Tuesday, July 14, 2009

Cerita wiken

Assalamualaikum...

Terasa nak updet pulak ari ni. Mata ni rasa cam dah separuh lelap. Ingat nak urut badan dengan Cik Yah pun tak jadi. Baru aje call Kak Yah nak kensel sebab dah ngantuk sangat. Penat buat apa tak tahu. Kat ofis tak busy langsung dengan perojek office. Ramai yang idling. Maklang sibuk dengan kerja sendiri.

Tengahari tadi selain ada ayam masak lemak cili api yang maklang masak pagi tadi b4 ke pejabat,
ada jugak gulai ikan kering berterung dari celeb kita. Thank you kak..mak and abah really enjoyed the lauk..sedaaaap...



Tadi petang kami ada durian feast. Lupa nak bawak camera. Nanti bila dah ada kat Folder office boleh maklang copy paste kat sini. Sebab banyak durian tak abis, maklang bawak balik sikit. Ada kot 3-4 biji. Hajat hati nak buat gulai tempoyak. So, balik ofis tadi kami singgah kat pasar malam beli daun kunyit dan serai, ternampak pulak petai, beli 3 papan. Sampai aje rumah, maklang terus aje mayang segala bahan nak masukkan dalam gulai, sambil ditolong oleh bibik. Bahan2 lain ambik kat pokok belakang rumah. He..he...baru aje abang kata sedap. Hilang sikit penat buat gulai tu..Alhamdulillah. Abang memang suka gulai tempoyak ni. Maklang suka buat aje...ada kureng sikit gulai2 tempoyak ni sebab dia kaw sangat. Sikit2 bolehlaa...( mak Ngah nak tak???)


Seperiuk besar maklang buat gulai ni. Besok, InsyaAllah boleh bawak ke ofis. Kawan2 memang suka gulai tempoyak ni...

Oklah ni nak cerita pasal wiken lepas je...Cerita bergambar lagi...


Alhamdulillah maklang dah siapkan sehelai apron ni. Ada selai lagi nak kena jait. Bila dah selesai jait yang ini barulah tuan punya kata nak se lagi...
Lepas tu, bila Abang balik dari pasar, kami cuba buat ikan masak asam bakar. Teringat masa makan kat jeti tempohari. Along yang tumis rempah. Kena practice masak ni...He..he...berhasil. Cuma mungkin ikan tu tak berapa sesuai untuk bakar sebab isi tebal sangat and rempah tak masuk dalam.
Kami jugak buat kangkung celur berkuah daging. Sedap. Anak2 makan daging aje...Sampai dua kali lah gorenglaa...


Malam pulak ada makan kat Awana Kijal. Malam amal dianjurkan oleh PIBG sekolah Along untuk nak mengutip dana..
sedap2 makanan dia cuma kurang cukup aje...Abang saje je 2-3 kali tanya kalau ada tambah lagi tak makanan yang dihidangkan. Gelihati tengokkan dia.

Ini persembahan kuda kepang. Memang bagus persembahan oleh pelajar2 ni. Professional sangat nampaknya..Rasanya dapat johan peringkat negeri kot. Ke peringkat kebangsaan , maklang tak ingat laa...

Hari Sabtu pulak ada kelas RE lagi. Memang mereka ber3 ni bersemangat betul!
Sekian buat kali ini...gambar2 umrah tak upload lagi. Nantilah bila rasa nak upload. Tak jumpa lagi gambar kat dalam AlHaram berlatar belakangkan Kaabah. Ada kat laptop abah yang lama yang dah beri kat Along tu.

Hari ini Along tengah seronok tu sebab dapat hadiah besdey dia. Benda yang dia dok idam2kan tu, akhirnya tiba tengahari tadi. Bila nampak aje...terlompat3 sampai bergegar rumah. Hadiah cepat dapat..besday nanti hari Senin. Harap anak mak boleh lah belajar rajin2 lagi eh...mak dan abah doakan anak sulong kesayangan kami ni berjaya dunia dan akhirat...Amin...

Salam persahabatan Dari...

f
Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, July 12, 2009

Umrah dan Ziarah 2009 Part 8 - Ziarah keliling kota Makkah

Assalamualaikum...


Sekejap aje dah Ahad semula. Dah kerja lah semula hari ini.

Semalam dan Jumaat memang maklang tak dapat nak rehat. Biasalah, kalau Jumaat sibuk kat dapur. Tapi pagi tu dapat jugak menjahit apron yang dipesan. Harap tuan punya suka. Masih ada satu lagi nak dijahit. Bersama dengan alas meja sekali. InsyaAllah kena disiapkan by this week. Hmmm... Tudung Along pun tak bergunting lagi...masih dalam beg kedai tu lagi.

Hari Sabtu pulak, biasalah dengan kelas RE. Penat betul. Pelajar cuma ada 3 aje, tapi disebab seorang lagi dah nak balik KL, hari Senin, maka kami gagahkan jugak nak buat kelas semalam. Hmmm...kalau ikutkan memang teramatlah malas sekali memandangkan banyak benda lagi nak buat. Memang kalau kat rumah sekarang, lepas balik kerja, tangan ni dok main reben aje. Dan kalau malam tu cepat betul masa berlalu....


+++++++++

Ok, kita sambung cerita umrah lagi ye...Dah macam nak lupa pulak!


Kami masa di Makkah, di bawa berziarah keliling kota Makkah. Memang biasalah para jemaah yang melawat akan dibawa ke semua tempat ni. Kita layan gambar jelah ye...


Alhamdulillah setelah beberapa kali ke hotel As Safwah yang terletak lebihkurang 50m dari hotel kami, akhirnya pada hari ke3 kami di Makkah dapat jugak kami bertemu Cik Lie. Nek rock yang kenalkan maklang dengan blog Cik Lie, 2 hari sebelum berangkat. Setelah berutus email, maka kami pun berpeluang berjumpa Cik Lie. Alhamdulillah sambal kacang ikan bilis dan rendang tu dapat jugak kami sampaikan pada Cik Lie. Dan terimakaseh kerana sudi nak bawak kami kat suite tu..Dapatlah kami melihat Baitullah dan AlHaram dari atas...Sungguh indah sekali...
Pulang dari tempat Cik Lie, waktu lepas solat zohor, kami ke shopping mall dekat2 Bin Daud tu. Anak2 ( mak mereka sebenarnya! ..he..he..) nak makan nasi beriani...Memang sedap. Tapi agak mahal sebab portion dia sangat lah besar!

Along dan Hakim muak nak makan beriani sebab dah beberapa kali makan, maka mereka pun order steak lah pulak...
Semasa tinggal di Makkah sempat jugak kami ke Telaga Hudaibiah. Air tak ada , tapi tersangatlah dalam nya. Maklang tak turun bas pun sebab teramatlah panas waktu itu..
Ni kat ladang unta...Maya sampai tutup idung sebab 'wangi; sangat! Kami yang duduk dalam bas pun pening bau wangian free tu! Tengok tu idung Along pun kemek semacam! Sempat jugak Abang beli 2 botol susu unta. Katanya boleh mengubat penyakit dalam perut. Hakim togok macam minum susu lembu aje!



Kadang2 pulang dari solat, kami singgah kat tempat jualan bergerak ni. Sebab apa bergerak? Sebab si penjual menjual barang2 yang diangkut dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kebanyakkan nya terdiri dari orang kulit itam, mungkin dari Afrika dan jugak India atau Pakistan. Harga kat sini agak mahal jugak, tapi seronok berbelanja kat sini. Yang kelakar tu, bila mereka nampak aje polis, masing2 akan mula mengangkut barangan mereka dan terus lari laa...kalau tak nanti kena tangkap pulak! Kalau ada jualan macam ni, barulah ada suasana Mekah. Tapi sekarang jualan macam ni dah kurang sangat jika dibanding dengan dulu, disebab kan banyak construction works. Selainnya kami cuma shop kat bawah hotel As Safwah aje sebab sejuk sikit walaupun tak banyak choice. Maklang kalau shopping mesti ada chaperone. Pernah sekali anak2 tak mau ikut sebab dah penat..(.maklang pun nak shopkan untuk Wan aje sebab bila Wan tengok apa yang dibeli, Wan pun nak. Kenalah keluar lagi!), ingatkan nak keluar sorang aje sebab dekat...tapi tak dibenarkan oleh suami tercinta dan akhirnya Abang ikut sekali. Thank you wahai suami tercinta...


Kami juga dibawa menziarahi Museum kat Makkah ni. Macam2 ada..BArang lama termasuk pintu Kaabah, telaga zam2 yang lama dsb. Sebab dah pernah pergi, jadi taklah jakun sangat. Setiap group pelawat cuma dibenarkan masuk dalam ni selama 1/2 jam aje ( dari pintu masuk kepintu keluar) sebab ramai lagi pelawat yg nak tengok!

Replica masjidil haram
In pintu Kaabah.. Kat sini aje dapat bergambar berdua!


Gambar Angah masa hala pulang dari masjid ke hotel kami...


Insyaallah lain masa, maklang letakkan gambar2 dalam masjid yang kami dapat ambil...InsyaAllah...


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Thursday, July 9, 2009

Chop - Chop : Pn N, makan2 dan hadiah

Assalamualaikum..

Lama tak updet. Malas. Plus kerja banyak. Kat rumah dengan projek2 yang kena siap sebab tuan dah bertanya dan kat office dengan projek sendiri2.

Abang dah tanya...lama tak updet? Alahai...malas lah bang.

Macamana pun, maklang mencarik jugak masa sekejap, kalau ada yang sudi nak baca, silakan...


++++++++++++++++++

Petang Ahad, Puan N dan suami tiba dari KT. Kami jamu durian lagi bersama chef terkenal. Chef datang sebab nak hantar buku2 yang Pn. N pesan. Tu tengok tu sibuk betul Chef sign otograph tu..


Malam pulak, kami keluar makan. Kat jeti Kuala Kerteh. Tak pernah makan kat sini sebab sebelum ni orang kata tak sedap. Tapi baru2 ni Abang kata ada orang beritau dia sedap. So, kami cubalah.
Ini ikan bakar dengan sambal. Sedap memang sedap. Rasa sambal dia macam masak asam lada itam. Licin 2 ekor ikan siakap ni.
Ketam sweer sour. Sedap jugak. Isi ketam agak tebal.
Kailan goreng
Telur dadar. Ada jugak sotong goreng tepung dan juga kangkung goreng belacan. Semuanya sedap2 belaka.

Terimakaseh Pn. N dan suami. Laa...terbalik pulak ye...tuan dan puan rumah hajat nak belanja, tapi bila Abang nak pergi bayar, carik2 bill kat towkey tak jumpa. Rupa2nya Mr. N dah bayarkan..Moga murah rezeki...Memang sedap makan kat sini. Lain kali boleh pergi lagi...InsyaAllah




Sedapnya...semuanya dah terhidang!


Licin dah tu....

++++++++++++++

Hari Ahad punya kerja...Ingat tak tahun 2007, maklang ada dapat lucky draw worth of RM5K untuk makeover the house switches? Finally, Ahad lepas mereka datang nak pasangkan semuanya. Lambat bukan sebab apa, sebab maklang yang lambat bagi mereka number of socket outlets and switches to be upgraded. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak. Thank you Scheider! This wiken they will come again to complete the whole installation, InsyaAllah...
Inilah the switches/ socket dah dipasang. Yang puteh tu belum lagi.
Petang Senin, kawan maklang yang baru pulang dari London dan Paris hantar hadiah ni kat rumah. Terimakaseh ibuSara...Harap dah kenyang makan kedondong tu ye..


Ini hadiah dari teman yang pulang ke tanah air. Maaf maklang tak dapat nak attend khenduri tu sebab kita ni kerja ngan orang. Tak boleh nak cabut2 kerja...he..he..
Ini pula hadiah dari seorang teman yang baru balik dari Vietnam. Dia datang ke rumah semalam. Terimakaseh ye ingat kat maklang. Serba serbi pink tu..terimakaseh kerana tau maklang suka pink!. Ari ni maklang berbaju pink sebab nak padankan dengan beg cantek tu. Terimakaseh lagi sekali ye...



Sekian buat kali ini. InsyaAllah ada umor kita sambung lagi cerita Umrah. Doakan kami sekeluarga sejahtera di bawah rahmat Yang Maha Esa sentiasa...Amin..

Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, July 5, 2009

Chop sekejap: Pn N datang dan makan durian lah pulak

Assalamualaikum...



Maklang chop sekejap dari cerita Umrah ye..InsyaAllah tinggal 2-3 aje sirinya. Tengok keadaan. Angin baik, bolehlah bercerita panjang lagi, InsyaAllah...


Last wiken, seperti yang dijangkakan memang lah teramat sibuknya. Kalau dah sibuk tu, tinggallah nak updet blog ni. Tak kuasa!

Kawan sekolah maklang, Puan N, tiba kat Teratak Maklang hampir jam 1:00 tengahari Jumaat. Bila dia call, kata dah nak tiba, apalagi berkejar lah nak bersihkan diri sebab biasalah dok kat dapur, bersihkan ikan, ayam, dan lain2 lagi. Mintak tolong Abang tunggu kat simpang jalan, takut mereka terlepas pulak sebab rumah kami ni terlindung dari jalan besar.

Seronok rasa bila nampak N. Lepas dah wangi, barulah turun. Barulah sedap nak peluk cium. Lama tak jumpa. Maklum sorang kat JB, sorang kat sini. Sekali sekala kami berbual di talipon, kalau tak pun bersms. Kadang2 ada gak kat FB. Walau jauh tapi dekat di hati. Mana tidaknya, dah kawan sejak dari tingkatan 1 lagi. Kalau balik JB dan ada kelapangan, maklang dan keluarga akan singgah kat rumah Puan N. Dekat aje dengan rumah Wan. Last Raya pun N ada datang jumpa kami kat rumah Wan. Masih ingat, kalau jumpa ayah Puan N, pasti ada aje yang nak di sakatnya...he..he...Harap Uncle dan Aunty sentiasa sihat dipelihara Allah hendakNya...Amin..


Biasalah kan, kalau ada yang datang, kami mesti nak masak2 punya. Puan N ni memang pandai masak. Kalau compare ngan maklang yang hentam2 ni, memang jauhlah. Berniaga frozen food memang dah lama disamping kerja harian dia. Kita masak ajelah apa yang terasa boleh pass! He..he.. Pagi tu kelam kabut. Biasalah pagi Jumaat. Abang ke pasar beli bahan. Maklang tinggal kat rumah mengemas serba sedikit serta nak masak. Masa Puan N tiba, dapur macam tongkang pecah. Tu pun nasib baik masa Abang ke pasar, maklang sempat jugak buat sambal udang. Selesai satu perkara. Balik pasar, Abang mintak pulak gorengkan mee...Alahai sayang ku...Goreng jugak lah mee walau tengah kelamkabut nak siapkan lunch. Biasa2 hari Jumaat memang beli aje kat pasar tani, tapi hari ini ada spesial request pulak....Alhamdulillah dalam kelamkabut siaplah jugak maklang gorengkan mee kuning untuk makan pagi tu.



Seronok tau jumpa kawan sekolah ni. Terbayang kembali kisah2 kami masa dolu2. He..he...Ingat tak N, masa kita kecik2 dulu, kita balik rumah Wan, kita main masak2 masa Raya. Masa tu kami di tingkatan 4. Pulang sekolah, kawan2 datang rumah Wan dan kita masak2. Open house untuk kami rakan2 sekelas! Memang seronok masa tu. Ingat tak masa kita pergi tuition kat rumah Cikgu Hng ( eh ye ke nama dia ni..tak ingat dah) naik bas? Saje je kami bukak cerita depan anak2 supaya mereka tahu yang dolu-dolu hidup kami tak semudah sekarang. Semua buat sendiri. Nak cari cikgu tuition pun kami usaha sendiri. Tak habis lah kalau mengimbau kisah2 dolu2. Seronok...:) :) :)

Tengahari Jumaat, bila Cik Abang2 semua dan bujang maklang dah pulang dari masjid, kami menjamu selera lah. Alhamdulillah sempat jugak maklang siapkan kerabu jantung pisang letak kerang. Hmmm memang feberet Abang ni. Maklang tau ada jugak seorang kakak tersayang tu tertelan air liur Jumaat lepas masa maklang sms dia pasal ni. Tak pe kak, kalau akak ada masa, singgah sini, nanti ada rezeki, maklang buatkan. Alhamdulillah, Mr. N pun nampaknya minat dengan kerabu ni. Memang jarang jumpa ni. Mana taknya, resepi turun dari arwah MIL. Syukur MIL turunkan jugak makanan kesukaan anak dia kat maklang! Al Fatihah buat Mak.


Ikan kembung fresh, dari pasar, bersihkan ..dan terus di panggang..makan dengan bawang, cili api, kicap cap kipas udang serta perahan limau...hmmmm...terangkat!
Kerabu jantung pisang. Walau pun agak leceh nak buat dia sebab banyak nya bahan, InsyaAllah maklang akan tetap membuatnya sebab ianya kegemaran Abang dan jugak Along.
Sambal udang manis2 sikit. Memang kalau buat sambal udang ni Abang suka kalau manis2 sikit.
.Lala goreng oyster sauce. Maya dan Hakim suka.
.Kerang ni pun sedap Kak Ngah...he..he..
Sebab dah lama teringin nak makan hati lembu goreng rempah, maklang buatkan untuk sendiri walau orang lain tak suka. Buat 1/3 kg je, Angah makan rempahnya aje...Sedap kata dia...he..he...



Sedang kami seronok menjamu selera, ada pulak yang bagi salam. Ingatkan sape tadi. Rupanya orang datang hantar rezeki. Pak Azam hantar 4-5 bj durian D10 berapa entah. Memang setiap tahun bila musim deroyan memang Pak Azam akan hantar durian. Kalau dah rezeki, memang akan adalah ye...(Hari Khamis sebelum tu, department maklang ada kutip duit untuk nak beli durian. Sebab maklang puasa, mereka bekalkan untuk maklang 1 biji lebih sikit. Sedap durian tu. Masa Abang beli 2-3 kali sebelum ni seme tak berapa sedap. Apalagi, maklang pun tempah dengan kawan tu...Tapi Allah tu mendengar, dia kirimkan orang pulak kasi durian free...Alhamdulillah...)

Petang tu, kami call lagi Pak Azam, mintak nak beli lagi durian. Mana cukup kalau 5 biji untuk semua. Pulak semuanya suka durian. Sekali gus bawak Pn N dan suami jalan2 tengok country side kat Kerteh ni..He..he...Kami ke Semayoh kat kebun durian Pak Azam. Anak2 kami tak bawak sebab ingatkan nak ambik durian, then pusing kat MM, and balik terus ke rumah dan makan sama anak2. Tapi lain pulak jadinya. Pak Azam insisted kami makan kat dusun dia. Hmmm...Mula2 dia bukak 1, then 2. Kami kata cukup lah Pak Azam...Last2 sampai dekat 5 biji terkorban dek kesedapannya. Maklumlah fresh! Maggis yang dipetik dari pokok pun ada.( Pn. N siap kata...Eh...you ingat tak dolu2 I ikut your family makan durian kat dusun kat johor tu...mana boleh lupa...tu semua kenangan manis kita kan...he..he..). Tak sangka jadi satu acara pulak bagi Puan N, makan durian kat Kerteh ni..he..he..Rezeki..rezeki..Syukur Alhamdulillah.



Geramnya tengok durian melayut2 kat dusun tu. Kena hati2 takutlah ianya gugur atas kepala...masuk sepital lah pulak kang!
Apa yang Abang tunjuk tu...? Durian laa...
Ini langsat belum masak...
Sedap ni.... Tengok durian... geram...
Makan bang..jangan tak makan....
Sodapppp....tu...
Puan N dan suami..
Licin biji durian...tu...katanya boleh dimakn. Potong kecik dan rebus macam biji nangka..
Penuh semangat Abang tolong buka kan durian tu. Orang kata kalau susah nak buka memang sedap isi durian tu...Yang in memang paling sedap kami makan...
Selambak manggis dan durian
Ni manggis fresh, baru petik dari pokok. Maklang memang suka manggis tapi Abang langsung tak suka!
Cheeeeh...Puan N...ada gaya la...he..he..
Dah selamat kami bedal durian tu, kami minum air dari pangsa durian. Wan kata, supaya badan tak panas. ALhamdulillah, malam tu, tido tak ada lah panas badan ...
Dah kenyang, kami hangkut lagi durian bawak balik..



Malam tu, selesai solat maghrib, Abang melayan pulak anak2 makan durian. Maklang tak pandai nak bukak kulit tu...he..he..Ngeri ngan duri tu...


Kat anjung rumah..

Malam pulak, kawan sekelas kami, Puan H datang. Agak lewat sebab ada pulak tetamu kat rumah dia. At last, hampir jam 10:30, Puan H tiba dengan Ustadzah Ngah ( beliau yang mengajar kami sebelum ke umrah hari tu..). Seronoknya..Allah kasi nikmat untuk kami bertiga berkumpul. Kan ke best kalau yang lain2 dapat berkumpul bersama. Kalian memang kami rindui....

Apalagi bila dah ketemu, cerita tak habis berkisar tentang umrah laa...Ustadzah memang membawa jemaah ke umrah. Maklang pun sebenarnya putus hubungan dengan Puan H. Tau2 kami bertemu kembali masa kursus haji tahun 2003 dan sejak itu kami berhubung kembali. Alhamdulillah...


Mesti posing jugak dengan durian tu...he..he...


Sempat maklang buat cream caramel pagi tu. Along mintak tolong buatkan sebab masa buatkan untuk office masa hari Rabu tu, tak tinggal sikit pun untuk dia. Takkanlah nak hantar kat office bekas yang dah kena korek!



Pagi semalam, kami bawa Puan N dan suami ke pasar tani. Kat sini, hari Sabtu pagi ada jugak pasar tani. Ingatkan sebesar hari Jumaat ( hari Sabtu baru aje buat sejak last week), tapi sungguh mengecewakan. Sikit sangat2. Kami beli lah serba sedikit ikan2 fresh. Puan N pun nak bawak balik Johor dan maklang pun belikan untuk Wan dan Atok kat JB. Then kami ke pasar Paka. Beli lagi ikan dan bila balik kami lalu jalan pantai, dan nampak pulak ikan fresh. Beli lagi. Bila balik masing2 terperanjat tengok hasil tangkapan yang teramat lah banyak nya...

Sempat bergambar kat tepi sungai kat sangkar ikan..


Just before makan tengahari, Puan N bertolak ke KT pulak. InsyaAllah petang ni akan singgah bermalam di rumah maklang lagi sebelum meneruskan perjalanan pulang melalui KL pula sebelum ke JB.


Seronok bertemu kawan2 lama ni. Moga tali persahabatan kita berpanjangan...Amin....Amin...Amin...:) :) :)


BTW, kalau ada sesiapa nak service rumah, nak cuci, kemas etc..kita dah ada tempat nak mintak servis tu..sila layari blog ini...


http://partimefitrahcleaningservice.blogspot.com/

Moga2 beliau akan berjaya dengan usaha ini...Amin...


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Wednesday, July 1, 2009

Umrah dan Ziarah 2009 Part 7 - Tawaf dan Saei di Makkah

Assalamualaikum...


Kita cerita hal semasa dulu eh..sebelum kita pergi kecerita kat Mekah eh..


He..he...Seronok sejak dari semalam...Maklang dapat hadiah yang tak disangka2.

Mula2 kat pejabat Kak Bonda kasi hadiah. Dia kata anak dia kasi. Anak dia kata ni untuk maklang sebab maklang suka benda ni. Terimakaseh Aishah ( Aishah balik cuti dari belajar kat France)...Terimakaseh kasi benda2 yang Aunty suka. Beg tu memang aunty suka sangat. Dua lah dah campur yang Aishah kasi last year. Fridge magnets tu pun aunty suka sangat. Tak ilang senyum kat bibir. Moga rezeki Aishah murah sebab bagi hadiah2 ni...he..he..:)



Lepas tu hari ni lagi best. Sebab apa....hari ini dapat 2 hadiah. Satu tengahari tadi dan satu baru sat ni.

Lepas keluar dari meeting pagi tadi, tengok2 ada sekotak bungkusan. Baru sampai dari City Link. Tengok2 dari Mak Teh & Pak Teh . Banyak nya lah pulak. Terimakasehlah banyak2. Kita suka..suka...dan suka...Thank you so much. Kita suka seme tu...he..he..



Lepas tu, petang tadi, lepas balik opis, lepas makan mee rebus ngan Abang tadi ( maklang masak kuah petang semalam ikut resepi arwah MIL - Abang suka sangat mee rebus. Bila masak mee rebus ni FIL memang suka sangat), maklang mandi mandalaa...Baru aje nak pegang jarum RE, tak aleh2 masuk call...


Assalamualaikum...Akak dah kat luar...suara celeb kita kedengaran kat corong talipon...Laa...celeb tak cakap nak datang. Kalau tau maklang siap bentang carpet merah kat luar tadi. Berkejaran maklang keluar nak sambut Kak Liza.

Ingatkan Kak Liza datang nak hantarkan apron yang dia mintak tolong jahit tu, rupanya Kak Liza ku sayang bawak se tupperware besar somtam. Kegemaran Abang lah tu...Terimakaseh kakak ku sayang. Dan tak sangka betul maklang, Kak Liza hadiahkan maklang seset buku masakan dia yang best2 tu. Baru aje Maya cerita semalam ..bestnya buku tu...baru ingat nak order, tapi Kak Liza dah bawakkan dan hadiahkan seset. Syukur Alhamdulillah...Tak sempat Kak Liza balik, Abang dah makan sepinggan SomTam sedap celeb kita ni...he..he...


Ni celeb kita...Tahniah kak...kami tumpang suka...


SomTam sedaaaaappppp sangat..


Thank you kak...lepas ni pasti maklang kena dera dengan anak2 kena masak lauk2 sedap kat buku ni kak..takut tak jadi sedap cam tu je... ( kalau ada sesiapa nak order buku ni boleh maklang tolong bookkan..kot2 lah tak ada kat kedai sebab dah sold out semenya...:)



++++++++++++


Ok now kita cerita pasal Mekah ye...


Hari2 kami kat Mekah memang kami enjoy sangat. Hari pertama lepas sampai dan lepas solat Subuh tu, semuanya tergolek sebab penat dari melakukan tawaf dan Saei. Memang lah penat tau. Anak2 yang muda pun penat apalagi kita yang dah berumor ni. Total jarak buat saei aje dah 3km lebih tak silap, campur pulak dengan tawaf. Tawaf depends lak pulak. Kalau kita dapat tawaf dekat dengan Kaabah, cepatlah siap dan dekat lah sikit. Tapi kalau dekat2 dengan Kaabah tempat tu agak sesak sebab ramai orang sangat. Semuanya berpusu2 nak buat kat situ sebab dekat. Tapi maklang memang tawaf jauh dari Kaabah sebab maklang pegang tangan Maya dan Along dok ikut belakang. Tak berani kalau jauh dari Along. Walaupun Along dah besar, risau kalau dia tersesat jauh2. Tapi Alhamdulillah senang lah malam tu kami buat tawaf tu. Satu hal kalau buat tawaf ni, kena kira betul2. Ustadz kata tak boleh main2 . Kalau kita tak pasti 6 ke 7, baik kita buat sekali lagi.

Aurat memang kena jaga. Tapi kalau bersentuhan lelaki dengan perempuan, yang menyentuh tu batal, tapi yang kena sentuh tu tak batal. Ni kira darurat lah ni. Ustadz kata, kita angkat air wuduk tu, kita ikut mazhab kita lah. Susah kalau ikut mazhab lain. Nanti silap angkat wuduk, tak sah pulak tawaf. Tak sah tawaf, semua urusan umrah selepas tawaf tak sah...parah tu...Sebenarnya maklang before nak mulakan tawaf tu risau betul. Siap solat hajat dulu mintak dimudahkan. Rasanya siapa2 pun akan buat dengan penuh hati2. Alhamdulillah, senang jugak lah urusan tawaf kami. Maklang kira dengan melipat jari Maya sebab maklang pimpin dia. Setengah orang menggunakan tasbih 7 tu. Setengah orang akan menggunakan buku yang gantung kat leher tu. Satu kali pusing ada satu doa. So, senang jugaklah nak ingat. Maklang cuna bertasbih, bertahlil dan bertahmid aje. Kadang2 baca ayat2 lazim. Tidak mengapa kalau tak baca semua doa2 tu sebab masa buat umrah ni, perbuatan yang lebih penting. Tak ada satu doa pun yang wajib, semuanya sunat belaka.

Begitu juga dengan saie. Tidak ada satu doa pun yang wajib. Semuanya sunat aje. Tapi kalau masa saei ni, kita tak perlu berada dalam keadaan berwuduk. Kalau pakaian kita ada najis pun tidak mengapa, tapi seelok2nya, bersihlahkan. Ustadzah pesan, kalau masa bersaei pun jangan ada niat nak kejar. Kalau ada niat macam tu, batal saei tu. Satu lagi, kalau kita berniat nak minum air kat tempat A dan tong air zam2 tu kat B, maka lepas minum tu, kita kena patah balik kat A , dan jalan lagi. Boleh kalau kita nak berenti sekerat jalan, misalnya kalau dah buat 5 kali then nak berenti, boleh, nanti lepas dah ok nanti baru sambung. Tapi masalah nya, selagi tak selesai saei dan bertahlul, makanya kita masih dalam ihram. Dan kalau kita dalam ihram, maka kita masih tak terlepas dari pantang larang yang 13. Dan bila dalam ihram ni, bila kita lakukan yang 13 pantang larang tu kita akan kena dam. Dam berupa secupak beras mula2nya, then jadik seekor kambing. Kalau ada lagi pantang larang yang berat2 kita lakukan then kena seekor unta ( maklang tak leh nak cerita semua...ni kena refer bukulah kan...).

Lepas selesai 7 pusingan saei, then kita bertahlul ( bergunting). Ustadzah pesan, jangan digunting rambut orang lain melainkan kita sudah menggunting rambut sendiri. Maklang tak pasti kenapa..lupa dah. Nanti nak kena cek semula dengan dia.

Bagi kami senang. Wan dah bertahlul dulu, jadinya Wan menunggu di bukit Marwah untuk nak gunting rambut kami.



tengok tu...ramai betul orang kat dataran masjid. waktu ini lepas solat Isyak..ada yang dah mula macam nak berpicnic. Malam taklah panas sangat. Yang menyejukkan sebab ada angin. Angin memang agak kuat, payung yang kami dapat tu memang patah2 dibuatnya...
Selepas solat Isyak. Malam2 terakhir di Mekah. Barulah kami dapat bersama2 bergambar...

Barulah dapat gambar berdua...Kalau tak Akim mesti ada nak ambik gambar sekali...Waaa...Along bergaya dengan spec itam...bukannya apa...silaunya kuat sangat. Ini waktu lepas solat zohor
Angah pulak...Mata dia tahan ..tak payah pakai spec, tak payah pakai payung...Alhamdulillah anak2 semua sihat2 di sana. Maklang dan Paklang, Atok dan Wan seta Wan Pari semuanya sihat...Syukur atas rahmat Allah...


Sekian buat kali ini...InsyaAllah maklang sambung lagi..Mungkin lambat sikit sebab InsyaAllah wiken ni ada tetamu lagi kat rumah kami ( dia baru aje konfem semalam)..Alhamdulillah...


Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...p

Tuesday, June 30, 2009

Umrah dan Ziarah 2009 Part 6 - Intermission - Silatulrahim terjalin lagi...

Assalamualaikum...

Hari ini, kita pesong cerita - keluar berehat dari cerita umrah ye...tapi masih berkaitan..


Seronoknya rasa semalam. Sampai hari ini rasa seronok tu masih berbunga kat dalam hati. Tersenyum sendiri bila berbicara dengan Abang..he..he...

As usual kalau kat office taklah banyak kerja sangat. Tapi semalam ada pulak nak kena cek some documents dan buat hazardous area classification. Lama tak buat dah benda ni. Hmmm..kena ulang kaji cari standards untuk nak sesuaikan dengan apa yang kita nak buat. Alhamdulillah dah selesai, hari ini Shah akan siapkan drawing. Selain dari itu tak ada apa...Maklang akab habiskan masa kat office dengan membaca aje, InsyaAllah.....


++++++++


Letih semalam. Maklang, Along dan Angah puasa. Dok terfikir kenapa rasanya letih sangat. Lama2 baru teringat, petang semalam tu, kami cuma makan thosei aje! patut pun letih sangat. Tengahari ingat tak mau balik sebab Abang pun ada lunch dengan client. Dan sebab semalam Hakim tak ada yang nak ambil dari tabilas ( kawan2 maklang, anak mereka cuti sendiri, dan Abang ada meeting), maka maklang memandu sendiri ke ofis. Sedang maklang nak keluar dari ofis nak ambil Hakim, maklang dapat message dari kawan...kak ..jangan lupa ambil Hakim tau...takut akak terlupa. Terimakaseh As...ingat kan akak...:)

Maka, tengahari tu bila dah janji tak balik, maklang pun hangkut buku cerita dan jahitan ke bilik sembahyang. Ingat nak beradu kejap sementara nak tunggu masuk waktu. Elok je mata nak terlelap, masuk lagi satu call...jom kita balik...sape lagi kalau bukan darling I. Dah dia ajak balik, maklang pun kemas2kan sikit tudung dan keluar lah dari bilik solat tu...dapatlah rehat2 kat rumah sat...

Pulang pejabat, Abang ambil Maya. Mereka beli durian. Bila maklang sampai, mereka dah siap2 nak makan durian kat anjung rumah. Letak beg, baring2 kat day bed kat anjung tu kejap sambil bual2. Penat sangat rasa. Langsung maklang naik ke atas, mandi , naik atas katil kononnya nak sambung baca novel. Jam 6:30pm dapat call lagi. Assalamualaikum...kata perempuan itu. Apakabar? ..Baik..jawab maklang...Siapa ni? ( memang tak cam betul suara ni, tapi macam kenal). Ni cikgu ni....Alah makcik yang pergi umrah sekali tu....Oh...oh...( seronoknya rasa!)...Makcik kat mana?..Makcik kat Kemaman ni...Lan kan ada pembukaan kedai kereta baru tu....Oh...hari ni ke? ...Ye....kata makcik....Seronoknya masa tu Allah aje yang tahu. Sebenarnya maklang dok tercari2 dan tertunggu panggilan dari mereka. Sebab masa kat airport hari tu, anak menantu makcik, Diah, memang kata dia akan sms no. dia pada maklang sebab masa tu hp maklang kong. Tunggu tak ada yang tiba. Masa call kak Leha kat KL aritu, tak tertanya pulak.


Jom lah singgah makcik...( makcik nak balik KT dan Kerteh memang laluan dia). Lepas dah cakap2 ngan Diah bagi direction, maka makcik dan suami dan Diah dan Lan (suami Diah) pun sampailah kat Teratak kami jam 8 lebih...

Seronoknya rasa..Rasanya keseronokan membuat umrah itu tidak sahaja berhenti disitu....ianya berlarutan sehingga hari ini. Rahmat Allah kita tak tahu kan..Kalau kita ingat dan sentiasa berdoa pada dia..InsyaAllah dia akan pelihara kita dibawah perlindunganNya...Amin..

Sempat jugak maklang prepare sedikit juadah untuk mereka. Mee goreng dan cream caramel. Menggigil jugaklah nak masak sebab takut tak sempat siap sebelum tetamu tiba. Nasib baik sempat walau coklat cream caramel tu tak dingin, tapi Lan siap mintak resepi lagi...he..he..Syukur diberi Allah...Tetamu kami...menyambung silatulrahim yang baru aje terjalin semasa berziarah dan umrah...rindu kami terubat lagi...Moga2 kami diberi peluang untuk melawat keluarga makcik di KT pula tidak lama lagi...





ni gambar keluarga Diah kat rumah kami..malam tadi...terimakaseh kerana sudi singgah..:)

Ini keluarga cikgu Diah...
Kat Tannaim
Di Tannaim
Lepas buat umrah - Hakim dah bercukur.. Kata ustadzah lepas siap saie kena terus bercukur, kalau kita terus cukur dosa yang gugur tu sebanyak rambut yang dicukur. Kalau kita bergunting katalah 10 helai dulu, then cukur, kira nya dosa yang gugur tu cuma yang 10 aje laa..wallahua'lam...
Abah pulak..sama seperti di atas..
Pulang dari solat zohor tak silap...Kepala semua kena tutup sebab matahari terlalu panas....Tak bawak payung lah tu...
Gambar di ambil dari hotel Al safwah. Ni masa jumpa Cik lie.
Lagi pemandangan dari atas...seronoknya...Selepas zohor kelihatan kurang orang bertawaf sebab terlalu panas!
Ini selalu terjadi semasa menunggu waktu Isyak. Ngantuk betul time ni...Biasalah kalau nak tunggu Isyak..Maya selalu tidur dulu...kadang kesian tengok dia. Maklang pun kadang sampai terlelap sambil pegang apa yang ada ditangan. Bukan kami aje...ramai yang begitu...

InsyaAllah, lepas ini maklang cerita lagi pasal ziarah kat Mekah pulak ye...take care!:)



Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...

Sunday, June 28, 2009

Umrah dan Ziarah 2009 Part 5 - Makkah

Assalamualaikum...


Shukur Alhamdulillah...dah selesai hari Ahad! Last wiken maklang tak sibuk mana pun. Banyak berehat aje. Seronok pulak! Lama dah tak enjoy wiken2 ni. Kelas pun belum mula lagi, so memang berehat ajelaa...Kalau dah mula kelas memang lah tak ada masa lagi nak berehat. Kena banyak buat preparation. Tapi sebenarnya sibuk jugak laa...Alhamdulillah siap dah Yasin dan pouches yang ditempah oleh kawan. Dia datang ambik petang semalam tapi tak sempat dah nak masuk makan korma dan minum air sebab datang singgah dalam perjalanan nak ke KT. Ada urusan sekolah katanya...Alhamdulillah selang beberapa minit dia pergi, maklang terima message dari dia kata dia berpuas hati dengan barangan yang ditempah. Shukur lagi pada Allah. Next month ada lagi tempahan yang dia mahu dan mahu tambah lagi, mungkin. Alhamdulillah..rezeki semua dari Allah kan...

Hari Jumaat kami semua duduk rumah aje, cuma petang Jumaat kami ke kedai nak cari tudung sekolah Along. Masih tersadai dalam bilik jahit tak berjahit lagi. Semuanya kerana kemalasan nak menggunting kain datang lagi...he..he...Tapi InsyaAllah akan maklang usahakan jugak untuk disiapkan by this week.

++++++++++


Kita sambung semula cerita kat Mekah, kalau masih ada yang berminat..( lamanya nak abis...)

Kami tiba kat Mekah waktu malam. Hampir jam 10 tak silap. Seronok nya rasa bila ternampak menara2 Masjidil Haram...Akhirnya...akhirnya kami tiba jua di bumi suci ini. Seronok dan melompat2 rasanya hati ini. Tak sabar nak melihat Kaabah. Tak sabar nak menjejakkan kaki kat Masjid. Oh..rindu itu hampir terubat...Amin...Amin...Kami datang menyambut seruan Mu, Ya Allah...Terimakaseh kerana mengundangi kami hamba Mu yang serba kekurangan ini...Amin..Amin...Tak habis kami mengucapkan kesyukuran. Anak2 sungguh teruja apabila tiba kat tahah suci Makkah.

Bila bas tiba kat perkarangan hotel yang terletak cuma 50m dari kawasan masjid, kami pun naik ke atas untuk makan malam. Ustadz dah beritahu bahawa lebihkurang kam 11:30 kami akan dibawak mutawwif untuk mengerjakan umrah. Selesai makan, kami ke bilik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib/ isyak. Alhamdulillah setelah selesai, kami turun dan kami ramai2 bersama dengan para Jemaah lain terus aje ke masjid untuk mengerjakan tawaf umrah.

Maklang bersyukur tatkala dapat masuk Masjidilharam. Memang setiap kali masuk, pasti menusuk kejiwa tatkala melihat kelibat Kaabah. Alhamdulillah doa maklang untuk menunaikan umrah terkabul. Amin...

Malam tu, maklang menunaikan umrah dengan berpimpin dengan Maya. Along pulak ikut belakang Maya dan Angah mengikut Wan Pari. Kami bergerak berasingan. Wan, atok sendiri2. Abang bertawaf dengan Hakim. Ustadzah dah pesan, kalau buat tawaf jangan ada niat nak kejar. Ikut pace sendiri aje. Kalau niat nak kejar orang , misalnya nampak mak ke abah ke, jangna kata..oh abah, jom kita kejar dia..maka tak sah tawaf kita. So, kami tawaf aje keliling tanpa memperdulikan kat mana masing2 ada. Orang tak berapa ramai memandang dah agak lewat. Alhamdulillah lebihkurang 45mins selesailah tawaf kami. Selesai tawaf kami melakukan solat sunat tawaf.

Dari situ kami bergerak ke tempat Saie. Sekarang tempat Saie dah berubah betul. Kalau dulu, jalan Safa ke Marwah tu ada 2 laluan pergi balik, sekarang ni kawasan pergi balik tu dah jadi satu arah aje. Ada satu lagi penambahan lorong sebesar laluan pergi balik untuk jalan dari Safa ke Marwah. Penatnya rasa malam tu, tapi Alhamdulilah dapat jugak diselesaikan. Maklang dan Maya ambik masa jugak berehat ketika Saei yang ke4, 5, 6 dan7. Alhamdulillah ada juga kerusi kat bukit Safa tu. So, tiap kali sampai situ, maklang duduklah lebihkurang 5 min untuk nak melepaskan penat lelah. Sambil2 tu sempat juga menogok air zam2 yang kami bawa. At last, semua nya selesai hampir jam 3. Wan menggunting rambut kami kat situ dan Alhamdulillah selesai lah umrah kami dan terlepaslah kami dari pantang larang yang 13 tersebut. Pulang dari Masjid hampir jam 3, mandi kejap dan dapatlah rehat sebelum ke masjid semula lebihkurang sejam selepas tu untuk solat Subuh pulak...


Nanti sambung lagi ye...gambar tak sempat nak upload lagi...




Salam persahabatan Dari...


Terimakaseh Kerana Mengunjungi TERATAK MAKLANG...Jemput Datang Lagi...