Monday, February 17, 2014

Happy birthday Nurfaezin, weddings n meeting friends

Assalamualaikum

Last 14hb Feb birthday Angah yg ke 18.. Besar panjang dah anak dara maklang no.2. Tak beli kek kali ini. Langkah2 penjimatan. Nak buat pon malas. So balik pasar tani pagi tu maklang marinate 1 ekor ayam:).. Malam Angah potong ayam instead of cake:).. Alhamdulillah!




Sabtu pagi lepas subuh maklang and my darling pi walking walking :).. Kelakar darling i siap bawak kayu.. Pemberat katanya:)

Berlatarbelakangkan bukit mempusi:)

Wah.. Pendekar ke?

Balik jalan2.. Sementara darling i bersihkan diri nak hantar Maya tuisyen, sempat maklang gorengkan kuew teow..


Tengahari mee kari pulok


Dan satar dan otok2..

Dah petang sikit.. Pergi pulak khenduri kawan, Kamal, kawan masa keje dulu.. Seronok bila jumpa kawan2 lama. Terasa rindu masa2 keje dulu:(

Kamal bapa pengantin, Rosli dan Zainin satu dept. ngan maklang.. Salmah isteri Rosli:)

Bersama salmiah finance dept dan rohani QA

Ini Ramlee, suami salmiah bersama 4 anak2 mereka.. How they have grown..ingat lagi dulu maklang yg punya keje matchmake dia orang ni sampai berjanji nak kasi 100 bunga telor if they got married.. Alhamdulillah.. 4 dah anak mereka:)

Ini nazmee , mech designer, dulu sama ofis, now dah masuk client:) syukur alhamdulillah!

Share ber2... Romantiklah konon.. Walhal perut dah kenyang. We had bubur kacang semangkuk kecil seorang..



Bersama kak zah, kawan usrah maklang yg juga orang kayo kerteh..;)

Habislaa minggu ni.. Jumaat Sabtu makan makan je.. Lupa jumaat pon ada wedding kat rumah exboss maklang.. First time jumpa maam dia, terkezut gak.. So very the ramah, siap ada berkat utk maklang.. Rezki jgn ditolak:) sempat jumpa anak sedara xboss ni . Dia kata dia rajin blog maklang.. Tq Dr. Norashikin:).. Ada gambar dia punya wedding kat blog maklang yg last year.. Now dah nak dpt baby dah. Moga
dipermudahkan

Ada jugak nak nyebok.. 


Thats all for now.. Cerita hari ahad sambung besok if sempat..

Tq for stopping by.. Assalamualaikum

Saturday, February 15, 2014

Bersama teman2, kuantan , berserah dan kerteh


Assalamualaikum...

Wah agak lama maklang tak bersiaran.. Sibuk tak dan nak berlama kat pc. Tangan asyik memegang jarum , stering atau diri berada di luar rumah.. Mengalahkan masa kerja dulu.. Almaklum.. Masa kerja disusun sendiri:) Alhamdulillah.. Jom kita flashback...

Rabu:


Petang selasa dapat berita yg salah seorang jemaah usrah ,CT, yg baru melahirkan baby diberitakan bahawa baby mengalami complication:(. Baby dalam 2.5kg @ 37 weeks telah dikejarkan ke hospital di KL. Mulanya maklang tak nak ikut sbb ptg rabu dah schedule ada pibg meeting, tp lps diskus2, kn pergi awal supaya balik pun awal:)

Pagi rabu kami bergerak meninggal kan Kerteh lebih kurang jam 8:47 pg. 10 org dalam 2 buah kereta. Alhamdulillah perjalanan smooth dengan hirukpikuk dalam kereta. Tau ajelah dah ramai2 ni ada aje yg melucukan ..tetapi setibanya simpang depan MegaMall belakang kereta maklang kena cium.. Aduhai terhirisnya hati ku. Pemandu muda itu mengatakan dia tak nampak maklang signal cuma nampak badan kereta maklang.. Laaa badan kereta dah 3/4 ke depan dia camana dia tak nampak tu.. Hmmm tak pelaa, nak buat macamana.. Dah terkena dah tercalar. Kesian punya pasal, maklang pulak yg bagi dia. Kete dia pon dah lama sangat. Sib baik cik abang tak marah.. Alhamdulillah!

Naik ke KMC, kat nurses' station, maklang tanya if ada midwife nama yati kat situ.. Rupanya yati warded sbb operate kaki.. Vericose veins banyak sangat.. Sungguh lama tak ketemu..:)

Lepas jumpa Yati baru pergi cari bilik CT.. Gamatlah bilik CT. Alhamdulillah boleh buat CT tersenyum walau hati sangat luka parah.. Moga Allah beri CT. Kekuatan.. Aminn.. Maklang dah lalui so maklang boleh rasa apa yg CT rasa...

Penuh...

Wah Bu Elly... Manjakan CT ye.. Ustadzah SHERRY Cam jeles je hehe...


Otw balik Kerteh, kami singgah kat kedai mee calong. Sangat teringin nak makan lagi lepas rasa yg kat rumah Dr Roza kat Berserah bbrp tahun yg lepas. Tapi yang ini tak sedap :(

Mee calong

Yg ini sedap! Alhamdulillah...


Letaklaa gambar ida..
Sian gambar dia tak de lagi hehe:)

Sampai rumah sudah jam setengah 4. Solat and zoom ke sekolah..nasib baikrl meeting kejap je.. Balik2 lepak jap!:)what an enjoyable day! Alhamdulillah

Sempat maklang rehat petang tu.. Dan malam ber Robocop dengan Maya dan Hakim. Malam lepas solat isyak maklang mengecat roses ni sebab pagi Khamis Maya nak kasi kat cg2 dia yg tak sempat siap last year:)


Khamis:

Alhamdulillah pg ini sambung walk2.. Ada newcomer: ).. Lepas walk we had breakfast kat umah maklang..

Lepas breakfas , siap2 menuju untuk menimba ilmu:).. Alhamdulillah..

Tak sangka pulak nak lunch kat tempat klas Arab:).. Tapi kena tolong masak jugak. Sedaaapnya makan ikan fresh yg ustadzah bawah. Goreng celup tepung dan goteng garam kunyit je.. Sangat sedap. Maklang masak sotong masak kicap. Tak dan nak ambil gambar sbb masa mula nak makan, maklang kelaur anbil Maya dan Hakim. Mula makan dalam pulu 3:00 kot, pastilah sedap sbb dah lapar! Alhamdulillah...

Petang tu sempat jugak maklang mulakan sulaman baru dan dah siap sulam petang semalam:) alhamdulillah.. 

Ok sini dulu ye.. Semalam birthday Nurfaezin.. Nnt maklang cerita lagi. Ada keje nak buat ni dan nak pergi khenduri kawin kejap lagi.. Sungguh malas nak pilih baju:) 

Sehingga bertemu lagi...:)

Tuesday, February 11, 2014

Makan, aerobik dan kawan2

Assalamualaikum

Dua hari tak jumpa masa nak updet.. Maklang bz.. Hehe.. Tapi entah apa yg dibzkan pun tak tahu..

Ahad pagi, konon2 cadang nak bekfas kat kedai roti canai kat simpang trafik light Kemasik.. Tp nasib malang.. Kedai tutup pulak.. So detour ke kedai Mesra, makan nasi kerabu:) sedaaappp:).. Alhamdulillah!

Pagi tu sempat siapkan jubah maklang 2 helai.. Lama dah terbengkalai.. Alhamdulillah siap semua petang tu:)

Nak eksyen baju baru.. Hehe..

Tak ada mood nak masak pagi tu sbb kekenyangan.. Last2 minta Angah yg buat nasi mandy. Sedaaap.. Makan lago.. Tapi no gambar:) adek2 dia balik sekolah sedaplah.. Terus makan :)

Malam tu Maya tuisyen... Sian .. Tp kena mula from now.. Takut nnt tak tak terkejar..

Isnin..

Hmm.. Apa bikin semalam.. Hehe.. I pergi aerobik! First time gitu.. Pagi tu ada yasinan kat tempat aerobik. Ada solat hajat then makan2 then aerobik.. Aduhai ..penat tak ingat punya .. Tak lama kelamaan baru rasa ok sikit.. Hari ni badan dah lembik rasanya.. Heheh

Geng usrah.. Sangat seronok being with them:) Alhamdulillah:)

Lepas solat hajat.. Gambar ttp kn ambil:)

Lagi geng I:)

Haaa tu dia..

Lepas makan, kita aerobik and zumba:).. Bengkok tulang I.. Nasib baik tak patah!

Dari situ merayau sampai ke Paka:).. Gi Romantika:)


Paklang dah pesan.. Jgn beli
Banyak.. Bunga pon max 2 je . Maklang beli bag.. Utk isi riben. Yang lama dah teruk. Tp org kat kedai kata dia boleh tolong buatkan tp kena beli ensel nnt dia pasangkan.

Seronok bila ada keje kena buat:)

Tapi pagi tadi dalam kelengohan.. Buat jugak morning walk.. 3m lbh kurang

Ada kelas tafsir td.. Nagntuk betul sbb keletihan.. u

Sempat pg buat mee goreng utk bawa ke sekolah..


Ok .. Maklang tak leh bukak mata dah..maklang perlu sleep..

Saturday, February 8, 2014

Makan2 dan boling

Assalamualaikum


Arini adalah hari makan.. Hmm wiken lah katakan..

Pagi2

Lepas brekfas.. Sambung buat kuah mee rebus.. Semalam dah tumis, arini letak kacang dan keledek.. Kena pulak keledek dah berserat.. Kena tapis pula amek serat dan blend.. Dari ari rabu kot cik abang i request... Weekdays mmg tak dan makan macam ni.. So bab merasa je dah sepinggan besau!

Tu dia.. Tak toleh2 lagi...


Kemudian kami pi wedding anak
Kawan somewhere kat kampung baru ni

Sempat selfy .. Hehe

Lepas makan nasi.. Makan rojak pulak

Dan 2 round pulut itam.. Sedaaaaap sangat ini


Lewat petang cik abang ajak makan mee lagi.. Mmg macam lepas geram je.. Hehe

Portion cik abang..



**
Anak bujang bersedih. Dia terpilih sebagai pelapis utk boling peringkat negeri. Coach kata training 4x seminggu. Ahad , isnin , khamis dan sabtu. 

Maklang agak keberatan nak kasi dia join sbb training banyak sangat. Dengan jadual yg 3 hari balik about 2:40-3pm dan 2 hari balik dekat pukol 5ptg, macamana lah dia nak capai semuanya..

Harap2 kekeciwaan dia tak berlarutan.. Kesian pulak nnt tak de masa main.. Ya Allah permudahkan lah urusan ku menjaga anak2 sehingga menjadi soleh dan solehah .. Dan permudahkan mereka melalui liku2 hidup yg penuh dugaan..Aaminnn

Friday, February 7, 2014

I really have to do it

Assalamualaikum...

Bunyi title macam semangat betul. Benda kecik je tu.. I really have to do it now. Mata cam dah layu. Takut siap solat isyak kang mato den lolap yo...huuhuu


Again its a full day today.. Full of work but i did manage to golek2 about 15 mins sambil baca hizib lepas asar tadi. Kalau golekan itu diteruskan pasti jubah yg dah terbengkalai lamaaaaa itu masih tidak bersambung. Ada kot 3 lai belum fully complete. InsyaAllah by minggu depan boleh gaya pakai baju baru. Alaah jubah riau je pun bukan yg glamour2. Petang semalam beli selai, tp bila pakaikan kat angah nampak cantek sangat. Labuh pon ngam..

Eh jom crita arini dulu.

Pagi  tadi spt biasalah selesai apa yg patut, pecut ke Casa di Rantau laut hantara Maya tuisyen addmath, terus ke pasar tani ngan Angah. Returned Wan's phone call and wan kata .. Ada banyak ikan tak sana? Kat jb selar kuning was like rm18/kg.. Alhamdulillah rezki
Mak.. Melambak ada ikan cantek2 pagi tadi. So belilah kembung, merah, selar kuning, tenggiri dan sotong buat mak. Senang aje siang bersih, masukkan dlm plastik then freezekan. Nnt bila ke KL bawakan ke sana InsyaAllah...

Utk rumah maklang beli ikan bolos. Dulu rm6/kg.. Now dah 10.00. Cekek daroh!

Balik umah bfast nasi kerabu sedap. Then tolong2 siang ikan.. Then ambil
Maya dari tuisyen langsung hantar akim
Ke bowling di Mm.

Pukul 1, ambil akim kat MM then tetus hantar ke masjid solat jumaat..


 Ishh ngantuk lg sbb terbangun awal

Cadang nak tgk Robocop tp teket abis. So kami shopping barang dapur je tadi. Balik sempat siapkan jubah sehelai..


Selas n rabu


Group makcik dh start walking alhamdulillah. First day dapat jalan dekat 5km kot. Endomondo meter terpadam sekerat jalan. Banyak berenti sebab tu it took us more than 1 hour. Dapat pulak berita kawan masa gi haji meninggal. Khabarnya cancer. Alhamdulillah jenazah tersenyum.. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah.. Al fatihah buat Normah.. Kita nanti macam mana agaknya nanti. Moga mati dalam husnulkhotimah.. Aminnn
Singgah kat rumah baru Elly




Dari rumah maklang melalui sek kg baru then pusing sampai dekat taman nabila then ke belakang sekolah.. Best2

Maklang terpaksa jalan cepat. Tinggalkan yg lain dibelakang sbb angah call kata akim nak pengsan.. Bila maklang sampai rumah, Akim dah terbaring dah kat rumah..



Ptg, after lunch ada pibg pasal PBS. Then lepas asar kami ngopi kat rumah maklang.. Pot luck:) hehe

Buat kacang pool


Elly bawak bakwan .. Sedap:)



Penat sungguh.. Non stop activity, dari briskwalk then melawat org meninggal then ke surau kelas ustadz Mad then klas tajwid then balik lunch, masak kacang pool ( angah dah tumis dulu) , solat, pibg then ngopi.. Mak sibuk sgt. Malam tergolek dog huhu

Rabu same2. Start at 8:15 am. About 3km kali ini in 42 miins. Lepas

Ptg gi cuci kata kat butik.
Tersangakut selai

Ngantuk

Zzzzzzzxx