Thursday, January 8, 2015

Tortila Tower Inferno...



Assalamualaikum


Alhamdulillah berjumpa lagi kita...updet blog sambil tengok Forum Perdana. Best malam ni pasal selfie - Ustadz Badlishah, Ustadz Kazim dan Ustadz Elyas


Kepala macam weng malam ni. Leher tak brapa selesa . Agaknya sebab tunduk menjahit. Alhamdulillah sudah selesai . Memanik acara minggu depan InsyaAllah.

Min tak de kerja.. Dia susun atas katil dan kira ada berapa yg maklong buat..:)


Pagi tadi maklang tak ada idea nak buat apa. So buatlah tortilla gulung. Inti ayam letak lada itam, oregano dan garam. Goreng atas pan kejap. Pastu panaskan tortilla tu. letakkan tomato, kobis yg dihiris, timun hiris dan carrot yg disagat.  Alhamdulillah...payah nak makan kalau glung gitu je, so , maklang masukkan dalam plastik dan celotapekan...hehe.. Maklang panggil tortilla Towering inferno.


Letak dalam mug.. Sebab seal sebelah je:)

Tengahari maklang buat mee kari. Tapi tercair. Tu pakai 2 paket kecik kari. sepeket RM1.oo Mahal betul. Biasa pakai peket besar...and kalau maklang buat mee kari mmg pekatlaa...Lepas lunch, modifylaaa...pekatkan, tambah santan dan sebagainya...tp bila tiba malam, tak dan pulak nak makan. Mee nya abisss!!


Happy cik abang mengadap mee kari

Kejap lagi nak kemas bilik  yang serabut...Cuti nak abis dah..Rumah sudah panggil balik..Harap2 cuaca elok bila kami balik nnt. InsyaAllah..:)


Terimakasih singgah sini:)

Wednesday, January 7, 2015

Salam tahun 2015

Assalamualaikum ..

Lama tak jumpa... maklang ni angin. kadang rasa nak updet maklang updet. rasa malas terbiar bersawang blog ni...hehe


Apa azam tahun baru ek? maklang ada azam juga...Selain nak menjadi isteri solehah nak juga jadi ibu yang rajin pantau kerja sekolah anak2. dan juga nak belajar macam2 ilmu Allah...InsyaAllah...nak juga memajukan biznez setapak 2 lagi...doakan maklang berjaya ye...


1.1.2015

ada reunion sekolah SIGS batch 81. lama tak jumpa. ada yang dah lebuh 30 tahun kot tak jumpa...Alhamdulillah it was fun


Sempat buat ni 1, utk hadiah tuan rumah:) Alhamdulillah

1.1.2015

hari yang sama juga Achik yang duduk rumah arwah makngah passed away. nasib baik before ke Bandung dan jumpa Achik walau tak lama Alhamdulillah dapatlah jumpa. Bila dia masuk hospital sbb dia jatuh dan luka kat kepala yg mana menurut Dr. darah beku di otak sbb stroke, maklang tak dan nak tengok dia kat spital baru cadang2 nak pergi hari jumaat...tau2 khamis dia dah tak ada...,,g ajal maut tak kira bila2.



Lps reU kami sempat ke masjid kat Bkt. Damansara, terus masuk saf utk solat jemaah dan sempat ke kubur. Alhamdulillah cepat aje urusan arwah. meninggal 12:45 tghari jam 6 lbhkurang sudah selesai. moga Allah cucurkan rahmatNya...Al Fatihah Amiin

Then ke rumah Pak Teh. Ada gathering adek beradek juga hari tu. Paklang dan anak2 dah ke sana dulu masa maklang ke reU. Alhamdulillah sempat berjemaah maghrib dan Isyak dan juga sempat bertahlii utk arwah mak dan abah serta acik  ...


Jam 9:40 kot baru kami tiba kat rumah Abang Anip. Bila ada kematian atau majlis kawin, masa tu lah baru dpt kompol...


Letih seharian keluar tak dok rumah...



2.1.2015


apakah yang berlaku Jumaat? hahah...paklang tak kerja. Maklang tak masak Jumaat, tu paling best. Kak Airina, wife  abg anip kirim sepiuk kot beriani...Lega banyak.  menyulam je lah kojenya seharian

Yg ni kot.. Hehe tak ingat jait yg mana

3.1. 2015

 Maklang jait baju hari sabtu. siap sehelai jubah...Alhamdulillah. malam tahlil lagi kat rumah abang anip



4.1.2015

Alhamdulillah gathering lagi kat rumah Pak Chu pulak...Makan lagi...sempat jugak I jual kain. Laku 6 pasang. Thank Mak Chu and Mak Teh. The food was good. Maklang pakai jubah baru heheh...potong jubah tu dah dekat 2 bulan kot..ni baru dapat jait...Alhamdulillah...malam melepek sebab penat seharian keluar...

Anak2 bila berjumpa main jelaaa

Alhamdulillah...cerita hari Senin jap aaa..nak ingat balik

Jap cerita hari ni.. Tolong bibik buat karipap dan siapkan sulaman riben yg ditempah:) Alhamdulillah

Feveret icop

Ada budak bandung nak yg letak telur.. Dia sampai sabtu ni insyaALLAH 

Tq all for dropping bu

Bandung kami datang lagi..

Alhamdulillah ... Sudah tiba masanya nak terbang lagi..:)


Rindu dah dengan anak dara pertama saya.. :) insyaALLAH akan jumpa dalam masa 4 jam lagi:)



Tuesday, October 14, 2014

Engineer cilik

Assalamualaikum...


Terasa best bila jumpa kawan2 seangkatan..Attend perasmian kelab jurutera cilik kat SKRP. Buat tak malu cakap kat YDP PIBG sekolah rendah yang maklang nak attend jugak perasmian. Nak kutip hrs utk CPD ...tak lama lagi dah nak renew membership..Alhamdulillah. Adalah spent 2 jam tadi kat sekolah...:)

Saturday, September 6, 2014

sedih

Assalam...

tadi masa pergi tunas manja...phone jatuh..screen blank langsung...tapi masih boleh terima mesej dan sebagainya

harap2 boleh bila hantar kedai boleh lah dibetulkan semula...:(

Thursday, September 4, 2014

Mata layu

Assalamualaikum


Aktiviti penuh seharian. Letih. Belum isyak dan menguap. Dari pagi memasak utk sahabat yg banyak menolong masa open house yang lepas. Alhamdulillah







Alhamdulillah punya sahabat seperti mereka. Moga Allah rahmati  mereka..

Lepas mereka pulang. Sahabat masa study dulu sampai.. Rindu ZIZAH.. 

Thank you for coming:)

Bye. Assalamualaikum 

Sunday, August 31, 2014

Salam Merdeka

Assalamualaikum 

Belum sompek nak ucap Selamat hari raya maaf zahir batin, merdeka pulak dah sampai. Sungguh masa itu berlari tak dan den nak koja... Masuk bulan puasa then raya, dah habis raya , merdeka, 2 minggu lagi cuti sekolah... Penat jugak nak kejar, nak persiap urusan dunia dan perkwmas urusan akhirat.. Moga Allah permudahkan semuanya.. Amiin..

Sempena merdeka, kami ke pantai.. Seronok juga berendam air dingin sbb cuaca sangat cantek hari ini Alhamdulillah ..


Lama sangat tak ke pantai. Kalau beriya plan mmg tak sempat. Jam 6:45 pg kot tiba2, cik abang kata.. Jom piknik. Maklang langsung tukar menu dari roti jala ke mee goreng, nasi goreng dan tuna sandwich. Roti beli kat 7-11. Alhamdulillah it was a good piknik. Paling best bila Along wasap gambar dari jakarta.. Abg tengok.. Eh camana ek along boleh selfie jauh2.. Tergelak anak2 abd dia sendiri ketawa.. Abaaaaah.. Angah kata... Kawan dia lah yg ambik! Hehe.. Suamiku suamiku...


Balik dari pantai dgn baju yg basah, ajak maya and angah basuh lantai kat tempat penyidai. Maklang lepaskan mereka buat sendiri. Mak nak masak. Tak dan nak
ambil gambar.. Berdesup! Habissss. Alhamdulillah 

Kol 3:20 ptg ke majlis kawin anak
Kawan. Kami yg berselfie, pengantin dah dalam rumah.. Bergambar.

1 hari berturut makan daging, bahaya bahaya...semalam di kemaman rumah haji hashim, kawan masa kerja dulu. Anak dia pulak kawan sama opis dulu.




Sempat gi MM kjp.. Ingat nak beli bag kat carlo rino, tp suami ku tak berkenan.. Huhu...


Sekian