Nak beli alphard baru mmg tak terbayang dek akal
Fikiran. Terlalu banyak commitment bila anak2 dah masuk u. ان شاء الله bbrp bulan yang akan datang turn Hakim pulak. Seghiau jg maklang sbb cg baru inform result keluar khamis ni 14.3. Demam 😢

Kali ini berjalan agak light je baggage. Allowance cuma 15kg je utk malindo. Tak  ada bawak makanan bngk. Cuma 2 bekas daging berlado.

Lepas siap cek in kami pi solat subuh. Otw balik nampak banyak gambar cantek kat dinding. Meh Maya Kita amek gambar. Hahah



Besar dah anak no 3 mak.

Hi aci! Senyum banyak manisss laaa aci


Ni masa nak cek in, total weight was about 28 kg kot hehe


Duduk 1 row.. antara maklang and paklang, Hakim and Maya memang kosong. Book pun memang camtu supaya kalau Tak de orang kami ada kawasan sikit


Cantek pemandangan dari atas

Sampai airport KK, kereta yg paklang sewa dah tunggu. Kereta baru . Toyota apa entah yg macam Honda wish tu. Lupa pulak nama dia. 

Then kami cek in Airbnb yg about 5km dari airport


Alhamdulillah rumah cantek Dan bersih. Solat Dan makan bekalan daging yg kami bawa. Paklang sibuk taharah peralatan di dapur.


Then kami ke pasar Filipina about 3km away from out place.

Everywhere Ada brooches.. naik mabuk!



No comments:

Post a Comment