Sunday, April 26, 2020

Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)

Assalamualaikum

‎الحمدالله Allah panjangkan umur kita utk sama2 meraikan Ramadhan bersama2. Ketika ini maklang sedang merehatkan badan.. badan macam bisa2 je. Agaknya terlalu penat menjahit. Meniaga beg grocery handmade pulak. Jual rm29 je tak masuk pos. Kalau berminat bolehlah komen nnt maklang respond ان شاء الله








Itulah banyak sangat menjahit. Dok kat mesin. Tp semalam siap dalamm 5 bijik je kot. Lepas tu melayan pulak riben. Besar kali ini sulamannya.. tertunduk2 sampai sakit pinggang! 

Maklang guna pemegang ram barulah lega sikit.


Dah 2 hari tugas dapur maklang serahkan pada anak2. 1st day maya masak. Bolehlaaa hehe. Oyster sos tak ada, jadi chicken cashew nutless was not as usual rasanya. Dan kangkung tu sah lembik tp sayang nak buang, goreng blacan letakkan sotong sikit. ‎الحمدالله 

Kangkong belacan with sotong


Bubur lambok dari sya


Kueh lipat tu sedap sangat! Meronda tukang jual. ‎الحمدالله ada rezki sikit share2 ngan kawan2 dan minta tukang jual hantarkan sambil tu promote kueh dia jugak. ‎الحمدالله ramai yg kata sedap and minta phone no dia..  kueh cara ju bagi . ‎الحمدالله rezki ramdhon.


Chicken cashew nutless

Malam ke2 terawih selesai hanpir 10:30pm. Paklang pening kepala lepas solat maghrib terus tido. Nak kejut awal kesian. So sementara tu kami baca yasin dan quran dulu. Bila dekat 9:30 baru kejut. Baru nampak dia lega. Dok siapkan paper dia yg dah overdue. Gitulah orang lama nak amek phD. Semoga tercapai cita2 nya.

Lepas witir maklang rehat, makan chips .. macam rasa relek semacam. Besok tu baru teringat patutlah relek sangat sebab surat2 harian maklang tak baca langsung malam tu. Malam puasa pertama tu perut yg tak selesa sejak pagi rasa ok dah ‎الحمدالله . Agaknya sebab minum susu lepash terawih malam sebelum nya. Sebu semacam perut! ان شاء الله rajin maklang sambung lagi cerita ramadan ke 2 pulak

Wednesday, January 29, 2020

Permit expired ! Dan kisah ibu tua

Assalamualaikum









‎الحمدالله semalam selesai minta extend permit bibik. Ke Imigresen KT semalam bersama bibik. Sakit pingganglah jugak drive sorang2. Lama tak pegang keretalah katakan. Biasanya abah or anak2 je yg bawak. Mak sama ada menjahit or tido dlm kereta or pegang phone.. hehe

Kena fine rm100. Gara2 sibuk2, tak perasan dah akhir bulan. Permit bibik expired 23.1.2020. Masa bulan 12 ingat lagi, tp fikir masih ada sebulan lebih, tunggu dululah. Itulah.. terlupa langsung. Pagi isnin masa nak breakfast baru abah kata.. permit bibik mati 23.1.. aiyooo!

Dia cuba juga buat on myeg tu, tak lepas sbb date dah abis tempoh. Langsung pagi senin tu change of plans. Mak kena tinggal kat Kerteh kena uruskan hal bibik. Mmg masa dia cakap tu, tinggal nak ganti baju je nak balik Kajang. Mmg terkedu kejap. Within minutes plan berubah. Gelabah sat. Cuma pernah terlintas nak kacau abah, kotlaa dpt pelepasan seminggu dua boleh duduk Kerteh.. haha.. tp tak tercakap sebab nnt sendiri yg rasa sedih kenangkan dia di Kajang tak ada yg uruskan. Datin Maya sibuk nak peksa. Puan Sri Angah pulak dok rumah KL. Tinggallah abah sendiri nak uruskan makan semua camana? Hendak tak hendak turutkan aje perancangan Allah!

Hari ini, ان شاء الله kejap lagi nak bawak bibik buat fomema. Dah nak masuk tahun ke 14 rasanya or 15 dah? Mak pun dah lupa. Tp lepas 10 tahun mmg kena buat fomema tiap tahun. Harapnya semuanya lulus.. Aamiin

Dok kena tinggal kat Kerteh 4-5 hari ni, ingat boleh lah berehat tapi rupanya banyak yg nak kena buat.. semoga Allah permudahkan.. Aamiin

Malam tadi si Sulong dok minta abah dia benarkan mak duduk sini lg 2 minggu. Lama jugak lah bertawar menawar dengan abah.. hahah..

Tapi keputusannya mak memang dah tahu.. hati mak berat jugak nak tinggalkan dia.. tp mak jugak berat nak biarkan Abah sendiri di sana. Selalu macam ni lah.. 😭😭😭. Semoga Allah beri hati yg kuat, tak mudah rasa sedih. Cuma mak harap nnt anak2 juga begitu dengan kami apabila kami sudah tak sekuat sekarang menguruskan diri..

*hati masih teringat peristiwa semalam..semoga Allah permudahkan urusan ibu tersebut. ان شاء الله pasti ada hikmahNya.. Aamiin

Friday, January 24, 2020

Borong barang craft

Assalamualaikum

Apakabar?

Maklang bz seminggu ni..

Buat apa ek?

‎الحمدالله ahad lepas maklang pergi barang2 craft yg ada kawan nak jual. Sangat teruja sampai pklang kata maklang kat cloud 9 memilih barang2 craft. Hehe..  macam mabuk semacam. Kalau ikutkan tamaq tu mmg seme nak amek. Tp fikir jugak.. banyaknyaaaa.. camana lah menghabiskan kain2. Pilih punya pilih, jadi 35 pcs! Mak oii.. semuanya cantek2.. tp tahaaaan. Yg kawan pulak offer, ambik je kak.. sampai maklang kata if baket lari,  maklang nak buat instalment.. dia kata no prob kak.. ameklaa.. dan sangat banyak dia bagi free! Rezki maklang.. penuh kereta! Yang bestnya peg board dan kerangka patung utk test baju tu pun maklang dapat!‎الحمدالله rezki Allah bagi!

Berbag2!



Ghalit memilih


Ni letak je dulu dalam bilik
Jahit






Tu dia penuh!


Ni angah yg susun, dia pun belek2 kain bila sampai rumah sementara maklang pi solat dan terus memasak. Kebulur wei sebab dpt makan kol 3




‎الحمدالله hari senin malam selasa barulah dapat betul2 kemas. Sampai tak sedar dah lewat!



Sambung pulak rabu tengahari


Barulah ada rupa bilik jait


Best dpt peg board tu.. nnt bolehlah gantung3 barang2


Bisalah.. bila bilik dah kemas barulah ada mood nak dok kat mesin jahit. Siap 1 penutup mesin jahit!. Ada lg 2 mesin perlu penutup. Ni pun siap sebab ada RE yg silap kira.. so kita gunakan je laa .. hehe

 Dan akhir runner ni siap utk digunakan. Paksa juga diri semalam gunting dan jahit terus. Sebab meja punya cat terbukak sebab kena mintak buah pala yg panas tu.. langsunglaa sedar diri nak buat alas2 meja!


Rasa mcm lebih cantek kalau tak labuh kot. Tp paklang kata dia suka!

‎الحمدالله 





Friday, January 17, 2020

Bz day

‎الحمدالله dah jumaat. Hari yg memang maklang nantikan

Sebab.. paklang balik keje awal
Angah and Hakim balik rumah utk wiken

Yeay rumah bising sikit. Walaupun along tak ada, tapi best je sebab boleh kompol ramai and facetime dia or video wasap. Kebetulan hari ini dia off keje. Sakit je hati dia bila maklang amek gambar angah dan hakim dan sampai rumah. Rumah Kajang.. haha.. mmg terukndia kena kutuk sebab masa baru kami kat sini, along tak nak datang kajang. Nak gi kl je.. kat kl macam2 ada hahah. Baru2 ni lepas post kt o n g dia tamat, dia dpt cuti 4 hari.. datang rumah kajang.. eh tiba2 jadik suka pulak kat sini. One thing rumah ni sangat selesa bila ada ramai org kat rumah.. ‎الحمدالله rumah yg kami beli lebih 10’tahun lepas sudah dpt kami duduki. 10 tahun beli, nak sewa tak ada yg sudi, nak jual tak ada yg mahu. Allah simpan rumah ni utk keluarga kami sahaja. Terima sahajalah..


Biasa pg2 lepas paklang gi keje Maklang layan pokok2 yg baru nak idup ni. Rumah kalau tak ada pokok mmg tak best .. last week masa di super 7 kat semenyih jumpa aji 1 kg. Terus grab sebab nak bagi pokok makan:)





Layan pokok.. sambil cakap cepatlaa gemok dan besar!

 
 Pokok ni masa beli kecik coet. ‎الحمدالله dah besar laaa sikit .. utk dalam rumah tak belum jumpa yg cantek pasunya


Kehabisan roti.. makan ngan biskut laa


Sekarang Maklang order je ayam dari pasar. Tokey ayam
Sendiri yg hantar. Merasmi sink baruu


Dan sup ayam utk freezekan . Siapkaa 7 packs

Siaplaa 7 pacjs.

Petang tu, ada org drg pasang astro. Then kami pergi makan kat nasi kandar Apollo. I will not go again unless trtoksa.. hehe










Lepas makn nasi kandaq di penang, ini .. hmmm je

Thursday, January 16, 2020

Klas Riben 2020

Assalamualaikum

‎الحمدالله selesai kelas riben arini. Students maklang ni rupanya dah pernah berguru dgn cg lain.
Tp masih nak belajar from basic. Terimakasih kerana sudi berguru dengan maklang!

Masa dia orang sampai, maklang masuh didapur memasak. Belum mandi belum make up hahaha. Cepat2 capai jubah supaya nampak sopan sikit.





Ini hasil klas ke 2 mereka. Excited betul!




Lunch! ‎الحمدالله hidangan biasa2 dari dapur maklang. Pagi tadi sebelum start class makan nasi goreng simple je! ‎الحمدالله seadanya!





Ada tempeh kering goreng dengan ikan bilis


Ini hasil 1 lagi




Ini taugeh goreng ngan tahu dari lombok. Mereka hairan kenap buang ekor
Taugeh


Gigih tuuu

 Ikan parang masak lemak
Kuning


Almost towards the end of the class


Ni dia
Maklang hidangkan buat pelajar!


Free tartar hehe konon

Class end almost at 7pm. Hujan pun sangat lebat tadi. Sejuk sedikit
Bumi Allah

Malam ni tunggu boipreng dok balik2.
Ada dinner farewell
Boss dia.