Sunday, May 3, 2015

Layan melayan budak balik cuti

Assalamualaikum


Dimaklumkan anakanda no 2 ada di rumah. Balik sini petang khamis lepas, naik bas.. Dan seperti biasalah bila dan bbrp minggu away from home, macam2lah yg di mintanya... Alhamdulillah diberi kudrat utk memasak...

Sampai je rumah maghrib tu dia join makan dengan yg berbuka puasa

Nasi tomato berlaukkan kurma ayam;)


Pagi besok abah dia belikan dia nasi kerabu:)

Tengahri mak jamu dia dengan mee rebus



Tapi mak rasa not to standard biasa... Ni terpekat lah pulak:(

Sambil buat mee rebus buatkan ayam serai dan sambal ayam berkicap utk di freezekan utk nak bawak balik..




Sambal ayam ni nak dibawa balik ke sana..ayam serai pon dah bekukan supaya boleh tahan 2/3 hari..


Pagi ini nak kuew teow. Nanti bekalan nak nasi lemak sambal sotong.. Hmm mace-mace...





Kuew teow sepinggan!

Sedap pula makan ngan emping ni.. Pahit2 manis gitu:)


Sekian sahaja wiken anakanda yg disambut dengan penuh kesyukuran.. 

Alhamdulillah...

Friday, May 1, 2015

Selamat Hari Buruh


Assalamualaikum

Saje nak ucap selamat hari buruh.. 

Maklang masih buruh kat dapur:)

Kalau di syria atau di negara arab surirumah adalah pekerjaan yg sangat disanjung tinggi macam QUEEN. RABBATULBAIT cakap arab.. Seronok belajar arab.. Dah nak masuk bulan ke tiga dah.. Alhamdulillah..

Maklang bz arini nak masak.. InsyaALLAH sambil2 tu kita berselawat lah ye

Salam jumaat penuh barokah dari kami di TERATAK MAKLANG...







Bunga hydrangea mekar kembali

Rose jepun berkembang

Biasalah nasi kerabu jadi santapan pagi jumaat.. Alhamdulillah:)

Monday, March 9, 2015

Hidangan sedaaap


Assalamualaikum
Maklang type sambil baring.. Ok kan. Awal mata dah ngantuk. Ni pon tahan dulu makan ubat allergic yg aritu. Jap lagi boleh makan, lps tu selamaaaat .. InsyaALLAH .. Dah biasa now tido awal. Badan dah tak kuat.. Tapi masih boleh doa moga Allah beri kekuatan.. Amiin. 

Pagi tadi awal dah keluar. Ke sekolah nak sign surat jemputan utk agm pibg yg akan berlangsung 28.3 ni InsyaALLAH . Cik abang hantar maklang and anak2 kat sekolah and langsung dia gi beli nasi kerabu. Sayangnya kedai tu tutup

Hari ni heavy semuanya..

Makan je kojenya . So inilah hidangannya...

Cik abang sayang suka breakfast kat luar tepi kolam..


Berdua je pagi ini



Rasa? boleh lah.. Beli kat kemasik kat simpang tok kaya? I pun tak pasti kat mana tapi taulah tempatnya

Before lunch sempat layan beg2 saya . Sempat siap 1 je. Boleh pulak sambung tido.. Ngantuk ubat tido tak abis lagi... Huhu


Hidangan tengahari sodap. Angah yg masak:) pandai dah anak dhagho den soghang ni ha..
 Maska lomak daging salai ( salai atas kuali magic tu je;) dan togong belado


Lepas lunch Alhamdulillah banyak juga yang siap:).
 
Ada 1 lagi tak ambik gambar. Nnt dah siap boleh tayang.


Untuk tea angah buatkan lempeng pisang kelapa yang maklang dan bancuhkan lepas lunch tadi. Tp lembik pulak. So tambah lagi tepungnya.. Alhamdulillah sodap!


Malaam tak makan lah .. Dah banyak sangat masuk dalam perut..( tp rasa laparlah pulak ni.. Huhu

Ok lah good nite! Assalamualaikum!



Saturday, March 7, 2015

Telinga tersombat

Assalamualaikum


Tajuk bestkan.. TERSOMBAT... Teringat kat Min.. Dia mmg sebut tersombat.. Mesti tergelak esp bila angah yg cakap penuh ekspresi hahaah


Kat kelinik sekarang. Telinga tak stable. Malam tadi letak ubat. Pastu macam ada udara yg menyebabkan telinga tak function. I am pekak atvthe moment! Lagi malam tadi! Tadi pagi letak air berkali2 pun masih tak nak. Dr kata ada blockage dalam telinga .. Sebab banyak t@hi telinga kot... Padahal almost tiap hari korek.. Sbb blockage tulah yg membuatkan i terbatuk2 je.. Symptoms awal tahun..


Ramai pulak org kat klinik ni... Dahlah belum masak.. Sian encik suami yg nak balik makan lepas servis kereta.. Hatap en suami bersabo ye..


Lagipun pagi tadi brekfas nasi lomak dah...:)


Bila telinga tak function betul, rasa macam unstable. Baru sikit Allah tarik, sudah ini macam... Astagfirullaha'azim!



Friday, March 6, 2015

Nak diet .. Konon


Assalamualaikum 

Lama tak jumpa. Lately ni gula macam tinggi je. Stress ke anak maklang yg sulong tanya.. Ye.. Mak stress and risau..


So, sementara Angah cuti semester, rajin juga dia melayan.. Alhamdulillah:)




Maklang memang suka salmon bakar. Sedaaap


Dan tadi dia buat ni,    




Tapi dia kasi ni bila maklang dah makann ni satu bersama 2/3 nugget dan 2 keping roti jagung bersama kuah asam pedas yg dia buat petang tadi.. Gi mana dong???

Alhamdulillah.. Ada angah kat rumah, maklang rehat lah jugak. Tambah tengah batuk2 ni.. Penatnya rasa:).. Pagi tadi 1st time dia buat masak asam. Maklang dictate macamana nak buat je and alhamdulillah.. Lunch masak asamlah:) 


Sementara ada rumah ni, kena kerahlah.. Semalam buat carrot cake. Ada kawan tempah.. Tapi adalah upahnya:)





Sekian... InsyaALLAH ada masa kita jumpa lagi:)

Monday, January 12, 2015

Trauma


Assalamualaikum...


Maklang masih trauma lagi . Last Friday rumah maklang kena masuk pencuri, Maklang masih di KL. Kami tak jadi balik sebab cuti sekolah kan sambung lagi....


Nasib baik kawan yang nak tumpang tidur tu sampai awal jugak lepas dia keluar semula lepas ambil kunci dari ustad yang datang tengok2 rumah maklang. Mula2 dtg ustadz dah tunjuk bilik mana mereka boleh masuk . Sebabnya takut Kak Yah Pak Omar tak dan ganti semua cadar. Dia call maklang kata dah masuk rumah, tapi tak dan 5 mins lepas tu dia call balik beritahu rumah macam lain macam. Mula2 dtg rumah was neat. Seghiau sampai arini.

Malam tu kawan maklang tak jadi menumpang tidur.  Kesian mereka. Allah tak izinkan....Pasti ada hikmah utk semua pihak. Malam tu jugak ustadz dtg semula dgn polis nak tengok rumah. Polis masuk rumah dan ambil gambar etc.

Polis jumpa 1 beg berisi tabung duit Hakim dan Cik Abang, kat luar pagar belakang rumah. Agaknya berat sangat tak sempat nak bawak lari. Alhamdulillah selamat yang itu. Tapi yang sedihnya.... jam tangan hadiah harijadi paklang 2 tahun lepas dan bbrp utas lagi lenyap..duit Hakim 600 pun hilang...nasib baik duit Dhira dalam bekas angpow raya dia tak ambil. Itu mmg rezki Allah jaga..Alhamdulillah,..


Semalam pagi bibik realized kuali maklang yang pecah ( tp sayang nak buang sbb dia best dan masih boleh digunakan n tak lekat!), hilang,  tak ada kat dapur, pencuri ni lapar kot. nak amek kuali nak masak. Dia ambil maggi dan makan dan juga jagung dalam tin dan buah longan. makan kat rumah maklang. Tapi tadi pagi bibik ke belakang luar rumah terjumpa kuali feberet maklang tu...mmg sah mereka nak bawak lari tapi tak dan. mungkin sebab kawan2 maklang dah sampai...


ngeri betul Ya Allah lindungilah kami!

seharian semalam maklang tak buat kerja dan malam tidur macam tak best je...awal lagi kami dah alarm rumah...Ya Allah lindungilah kami dan harta benda kami....

Doakan kami!

Thursday, January 8, 2015

Tortila Tower Inferno...



Assalamualaikum


Alhamdulillah berjumpa lagi kita...updet blog sambil tengok Forum Perdana. Best malam ni pasal selfie - Ustadz Badlishah, Ustadz Kazim dan Ustadz Elyas


Kepala macam weng malam ni. Leher tak brapa selesa . Agaknya sebab tunduk menjahit. Alhamdulillah sudah selesai . Memanik acara minggu depan InsyaAllah.

Min tak de kerja.. Dia susun atas katil dan kira ada berapa yg maklong buat..:)


Pagi tadi maklang tak ada idea nak buat apa. So buatlah tortilla gulung. Inti ayam letak lada itam, oregano dan garam. Goreng atas pan kejap. Pastu panaskan tortilla tu. letakkan tomato, kobis yg dihiris, timun hiris dan carrot yg disagat.  Alhamdulillah...payah nak makan kalau glung gitu je, so , maklang masukkan dalam plastik dan celotapekan...hehe.. Maklang panggil tortilla Towering inferno.


Letak dalam mug.. Sebab seal sebelah je:)

Tengahari maklang buat mee kari. Tapi tercair. Tu pakai 2 paket kecik kari. sepeket RM1.oo Mahal betul. Biasa pakai peket besar...and kalau maklang buat mee kari mmg pekatlaa...Lepas lunch, modifylaaa...pekatkan, tambah santan dan sebagainya...tp bila tiba malam, tak dan pulak nak makan. Mee nya abisss!!


Happy cik abang mengadap mee kari

Kejap lagi nak kemas bilik  yang serabut...Cuti nak abis dah..Rumah sudah panggil balik..Harap2 cuaca elok bila kami balik nnt. InsyaAllah..:)


Terimakasih singgah sini:)