Saturday, November 12, 2016

Alhamdulillah atas segala nya

Assalamualaikum


selamat pagi

awal sikit bersiaran. malam  tadi mengantuk sangat nak menaip. ni cari masa juga ni.

semalam sibuk layan mata, layan  sulam. untung semalam  tak ke pasar tani, kalau ke pasar tadi, lagi lah sibuk.

Alhamdulillah Allah beri kelapangan  nak menyulam semalam  nak dekat siap dah 1  bantal  yang kawan tempah utk nak buat hadiah pengantin. Syukur, InsyaAllah siaplah sulamannya hari ini dan boleh sambung 1 lagi. Ada 2 lagi beg urgent  nak kena siap. Sepupu dari  Indonesia nak juga 2 buah beg. Tu super urgent. Ada jg beg yang sulaman dah siap tinggal tunggu untuk disambung. Pouches juga ada yg  perlu  disiap   by  12  Dec. Alhamdulillah  dengan rezki  yang mencurah. Maklang memang kena kumpul duit.  Ada hal yang nak diselesaikan...InsyaAllah moga  Allah permudahkan...


****

Sambung cerita malam pulak...siang macam  biasa...zoom zam zoom zam...tak sempat nak update..


Siang semalam start menyulam, Alhamdulillah dah siap pun petang tadi...


 Alhamdulillah...siap pun. Ada 1 lagi nak kena siap. Tempahan by orang yang sama . Nak kena siap Rabu. Alhamdulillah malam pulak, sepupu dari Indonesia tempah 2 biji beg. Ni nak siap dah, Kena jahit cepat2. Dia pun nak by akhir bulan sampai pada dia.


Pagi tadi, kami ber3 brekfas kat Hentian Mesra. Memang sedaplaa nasi kerabu dia..Alhamdulillah, Lepas tu ke MM tukar card bank.  Alhamdulillah  siap dah update semua.  Lega...

InsysAllah kejap lagi maklang nak siapkan ni.  Harap2    mata sanggup bekerjasama untuk nak siapkan ni...




Thursday, November 10, 2016

Berita terbaik! Alhamdulillahh

Assalamualaikum..


Alhamdulillah best rasa bila laptop dah boleh guna. Dah lebih setahun terperap sebab internet dia kong. Alhamdulillah 2 hari lepas kawan yang selalu dtg betulkan PC anak2 dtg betulkan. Rupanya wifi card not properly connected. Card rosak pun ye. Dah ganti card baru and its working perfectly!


***********

Alhamdulillah semalam bibik masakkan Ayam masak padang. Maklang sejak tak ramai ahli dalam rumah ni, malas nak masak. Bila ramai ahli barulah merajinkan diri. Baru seronok nak memasak. So lunch semalam makan ber2 dengan Hakim. Sedap!

Petang semalam geng ngopi  datang.. makan lagi!
 Terubat sekejap hati yang sedih sebab ikan mati..huhuh

Tapi Alhamdulillah dapat berita baik.. Suka sampai nangis. Moga Allah permudahkan urusan kami nanti

Dapat kupon lagi dari ustadzah.. nak buat Surau Ar Rahman..
 Lepas balik dari kelas tadi, singgah makan tahu bunting kat rumah kawan. Then lepas zohor, merempit jahit beg. Alhamdulillah siap!
 lepas tu buat pulak beg terlebih inci. Takut juga yang tempah tak nak sebab tersalah size. Multitasking ...kira2 sambil wasap ngan adek... Tp Alhamdulillah  yg tempah suka...

Oklah bye!

Wednesday, November 9, 2016

Ikan mati lagi

Allahuakbar!

Dua hari kami bersedih. Hari ini 5 ekor lagi ikan mati.

pagi2 bibik dah masuk bilik inform..

Buk ikan mati lagi..5 ekor! Bibik cakap sambil kembangkan jari dia. Muka dia pun tak happy. Maklang masa tu tengah facetime  dengan wan Sara. Tengah cakap dengan dia pasal paklong maklang yang sedang sakit. Dia tanya dah pergi tengok ke belum dan  tanya juga bila Wan Sara cadang nak kemari. Hmmm...hampa dia kata plan nak datang sini terpaksa dibatalkan memandangkan Uncle Rahman cepat penat. So memang tak datang laa... Tak apalah nak buat macamana, dah tak ada rezki...

So, lepas dapat info pasal kolam, maklang kemas2 bilik kejap, terus je ke bawah. Jom bik kita tengok kolam. Bibik yang tengah kosong baju tinggal je kerja dia. So mulalah menyusun strategi camana nak buang semua air dalam kolam itu. Kolam tu besarrrrr... Alhamdulillah kolam tak kotor mana. Maksudnya tak banyak sangat lumpur. Mula2, letakkan macam laluan air keluar dari air terjun dan paip yang ada kat kolam tengah. Lepas tu bibik dok tangguk air guna baldi kecik. Maklang mana lah boleh nak angkat berat2. Masa tu dah 5 ekor ikan besar bibik tangkap masukkan dalam besen berisi air yg dah diletak anti klorin. Bila masih susah lagi nak keluarkan ikan lain, maka terpaksalah buangkan air dulu Maklang pun bantu juga. Duduk kat tepi kolam kecik, ceduk and buang air..buang air kolam tau...habis banjir taman teratak maklang pagi tadi. Ada jg 1 jam dok menangguk air, sampai pam kat kolam besar dah tak boleh  sedut air lagi. masa tu baru offkan pump. 

Ada dekat 1 jam tadi menggerjakan kolam. Lepas tu maklang siap2 utk ke kelas, tp dah otw baru nampak mesej klas kena cancel sbb ustadzah tak sihat...ke po nak beli kotak, kotak abis, then ke TMG nak beli udang, udang tak de...hmmm dapat daun ketumbar je..Singgah pulak TMC, dapatlah apa yg nak tapi tak juga beli udang  sebab udang kecik sangat. Tunggu laa nnt kat pasar tani. Kononnya nak buat popia yang macam  makan kat hcmc aritu...


Rancangan  nak jait beg tertunda hari ini. Semoga dptlah siap sebiji dua by malam...Ya Allah permudahkanlah urusan kami...

Amiin

 semoga umur ikan2 ku panjang diberi Allah
paip air masih dibuka dah penuhkan kolam


Dalam hati terfikir...mungkin Allah suruh bersihkan kolam...walaupun dah dibersihkan 2 minggu lepas...dan  terdetik juga, bila dah sampai ajal, pasti akan dipanggil pulang ...

Ikan koi mati dan ular hitam

Sedihnya hari ni. 5 ekor ikan koi mati. Tak tahu sebab apa. Perut kembung!

Dah sampai ajal ikan. Ada seekor lagi macam nak mati.. semua besar2 dekat 1 kaki panjang dah...

Baru tadi ingat macam nak tutup kolam je sebab cost letrik about rm300. Macam ikan terdengar je hajat tuan dia..

Sayangnya ...

Pak omar kata bela je ikan puyu tak payah on kan letrik. Jimat kos. Kat sekolah hakim pun bela ikan puyu .. elok je.. air pun tak ijau..


Allahu.. semoga Allah beri jalan keluar...


Ngeri je masa siti Siti Samihah Nooral Azhar nak keluar rumah tadi tiba2 ada ular dlm 1.5 kaki bergerak nak masuk rumah. Alhamdulillah bila bukak pintu rumah tadi ular tu u-turn lari and masuk bawah celah2 titi..

Bibik taburkan sulfur kat titi..

Bibik kata biawaklaaa buk, biawak..

Laa bibik .. saya nampak ular! Takkanlaa saya tak kenal ular atau biawak!

Bila dia tabur sulfur ular tu keluar dari bawah titi depan pintu rumah..

AllahuAkbar bibik ucap.. dia baling batu pada ular 2-3 kali tak kena. Last2 dia ambil kayu.. dan .... ngeri nak cerita.. siap ekspresi muka lagi..

Ngerinya tengok.. ibu lari masuk rumah..

Tak berdosakan bunuh binatang macam ni.. ?

Dahlaa.. ibu nak solat pastu nak jahit.. dah 2 binatang mati arini... mungkin ke ikan mati kena gigit ngan ular? Wallahu'alam..

Monday, November 7, 2016

Vietnam .. kami baru nak datang..


Assalaamu'alaikum


Alhamdulillah akhirnya kami tiba juga kat Ho Chi Minh city.!

Akhirnya setelah berbulan bertahun maklang mengengek kat paklang.. jomlaa pergi vietnam .. dia jawab .. abang tak sukalah ..

Dia memang tak suka tempat2 yg tak berapa macam tempat sejuk konon.. hahahaah

Cian laki aku.. saje ngosik bang..

Sebenarnya dia nak tunggu .. ingat projek yg dia buat tu akan di award pada contractor vietnam.. tapi tak dapat pulak..

So setelah projek awarded to another contractor, maka janji ditetapi. Toba2 ada email masuk tiket ke hcmc:) maklang kembang lah kejap. Akhirnya dpt jg ke sana. Asyik dengar orang bercuti ke sana je.

Accomplished! Alhamdulillah !

Alhamdulillah

Hari ni setakat jam 6:10 pm banyak juga yg dah dilaksanakan

Pagi2 htr akim ke sekolah. Duduk kejap tgk anak2 spm sambil2 tulis kata2 aluan utk majalah sekolah

Then balik kejap. Dapat sambung beg. Sambung tepi je.. hehe

Dapat solat dhuha

Dapat join kelas tafsir ustad hasan. Hari ni pasal macamana kifa kena treat anak yatim dan bagaimana nak jaga harta anak yatim. Ada juga pasal hukum edah sekiranya bercerai hidup atau mati.

Balik dari kelas dapatlah gunting2 kain utk bahagian dalam beg 4 bj.  Steam press kejap. Then sambung kejap beg sampai solat zohor

Lepas zohor , amek Hakim and had lunch. Tekak tak berapa selera kot. Sup sayur, ikan goreng dan tempeh macam ungkap macam ayam penyek. Ada sambal ayam penyet jugak.


Then Alhamdulillah dapat siapkan 3 biji bag. Tapi belum lah dikemaskan. Misai janggut semua belum trim. Nnt laa bila senang akan buat. Harap siap lah 5 bj lah by wiken ni.

Lepas asar dapat pun panjat basikal. Dapat 8km.. Alhamdulillah :)

Malam ni jangan tergolek sudahlaaa..

Semoga allah permudahkan segalanya dan murahkan rezki kami sekeluarga dunia akhirat.. Amiin

Friday, November 4, 2016

Pulang ke sarang

In sha ALLAH 1 jam lagi nak sampai sarang ..

Rasa macam nak tidur sepanjang jalan sebab keletihan memasak lauk pauk untuk nak tinggalkan di KL. Alhamdulillah siaplah ayam masak lemak cili padi, ayam berlado, kari ayam, daging bercili limau kasturi, udang masak lemak dan udang sambal sikit.

Angah dan hakim hantar atok dan wan ke skypark pagi tadi. Lepas tu dia ke pasar beli bahan. Mak tunggu je kat rumah, basuh baju, lipat baju yg baru cuci semalam baru kering, ganti alas katil . Berangan nak kemas rumah tapi mmg tak dayalah sebab nak masak. Part paling best tadi sambil lipat baju, sambil masak kat dapur sambil layan cerita kat hp. Best internet lajuuuuu je.. masa masak pun boleh tgk cerita heheh.. konon2nya tadi gorenglah ayam berketul2 utk dimakan bersama masak lemak udang dan kacang. Memang agak cukup malah berlebihlah utk 4 orang makan...tapi yg sedihnya bila nak makan tinggal kepak 1, kaki ayam dan leher serta hati dan hempedal. Sampai hati org2 yg makan terdahulu tak tinggalkan utk tukang masak yg masak macam nak patah pinggang. Makan lambat pun sebab nak mandi dulu and solat. Punyalah rasa sedih tadi. Lenkali masak2, kena sembunyikan utk sendirilah. Huuhuu

Cuti dah nak tamat. Malam ni kena cukup restlah. Besok pagi nak mula kelas. Petang nak kena mula jahit beg. Kena start masuk duit kat tabung itik semulalah kalau ada rezki nak jalan2 lagi , In sha ALLAH