Sunday, February 3, 2019

Haatyai Day 2

Day 1 in Hatyai..

Kami tiba Hatyai sekitar jam 2 ptg. Menuju ke airbnb yg cik abang dah book berbulan yg lepas. Tengok gambar mmg cantek. Ada 5 bilik. Bungalow besar. Review bagus. Tanpa sangsi book 4 malam. Harga lebih kurang rm2.5k.  Mmg agak mahal lah. Saya serah semuanya utk cik abang yg buat booking. So far bnb yg dia sewa semua ok je. ‎الحمدالله bersih dan cantek. Tp kali ini dia agak kecewa. 

Masa tuan rumah tunjuk rumah dia, eh tiba2 dia kata dia duduk di bilik bawah tapi akan leave the house to be with her mother. So minus 1 room sebab dia kata.. this is my room. Asal dalam web dia kata whole house will be ours! Jeng kejap.. owner seterusnya tunjuk bilik2 lain. Rumah mcm tak berapa bersih. Sebenarnya masuk je kawasan rumah tu, nampak sampah daun sepah2. Macam rumah tak berbela. Sampai tingkat atas.. dia terus tunjuk semuanya.. bolehlaaa.. tp dalam hati berkata2 jugak.. mahalnya dengan harga tu! Owner kata bilik air atas tak ada air... sebab paip pecah. Hopefully by petang mechanic datang nak betulkan semula! Jeng no.2. Masa nak start aircond pun kena tekan punat kat aircond tu sendiri .. jeng no 3

Kemudian ke dapur.. alamak ada kuali tak berbasuh. Geli pulak rasa.. keluar dapur big boss dah bunyi... melekit dapur dia... jeng lagi. Makcik tak rasa sebab pakai setokin. Angah pun dah rasa lain macam huhu... jeng lagi..jeng no.4 huhu.. ( along dah masuk toilet atas, tak expect tak de air langsung.. menjerit... angahhhh tak ada air... kaklong dah piii ni ... hahah.. panic jap. Hakim hantar air dari bawah!!)

Lepas tu owner explain lagi.. ni air minum bla bla bla.. then dia bersihkan piuk kat dapur tu. Maam dah ambik tempat kat ruang tamu. Macam takleh brain kejap. Anak2 dah mula angkat beg. Tp macam longlai je... kejap
Lepas tu boss masuk kata.. abang nak naik atas nak REHAT! Dah jadi isteri dia for almost 28 years, dah boleh agak macam ada yg tak berapa happy.. haha.. rasa mcm hebat  gaklah.. boleh baca macam2 tengok riak muka.. dia pun biasa kata... lina kan tau.. haha

Takpe maam and angah dah start google cari hotel. Tp dalam hati berkata2 takkan nak burn 2.5k. Pengsan nak bayar lagi. Tp ‎الحمدالله banyak je hotel harga ok. Google sampai puas make sure ada tempat baru present case kat boss. Tiba2 abah  turun dari bilik dan mak pun cakap.. macam tak brp best ek bang... haah.. anak2 pun mcm tak nak masuk je. Lepas angkat beg, 3-3 mcm ‘bergayut’ semula dala kereta.. macam tak happy..very unusual tu.. 

Abah kata jomlah kita cari hotel. Dia ke dapur beritahu owner.. i am sorry.. the house is dirty, i am not comfortable staying here! I want to check out!

Wow! That was very NOT him. Dia mmg jaga sangat hal ehwal budi bahasa esp kat negara orang! Haha .. anak2 pun terpanjat kejap .. haha..

Anak2 angkat beg. Kita keluar. Dhirah pls find a hotel 2 bilik , and book. Abah dah tak leh brain.

Owner kata ok. Dia kata dia akan pulang semua duit. Dia kata  jangan tulis apa2 komen kat airbnb.  Mak cakap.. we are good people . We will not say anything provided you give us back our money. Dia explain lah dia punya underground pipe pecah teruk. Last month dia bayar 40000 baht ke berapa entah. Dah 2 minggu pecah dah dia kata dan sedang dibaiki. Geram juga sepatutnya boleh inform masalah so we can find  another place to stay. Tp husnuzon lah. Moga Allah lembutkan hati dia. Tp kita boleh je komplen if dia tak pulang duit. Janjinya selasa ptg! Doakan kami!

‎الحمدالله Along dpt book 2 rooms kat Siam Oriental hotel. Bilik cantek dan bersih! What a day!

Terus abah kena usik, sebab just b4 we check in airbnb, dia dok usik along after grad, checked in hotel yg agak teruk.. siap melalak! Haha.. minta abah tukar kan hotel yg better. Kejap je Allah balas! It was an experience that Abah had to go thru like Dhirah. Huhu.. masalah nya ni dah kali ke3, kot, checked in and checked out same day sebab tak puas hati. Sekali kat langkawi, sekali lagi kat KB!

Anyway.. the day ended nicely! Makan kat  central festival  mall. Ada pulak macam bazaar makanan. Memang diet tenggelam kat laut dalam lah ni..
Baru lepas border terus je stop tepi jalan beli ayam goreng dan pulut mangga. Anak2 pergi 7-11


Ni kat border

Gambar menu kedai kat aloq 🌟 





Bere





















haatyai trip day 1

‎الحمدالله kami dah tiba hatyai...

Berangan nak ikut kawan2 jalan ramai2. Tapi biasalah kami punya trip kena kena trip free and easy. Especially bila ada anak2.. semuanya kena ikut rentak mereka🤪. Ada yg tidur lambat, ada yg tidur awal dan macam2 lagi.

Kami gerak menuju Alor Setar pada hari jumaat 1.2.2019 selepas solat jumaat.  Angah pun ada kelas jadi tak boleh nak gerak awal walaupun cik abang cuti hari wilayah


Jom! Jom kita amek gambar dulu sebelum keluar.

Jom gambar lagi .. dah otw dah . Entah brp jam baru sampai destinasi. Jalan agak jem. Slow moving! Hujan dan banyak kereta. Tak pe redah je. Kami singgah di Tapah utk solat asar dan kemudian tukar driver. Alhamdulillah! Anak2 yg 2 besar dah boleh drive jauh2 maklum orang muda

Saturday, February 2, 2019

Haatyai - Day 2 pm

After the very heavy breakfast and jalan2 around the makan area, we headed to the hotel. Maklang punya perut was uncomfortable. Entah macam tak berapa nak lawas bila jumpa toi. Perut memulas. Siap je .. kami bergerak semula meneruskan perjalanan ke tempat yg paklang dah plan awal2. Kami nak pi naik cable car. Sorang kena 200 baht. Boleh tahan jugak. About rm25. Padahal stretch pendek je. Genting way2 betterlah of coz. Tapi naik lah jugak sebab paklang dah beli tiket.

Nak naik kat kable car punya station memang very steep. Kereta tua maklang macam mengah jugaklah. Gear turunkan Bah.. turunkan... so abah letak gear 2 lah. Mana taknya yg kereta nak bawak ni semuanya selim melim belaka ... hahah...


Cable car station tu about 10km away je kot dari hotel kami. Tiba sana about pukul 1:00 gitu kot. 

Ini nampak sebelum naik atas


Maklang paklang posing ala2 orang mude


Paklang kalau amek gambar mmg suka amek muka.je..habis segala jerawat nampak tersembul


Minah ni kalau amek gambar mestia dalam keadaan pelik


Bergambar nak nampakkan patung besar tu


Suka macamni


Bert lagi. Missing maya so much


Ada penyebok kat belakang


Nak terbang kemana tu?


Belakang tu bandar Haatyai


Abah dan anak bujang dia




Gajah kepala 3


At the cable car atas bukit



Eskrem durian sedap betul


Sebelum naik train sebelum turun bawah


Ber5 lagi


Pengarah 3 orang



Before editing


Mana sorang lagi ni?


Sebelum exit dari cable car punya point


Tengok tu ramai yg tersangkut

Thursday, November 8, 2018

Perasmian surau SMKRP


Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini 8.11.2018 bersamaan 30 Safar 1440, dah rasmi dah surau sekolah yang buat maklang selalu susah hati dan pening kepala.

Walau bagaimanapun, masih ada lagi yang masih belum siap. Alhamdulillah dan Insya Allah duit untuk nak bayar semua2 tu dah ada dalam bank. Tapi itu jelah. Penyangkut telekong, para kat tempat wudu dah sebagainya masih belum ada peruntukannya lagi. Mana nak carik pun tak tahu. Maklang dah angkat tangan. Macam dah malas nak cari dana lagi... huhu

ALhamdulillah hari ini juga selesai beberapa jahitan utk sulam riben. Dah masuk mail juga dah! Malam ni dah boleh relax sikit.!Yeay!!

Monday, November 5, 2018

‎surau SMKRP!

Nikmat sungguh hidup bersahabat... bila kita berdoa dan dia meng-aminkan

Kadang niat kecil kita utk nak jamu orang makan walaupun cuma sedikit sangat harganya.. tak kita sangka Allah akan balas beratus ribu kali gandakan!

Peristiwa pagi tadi, masa nak beli makan pagi utk sahabat pantai ( suami pun dah kata.. tak pe belanja je kawan2 tu... ).. saya kata.. tak pe beli je makanan.. mana tau nnt ada yg tempah beg akak 2-3 bj hari ni...

Aaamiinnn... jawab sahabat pantai...

Saja suka2.. saya kata.. Alah mereka ni macam adek2 saya .. kita duduk jauh merantau.. pada mereka tempat kita share suka duka kitakan...

Sedang kami makan tiba2 ada orang dr Egypt nak tempah beg. Dia nak 100 bj katanya.. hahah saya gelak.. layan je lah. Mana mungkin nak buat 100 buah. Saya kata, saya boleh siap 2 aje seminggu! Kalau 100 akan ambik masa 1 tahun! Gelak2 je...

Sebelum peristiwa itu, sebelum saya decide nak walk kat pantai, saya whatapps kepada beberapa mantan guru SMKRP dan juga kepada penderma2 yg dah banyak bantu sekolah kami. Sekarang ni kalau nak buat apa2, kena terus buat . Takut lupa. Biasa lepas2 solat lah . Kalau dah bangun dari solat kang fikir yg lain tangan dah pegang yg lain memang tak buatlah jawabnya..

Saya WA pada seorang Datin yg selalu bagi dana besar buat sekolah. Mula2 dia beri saya 5k masa nak upgrade toilet guru. Lepas tu dia bagi saya 10k masa saya cari dana surau. Tadi dia tanya dah selesai ke surau tu? Saya kata belum. Ada lagi yg tak siap. Fan besar belum ada dana.. saya akan cari pelan2. Saya beritau dia..

Datin kata tak apa, dia akan usahakan .. oklah . Saya berterimakasih jelah. Mana tau kan..

Pulang dari breakfast, saya duduk di mesin jahit. Perlu nak siapkan pouches dan bbrp bag. Ada juga yg mesej tanya masih ke mengumpul dana utk surau. Saya jawab ye! Ingatkan dia mesej nak tanya nak tempah beg.. haha.. fake hope. Lepas dari itu saya fikir, takpelah kalau tak ada pun orang nak tempah beg hari ni.. ada orang nak bagi duit surau pun Alhamdulillah!

Tak dan 5 min kot... masuk mesej..

‘Assalamualaikum Pn Hjh..sy dh transfer rm 18k utk beli kipas besar..semoga manfaat utk  pengunjung surau..’

Allahuakbar... langsung 😭😭😭😭kat bilik jahit.. terkedu kejap. Sebentar aje Allah dah beri kemudahan utk surau...
Rupanya dalam pada kita bersusah hati takut dana tak cukup.. rupa2nya Allah sudah pun mengetuk pintu hati hambaNya utk membantu! 

Semoga Allah balas jasa Datin dengan segala kebaikan dunia dan akhirat.. Aaamiin..

So.. dengan ini kita tutup utk kutipan surau utk beli kipas besar. 

Tapi kalau masih ada yg mahu sama2 berinfaq, wang tersebut akan digunakan utk membeli perkakas dalam surau seperti almari, rak Quran, rak di tempat wudu’, penyangkut telekong dan lain2 lagi.

Semoga Allah memberkati hidup kita dunia dan akhirat! Aaamiin 


Terimakasih pada semua yg sudah banyak membantu dlm pembinaan surau Ar Rahman , SMKRP.