Saturday, February 8, 2014

Makan2 dan boling

Assalamualaikum


Arini adalah hari makan.. Hmm wiken lah katakan..

Pagi2

Lepas brekfas.. Sambung buat kuah mee rebus.. Semalam dah tumis, arini letak kacang dan keledek.. Kena pulak keledek dah berserat.. Kena tapis pula amek serat dan blend.. Dari ari rabu kot cik abang i request... Weekdays mmg tak dan makan macam ni.. So bab merasa je dah sepinggan besau!

Tu dia.. Tak toleh2 lagi...


Kemudian kami pi wedding anak
Kawan somewhere kat kampung baru ni

Sempat selfy .. Hehe

Lepas makan nasi.. Makan rojak pulak

Dan 2 round pulut itam.. Sedaaaaap sangat ini


Lewat petang cik abang ajak makan mee lagi.. Mmg macam lepas geram je.. Hehe

Portion cik abang..



**
Anak bujang bersedih. Dia terpilih sebagai pelapis utk boling peringkat negeri. Coach kata training 4x seminggu. Ahad , isnin , khamis dan sabtu. 

Maklang agak keberatan nak kasi dia join sbb training banyak sangat. Dengan jadual yg 3 hari balik about 2:40-3pm dan 2 hari balik dekat pukol 5ptg, macamana lah dia nak capai semuanya..

Harap2 kekeciwaan dia tak berlarutan.. Kesian pulak nnt tak de masa main.. Ya Allah permudahkan lah urusan ku menjaga anak2 sehingga menjadi soleh dan solehah .. Dan permudahkan mereka melalui liku2 hidup yg penuh dugaan..Aaminnn

Friday, February 7, 2014

I really have to do it

Assalamualaikum...

Bunyi title macam semangat betul. Benda kecik je tu.. I really have to do it now. Mata cam dah layu. Takut siap solat isyak kang mato den lolap yo...huuhuu


Again its a full day today.. Full of work but i did manage to golek2 about 15 mins sambil baca hizib lepas asar tadi. Kalau golekan itu diteruskan pasti jubah yg dah terbengkalai lamaaaaa itu masih tidak bersambung. Ada kot 3 lai belum fully complete. InsyaAllah by minggu depan boleh gaya pakai baju baru. Alaah jubah riau je pun bukan yg glamour2. Petang semalam beli selai, tp bila pakaikan kat angah nampak cantek sangat. Labuh pon ngam..

Eh jom crita arini dulu.

Pagi  tadi spt biasalah selesai apa yg patut, pecut ke Casa di Rantau laut hantara Maya tuisyen addmath, terus ke pasar tani ngan Angah. Returned Wan's phone call and wan kata .. Ada banyak ikan tak sana? Kat jb selar kuning was like rm18/kg.. Alhamdulillah rezki
Mak.. Melambak ada ikan cantek2 pagi tadi. So belilah kembung, merah, selar kuning, tenggiri dan sotong buat mak. Senang aje siang bersih, masukkan dlm plastik then freezekan. Nnt bila ke KL bawakan ke sana InsyaAllah...

Utk rumah maklang beli ikan bolos. Dulu rm6/kg.. Now dah 10.00. Cekek daroh!

Balik umah bfast nasi kerabu sedap. Then tolong2 siang ikan.. Then ambil
Maya dari tuisyen langsung hantar akim
Ke bowling di Mm.

Pukul 1, ambil akim kat MM then tetus hantar ke masjid solat jumaat..


 Ishh ngantuk lg sbb terbangun awal

Cadang nak tgk Robocop tp teket abis. So kami shopping barang dapur je tadi. Balik sempat siapkan jubah sehelai..


Selas n rabu


Group makcik dh start walking alhamdulillah. First day dapat jalan dekat 5km kot. Endomondo meter terpadam sekerat jalan. Banyak berenti sebab tu it took us more than 1 hour. Dapat pulak berita kawan masa gi haji meninggal. Khabarnya cancer. Alhamdulillah jenazah tersenyum.. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah.. Al fatihah buat Normah.. Kita nanti macam mana agaknya nanti. Moga mati dalam husnulkhotimah.. Aminnn
Singgah kat rumah baru Elly




Dari rumah maklang melalui sek kg baru then pusing sampai dekat taman nabila then ke belakang sekolah.. Best2

Maklang terpaksa jalan cepat. Tinggalkan yg lain dibelakang sbb angah call kata akim nak pengsan.. Bila maklang sampai rumah, Akim dah terbaring dah kat rumah..



Ptg, after lunch ada pibg pasal PBS. Then lepas asar kami ngopi kat rumah maklang.. Pot luck:) hehe

Buat kacang pool


Elly bawak bakwan .. Sedap:)



Penat sungguh.. Non stop activity, dari briskwalk then melawat org meninggal then ke surau kelas ustadz Mad then klas tajwid then balik lunch, masak kacang pool ( angah dah tumis dulu) , solat, pibg then ngopi.. Mak sibuk sgt. Malam tergolek dog huhu

Rabu same2. Start at 8:15 am. About 3km kali ini in 42 miins. Lepas

Ptg gi cuci kata kat butik.
Tersangakut selai

Ngantuk

Zzzzzzzxx

Thursday, February 6, 2014

Exercise exercise


Assalamualaikum

Mata dah nak tutup.. Mengantuk. Letih.. But hari ini tak bz sangat so taklah cungap sgt.

Macam ngantuk je nak taip.. Jap upload gambar..




Besok maklang sambung

Ok

Tuesday, February 4, 2014

Jualan

Assalamualaikum

Tak sempat nak updet. Semalam and hari ini mengantuk je keje nya. Entah kepenatan pergi KT ke penat menjahit ke tak tahulaa.. Semalam tengahari maklang tak masak pon. Memula nak kukus ikan siakap. Tiba2 darling i kata nak makan laksa penang. Dok teringat2 laksa penang sebab along cerita makan laksa penang kat Paparich. Hehe.. Bestnya tak payah 

Haa tu dia. Setupperware besar kuah dia. Darling order utk 10 orang tapi rasanya boleh makan 20 orang kot! Alhamdulillah!


Sedaaaappp.. Alhamdulillah..

Tengahari kes kelam kabut... Kawan seoffice maklang mesej kata nak singgah otw balik KL. Mmg ada jempot singgah tapi terlupa dan dia pon tak beritau awal. Beritau masa dia dah kat Paka.. Mak oiii.. Termelompat maklang. Nak kasi makan apa ni? Huuhuu.. Sib baik ada nasi, so nasi gorenglaa, then teringat ada tauhu so buat tauhu dengan kuah rojak cina, then ada cake chocolate .. Alhamdulillah.. Ada juga nak dihidangkan...:)

Gambar maam kawan ada kat hp darling. Lupa nak minta dia wassap ..:)

Petang bw bujang ke clinic. Tonsil nak melekat dah.. Sian. Pagi smlm dia demam... Dapat 2 hari mc. Sebab Dr. Kata kena rehat..otw balik dapat mesej dari kawan... Oooa ada kueh2 utk maklang dan famili.. Alhamdulillah:)

 

Sedaaappp..
Alhamdulillah! Rezeki jangan ditolak!

Alhamdulillah pagi tadi maklang bukak kedai:) cg tempah mee hoon lada itam**

Alhamdulillah! Habis semuanya!


Alhamdulillah siap dah 2 biji!

Ok sini dulu.. Tengah blackout seminit tadi! Alhamdulillah..


Monday, February 3, 2014

Dhira balik & Wedding di Padang Nenas , KT

Assalamualaikum

Alhamdulillah selesai sudah majlis kesyukuran menyambut menantu dan akikah dirumah Wan Pari. Anak dia yg ke4 kali ni. Mohd. Firdaus dan Nisa.. Meriah .. Alhamdulillah!

Sebelum ke rumah wan Pari yg hanya about 200m dari homestay kami, kami
Ke airport seberang Takir kerana menghantar Along nak balik Bandung. Seperti biasa Abah dhira ujan.. Hehe.. Kali ini mak strong sikit:)

Biasalah anak2 maklang, gurau sampai kelast minit sebelum berpisah.. Moga begini sentiasa sampai bila2..

Bye Nadhirah.. Study elok2 and jangan lupa solat ye! Mak sentiasa doakan anak mak:)..

Alhamdulillah selesai hantar Dhira.. Kami jalan2 pulang carik makanlah.. Apalagi. Nak rasa makanan kat KT..

Berenti je kat tepi jalan. Across sign board ni ada kedai..jual nasi kerabu dengan ayam bakar..

Sedap. Tapi agak mahal laaa.. Cam kat Kerteh dapat murah sikit:)

Lepas breakfast nak turunkan nasi kejap, maklang menyulam... ;)

Siap 2 bj maklang pun bersiap2 dan ke rumah wan Pari. Kat sana cuma tolong potong kek je:).. Ingatkan malas nak bercantek2. Maklang pakai jubah biasa je. Tapi bila tgk org lain cantek2, teringin pulok. So, maklang minta sepupu maklang yang hantar. Sempatlah gosok baju and tudung. Konon nak melawa.. Hehe

Sempatlah bergambar ngan buah hati pengarang jantung i.. Ada kawan kata gambar ni nampak malu2 cam baru nikah! Ye baru nikah 22 tahun yg lepas! Kelakau i rasa.

Selesai bergambar kat homestay, kami ke rumah wan Pari.. Sempat bergambar dgn makcik2 dan sepupus:)
Pengantin Pink!

My cousin and my aunties.. Yang baju oren wan pari, mak pengantin, yg tudung pink my aunty juga, yg lelaki my cousin yg sama2 kat Columbia , MO dulu..antara kazen yg terapat sejak kecik:)

My cousin . Alhamdulillah my cousin belah wan from JB:)

Kami pulang jam 4 untuk solat, siap2 kemas dan bertolak balik jam 4:50 kot. Singgah epot dan terus Kerteh. 

Sampai sini, tengok darling i macam dah mantok je..apalagi maklang rampas r"the wheels..

Lama kali ini , dari epot about 5:20 tiba kerteh about 8:15 kot. Banyak kereta


Ok takat sini dulu, nak start keje:)

Saturday, February 1, 2014

3 weddings and one tahlil doa selamat..



Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Hari ini kami sama2 berkhenduri khendara.. 3 buah rumah makan ayam and daging. Jangan pening kefala sudah. Tapi at this time pon cam dah pening sikit. Sebab 1 hari kepala bertudung .. Rasa macam terpengap.. Rambut pulak dah lama tak digunting maka ketebalan sangat dirasai...

Jam 11:30 pg , maklang dan cik abang dah pergi ke majlis reception kak
Zah di KGRP. Sedap makanan dan keadaan aircond dalam KGRP sangat selesa. Kadang berangan jugak, kalau anakanda kawin nak jg buat kat situ. Tapi termampukah kami?

Pengantin:)


Ambil serba sedikit.. Daging sedap, ayam sedap, nangka paling sedap . I don't like the fish and daging masak kicap.


Ini dessert. Sedaaaap.. I wonder if ini tuan rumah yg buat:)


Tak dapat bergambat dengan pengantin, bergambar dengan emak pengantin pon jadilah. Sebelah emak pengantin is kak Rohmah yg vogue. I like the way she dress herself...:).. Vogue sentiasa!

Nak tayang jugak.. Kek cantek ni. Kalau ada yg nak tempah.. http://mymessykitchen. blogspot.com:)


After function kak zah.. Kami rumah umi. Tak tahu pun that cik abang kenal suami dia. At first malas je nak pergi sbb tak ingat umi jemput ke tak. Wassap
Geng usrah.. Hehe.. Semua geng surau dijemput. Semenjak dua menjak ni cam
banyak je lupa:(
 Second khenduri makan kuehmueh je.. Share ber2.. Pastu mengecek nak rasa nasi dan daging sedikit dr cik abang:)

Jam 1:20pm kami bertolak Kerteh menuju Pulau Kambing. Sepupu maklang ada reseption belah rumah perempuan. Anak wan Pari dan tok uncle yg ke4. Puas sungguh makan gulai..;) Ex boss maklang stalked kami.. Sedar2 dia wassap gambar kereta maklang..

Ni gi khenduri ke?maklang sedar lepas balik khenduri.

Yg kelakar bila someone tegur maklang and kata.. Ni maklang ye? Terkojut den rupa2nya dia pengikot setia i.. Hehe..

Ni gambar dgn peminat senyap maklang.. Norliah nama dia..

Sessi bergambar:)

Cik abang kata nak bergambar dekat
dengan pengantin.. Nak dapat aura pengantin.. Apakehe suamiku??!

Alhamdulillahn sempat mengabadikan gambar bersama perantin..

Dan otw pulang kami pon mengselfikan diri kami 6  beranak

Maklang dah ngantuk. Macam malas
nak pergi majlis doa selamat.

Moga dpt berjalan dengan lancar.. Jap nak eksyen steak yg along buat semalam... Best in the world! TQ sayang ku!


Setakai ini dulu ya..