Saturday, December 24, 2016

Anak balik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.


In sha ALLAH tengahari ni anak sulung saya sampai dari bandung


Last jumpe seminggu masa raya puasa

Kali ini juga seminggu

Doakan dia habis belajar dengan jayanya ان شاء الله bulan Nov atau Oct tahun depan ان شاء الله

Tak sabar rasanya nak anak2 semua berkumpul
Di Malaysia semula..

Heran anak2 skrg tak berapa nak suka kalau belajar kat luar negara.. masa time saya dulu berebut2 dan rasa bestnya belajar di luar negara. Sekarang mereka tak heran pun !

Saturday, December 10, 2016

Balik Jay Bee

Alhamdulillah sampai depan rumah mak @ 12:20am. Maam mmg jadi maam hehe. 2 driver tadi.

Letih sangat kalau jalan jauh.  Bila drebar lelaki maam dok depan sebab bukan duduk sesaja. Kena suap makan mee, kena suap makan keropok, kena serve air kopi untuk drebar. Bila drebar pompuan, baru maam jadi maam.

Bila maam jadi maam, boring2 tengok phone, maam tidurrr sampai ke JB. Perasan ada berenti kejap entah kat mana.

Sampai jb, solat kejap pastu rasa panas, maam bersiramlah dulu. Ni dah siap seme. Maam nak beradu. No kacau2 aaa..

King dah pesan besok nak makan nasi lemak.. kena korek esbok mak ler. Apa ada, kita masak. ( ni baru dia tanya lagi.. )

Tadi masa mak nak simpan hasil tangkapan dari Cukit, mak kata... banyak nyaaaa... eh dah mak pesan kan! Hehehe..

Besok In sha ALLAH acara mencari baju dan kasut sekolah bujang mak.. mak nak beli selipar laaa ( hint3x).. hadiah anniversary kena ada 25 sebab 25 tahun !

Selamat malam!

Friday, December 9, 2016

Pasr cukit

Assalaamu'alaikum

Alhamdulillah jumaat yang barokah tiba lagi..

In sha ALLAH pagi ini nak shopping kat Cukit buat ayahbonda..

Pergi awal2 pesan cik abang. Karang jem sebab hari jumaat.

In sha ALLAH! Drebar cum tukang angkat barang mmg kena ikut.

Banyak nak dibeli.

Mak pesan udang , sotong, ikan dan sayur2 dan buah2an. Mmg harga berbeza dari JB. Terlanjur nak ke JB , In sha ALLAH malam nanti, belilah sekali .


Harap2 dapat yg segar2..


Anyways, jomlah kita berselawat sebelum menjalankan tugas harian..

Kat luar dah mulai hujan lebat. Alhamdulillah ..

Lama dah tak ujan kat sini...

Thursday, December 8, 2016

Paklong Md Zin dah meninggal

Kita merancang Allah yang tentukan..

Semalam cik abe kata.. besok kita keluar jam 7:15pg ye..

Ok saya jawab.

Tadi pagi lepas solat subuh , saya buka hp.. tiba2 terbaca di wall fb sepupu bahawa bapa nya iaitu paklong saya telah kembali ke rahmatullah pada jam 3:30 pg.  Saya pun talipon mak nak beritahu pasal ni. Rupanya anak arwah , abg man, dah pun call abah jam 4:30 pg tadi. Mungkin abah nak siapkan solat semuanya baru nak inform kami.. paklong was 91 yo.

Syukurlah kami dah sempat melawat paklong di hospital Assunta pada hari Jumaat lepas. Entah petang tu adek saya kata dia nak pergi melawat sebab tengok anak arwah post kat fb kata arwah sesak nafas. Mulanya nak pergi sabtu je sebab dah lewat sangat, takut jem , takut tak sempat maghrib pulak. Dalam hati berdoa semoga Allah beri kemudahan. Alhamdulillah setibanya di hospital, alang terus suruh tuju ke musollah. Selesai maghrib baru kami pegi melawat arwah. Masa jumpa tu, arwah sedar tp macam oblivion pada sekelilingnya. Ada tiub oksigen di hidungnya. Kami cuma melihat sahaja sambil sedekah fatihah. Kami doakan semoga semuanya di permudahkan..

Malam tadi saya berbual dengan adek saya pasal condition arwah. Tak sangka pulak dah nak diambil pulang..

Syukur juga saya telah melawat arwah lebihkurang sebulan lepas. Saya facetime kan dengan abah kat jb dan aunty sarah di jakarta. Alhamdulillah dapat jg abah, emak dan aunty lihat keadaan paklong masa tu. Puas abah panggil2 tp arwah masa tu pun dah tak berapa dengar. Dapat juga cakap2 dengan arwah walaupun percakapannya tak brp clear.. syukur Allah beri kesempatan untuk semua itu..

Tadi masa sy call aunty2, saya teringat.. sekarang saya call orang beritahu tentang pemergian orang lain, nanti turn saya siapalah akan call orang untuk inform pula. Saya mohon pada Allah sekiranya masa saya dah sampai, saya berdoa semoga Allah permudahkan dan tak menyusahkan orang sekeliling..Amiin

Kami dah nak sampai dah ke ijok. Itulaa perancangan Allah sape yg tahu. Ingatkan jam 8 dah tiba hospital utk med cek up, rupanya jam 8 kami di sini..

Allahu akbar .. permudahkanlah segalanya buat arwah paklong, ampunkan dosanya dan masukkanlah dia dari mana2 pintu syurga yg Engkau kehendaki.. Aamiin..

Saturday, November 26, 2016

Di mana dan bagaimana kita nanti..

Beberapa hari yang lepas, one of my closest friends came to visit me.

Saje minum petang sambil2 sembang pasal riben sebab dia sedang sibuk nak jahit for the family punya wedding. Gave her ideas on how nak place bunga, warna camana and all.

Tiba2 we talked about the ekonomi yang dah melecet.. wah semua barang mahal kak Linaa.. she said. I couldn't agree more!

'Nak makan kat luar pun sekarang berkira2 sebab rasa macam tak berbaloi... saya pun dah jarang sangat makan kat luar '... katanya..

Kita ni memang jarang sangat beli makanan. Melainkan kalau beli breakfast kat pasar malam or pergi makan nasi kerabu feberet yg sedap tu or 2/3 bulan sekali pergi makan roti canai kat airport tu..

I told her.. ye betul.. masa untuk nak jimat cermat.. gaji dah kena potong.. macam abang akak pun kena juga..

Dia kata suaminya kena slash 15%, kalau gaji 10000 dah hilang 1500 , nak senang kira je, bukanlah makna gaji suami dia 10k.. memang pening dengar.. mana pulak kalau anak masih di IPT..

' Banyak kak... anak saya masih belajar lagi di IPT. Kadang dia orang ni belanja ikut suka je.. kejap2 mama.. nak duit'.. dia sambung cerita.

Memang betul sangat.. kita ni cubalah nak jimat2.. tapi kalau anak2 tak nak sama2 berjimat , pergi makan sana sini, belanja entah apa2, nak jimat macamana. Tambah pulak bukan duduk dengan kita.. tu laa.. salah kita juga mungkin terlalu beri kesenangan pada mereka kan.. i said..

Then we talked about duit epf. Masa suami dia dapat epf she told me dia dapat gelang besar.. Alhamdulillah i am very happy for her. I told her ..masa abg akak keluar epf , dia tak kasi gelang pun, dia kasi cash je buat ingatan.. abg kata takleh belanja sangat duit simpanan tu. Itu lah simpanan hari tua kita.. kalau ada anak nak bagi kita, Alhamdulillah .. kalau tak de kita kena lah jaga diri sendiri.. betulkan tu..

Itulah dah tua2 ni.. terfikir juga macamana kita bila dah tak berdaya nak cari duit sendiri utk nak tanggung belanja.. belum tentu anak yg kita belai , kita manjakan ni akan pasti nak jaga kita.. i said

Dia menggangguk setuju!

Semoga Allah pelihara kita semua dari kesusahan dan permudahkan hidup kita macamana kita mudahkan hidup ibubapa kita.. Amiin

I love my friend yg itu.. have always been my best buddy even though we seldom meet.. suddenly cucu sedara dia terpikat kat cik Lina.. tiba2 dia panggil cik Lina 'mok' for mak in bahasa terengganu... hehe.. Alhamdulillah

Thursday, November 24, 2016

Cepatnya masa berlalu

Assalamualaikum


Masa berlalu begitu cepat

Tiba2 dah Khamis semula.

What have i done since the last time I updated?

Ahad - busy dengan Maya dan cik Abang. Oh ye buat soto ayam pagi tu. Masak orang malas.. Pagi Ahad ada solat hajat di sekolah, Kami solat kat gym  je. Alhadmdulillah it went well. Solat untuk nak buat surau kita tu. Semoga Allah  permudahkan.

Balik  dari sekolah melayan dapur lah. Alhamdulillah, bibik dah siap microwavekan kentang. Balik  tinggal campur2 semua bahan2. Bulat2kan dan minta bibik gorengkan. Kuahnya dah siap pagi sebelum ke sekolah. Siap jg mee kuning utk brekfast. Alhamdulillah..Kenyang tengok Cik Abang makan:)

Ptg tu Rita and 2 of her friends singgah sementara nak tunggu flight jam 6:00 ptg.


Isnin: pagi2 WA Sal..jom walk . Alhamdulillah  pagi tu matahari memancar. Alhamdulillah lepas lah  jalan  macam biasa. Letih jugaklah sebab dah lama tak walk. Unfortunately lepas balik, sampai hari ni macam palpitation pulak. Dah pun buat ECG semalam. Reading OK je. Tapi sekejap sangat buat camana nak tengok apa problem. Kena buat angiogram abg kata..Takut pulak.

Masa kat Kelas Tafsir Senin tu, mata macam tak leh bukak.

Petang melayan beg. Siap dah beg Shereen semuanya. Bag Kak Zah , Beg saerah.. Semalam Rabu, dah pun semua orang collect. Best jg siap banyak. Alhamdulillah.

Selasa petang, Alhamdulillah siap jahit kak liza yang sangat besar.  

Our  25th anniversary!  Alhamdulillah! Tapi tak ada apa2 sambutan. Tak ada dapat hadiah apa2 pun sebab kewangan agak sempit. But  I bought something for him:)...Ni dia belum tahu dan  dia  tak baca blog ni...so tak pelah nak tulis pun.

Petang semalam dok potong kain untuk beg lebih  besar untuk kak Liza. Alhamdulillah  dah nak siap. Tinggal  touch up sikit2.

Ni dia about 18 x18 x 16 in. Harap2 Kak liza suka..Maklum percubaan pertam jahit beg sebesar gabak ni..Alhamdulillah oklah juga..cuba time spent lama jugaklaa



 Ni beg Shereen plus another 5


Alhamdulillah tadi ada hamba Allah bagi cek RM5000.00. untuk surau. Semoga Allah berkati dan permudahkan urusan kami untuk membina surau sekolah..



Ya Allah semoga Kau beri hambaMu ini kesihatan yang terbaik. Amiin

Saturday, November 19, 2016

Rabu, Khamis , Jumaat, Sabtu

Assalamualaikum...

4 hari berlalu tanpa update.

Rabu buat apa aritu?

Hmmm jahit beg siap kot 2 biji dan kusyen nani





nani punya kusyen no. 2

  shireen punya 2-2 ni . Alhamdulillah  tinggal butang je















Petang ada mesyuarat PIBG yang terakhir untuk tahun ini. Semoga Allah permudahkan usaha kami. Bergambar untuk majalah sekolah..Akhirnya. Walaupun ada seorang ajk yang tak berbaju purple, tapi sebab ada photoshop, dapatlah diwarnakan jadi sama hehe...Photographer ? siapa lagi kalau bukan anak bujang maklang.  Dia ke TATIUC pagi  tu ada  urusan  menjadikan SMKRP anak angkat pada  TATIUC,  dia  kena ambik  gambar   dan  kena videokan semuanya..Petang ke MM tengok muvi dan
ke Pizza Hut...




Ada gaya boss tak




Inilah   barisan kita


Alhamdulillah..siap 1  cerita



Khamis.

Macam  biasa lambat  ke kelas Arab. Ingat dah awal. Pagi2 dah bersiram tapi singgah kat sekolah, berbual ngan Cikgu pulak jadi lama hehe...balik rumah dah 7:40, brekfast nasi goreng yang bibik buat, kelaparan pagi tu.

Kat kelas sempat meriba, menidurkan baby  Suria. Comel sangat sampai nak gomel. Nasib baik mak dia ada situ, kalau tidak mau lunyai  ku  kerjakan hehe






Pergi kelas lagi satu lepas kelas arab. Oklah tengahari menjahit lagi  macam biasa. Siapkan beg kak yudi


Jumaat:

Semalam..

Macam biasa pergi pasar tani. Oder ayam dulu. Sampai2 dah siap, cari taugeh, mee kuning, udang...dalam kepala dah ada macam2 nak buat.  Anak no 3 nak balik ngan Abah. Naik kereta.




Pulang dari pasar, baru tumis  lodeh. Ada kawan nak makan. Buat sepiuk tp yang nak datangnya 2 orang je... heeh..Lambat Sya  dan Elly sampai.


Tengahari sambil tunggu cik abang sampai siapkan beg kak yudi lagi...







Belum cat lagi:)




Maya dan Abah dia sampai about 5pm. Tunggu makan ...

Malam tido awal sebab dah  bbrp hari asik lambat je. Penat ..


Sabtu.

Lepas Subuh sedap dapat golek2. Hari ni je boleh golek2. Hari lain jangan harap... huhu


Brekfast kat hentian mesra...Ber4 hari ni...

Then ke Chukai, ke Rayhar... ada urusan...

Then balik singgah kat Giant. Macam2 nak beli hehe


Then sampai rumah pegang mesin, Alhamdulillah siap 2 bj beg kembar yang wani tempah


Mother board utk gate rosak . Lebih 3 minggu dah. Kena lah tadi RM450. Duit cam air. Bulan ni maintenance kolam kena 400 ( pak omar kata cam kena tipu je huhu)..Banyak belanja..

Petang tadi sempat cat beg kak yudi.

Lepas asar, main masak2 ngan  maya...maka terhasillah popia vietnam:)








ok tu saje...InsyaAllah jumpa lagi soon:)

Wednesday, November 16, 2016

Jamuan akhir tahun cikgu 2016

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...bz 2-3 hari ni...

Ahad full day outside.

pagi2 lepas masak kan cik abang nasi ayam maklang siap2 nak ke LUTH. Buat ayam  seekor, besok pagi tanya ada lagi tak ayam, bibik kata habis dah  ibuk..yang makan nya cik abang dengan en Hakim berdua aje...huhu

Tengahari tu maklang ke Rumbia. Ada makan2 akhir tahun utk guru2. Maklang sebagai ajk PIBG pergi jugalah meraikan... Alhamdulillah dapat 2 biji tupperware. The food was good.

Balik dari makan2, terus ajak cik Abang ke LUTH semula. kena betulkan ic penama...hehe...i tulis no 4 yang last  tu no ic  i...konon macam ingat hehe...

Balik dari LUTH, solat asar then Cikgu Mi datang hantar duit kutipan utk tabung surau. Alhamdulillah dapatlah 300 lagi... Syukur...

Malam tu, lepas Isyak mmg tombang terus. Memang letih sangat lagipun malam sebelum tu  tak boleh nak tidur. Tapi nampak Cik Abang steady je. Dia kata dia tak tidur sampai 3 pg. Tapikan, rasanya waktu maklang pergi lunch tu pasti dia dah tidur dulu sebab  tu steady je hehe...
PKP sedang memberi sepatah 15 kata.. hehe

 PKP dan Cg Razak...antara yang duduk semeja
 The sooooo good food
 kek cheese ni sedap sangat! maklang beli guna duit kutip2



Alhamdulillah it was a well spent day.!

Tq cg sebab belanja I makan:)

Saturday, November 12, 2016

SURAU ARRAHMAN _ kutipan derma

Assalamulaikum




Kami  warga  Sek Men Keb Rantau Petronas sedang  mengutip derma untuk pembinaan surau sekolah. Kalau ada yang nak menginfak boleh lah bank in terus dan  inform  maklang. Doakan usaha kami dipermudahkan ye!


Semoga Allah permudahkan... 


Kalau ada yang nak menginfak.. Silakan.. Details seperti dibawah..

************

Dana untuk pembinaan surau Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Petronas, Kerteh, Terengganu. Surau Ar- Rahman.

Dana yang diperlukan adalah sekitar RM250,000.

Nama akaun: Surau SMKRP 
Bank : Maybank
No. Akaun: 563055230504






Maklang  harap ramailah yang dapat membantu... Tapi maklang tak tahu if masih ada ke lagi kawan 2 yang bertandang ke sini sebab dah lama sangat maklang tak updet. Maklang sendiri  dah tak ada link sahabat semua.  Kalau sudi  tinggalkan jejak supaya maklang boleh bertandang ke sana pula , bila ada masa,   Innsya Allah

Terimakaseh   kerana  sudi meluangkan masa  membaca  coretan maklang...

Alhamdulillah atas segala nya

Assalamualaikum


selamat pagi

awal sikit bersiaran. malam  tadi mengantuk sangat nak menaip. ni cari masa juga ni.

semalam sibuk layan mata, layan  sulam. untung semalam  tak ke pasar tani, kalau ke pasar tadi, lagi lah sibuk.

Alhamdulillah Allah beri kelapangan  nak menyulam semalam  nak dekat siap dah 1  bantal  yang kawan tempah utk nak buat hadiah pengantin. Syukur, InsyaAllah siaplah sulamannya hari ini dan boleh sambung 1 lagi. Ada 2 lagi beg urgent  nak kena siap. Sepupu dari  Indonesia nak juga 2 buah beg. Tu super urgent. Ada jg beg yang sulaman dah siap tinggal tunggu untuk disambung. Pouches juga ada yg  perlu  disiap   by  12  Dec. Alhamdulillah  dengan rezki  yang mencurah. Maklang memang kena kumpul duit.  Ada hal yang nak diselesaikan...InsyaAllah moga  Allah permudahkan...


****

Sambung cerita malam pulak...siang macam  biasa...zoom zam zoom zam...tak sempat nak update..


Siang semalam start menyulam, Alhamdulillah dah siap pun petang tadi...


 Alhamdulillah...siap pun. Ada 1 lagi nak kena siap. Tempahan by orang yang sama . Nak kena siap Rabu. Alhamdulillah malam pulak, sepupu dari Indonesia tempah 2 biji beg. Ni nak siap dah, Kena jahit cepat2. Dia pun nak by akhir bulan sampai pada dia.


Pagi tadi, kami ber3 brekfas kat Hentian Mesra. Memang sedaplaa nasi kerabu dia..Alhamdulillah, Lepas tu ke MM tukar card bank.  Alhamdulillah  siap dah update semua.  Lega...

InsysAllah kejap lagi maklang nak siapkan ni.  Harap2    mata sanggup bekerjasama untuk nak siapkan ni...




Thursday, November 10, 2016

Berita terbaik! Alhamdulillahh

Assalamualaikum..


Alhamdulillah best rasa bila laptop dah boleh guna. Dah lebih setahun terperap sebab internet dia kong. Alhamdulillah 2 hari lepas kawan yang selalu dtg betulkan PC anak2 dtg betulkan. Rupanya wifi card not properly connected. Card rosak pun ye. Dah ganti card baru and its working perfectly!


***********

Alhamdulillah semalam bibik masakkan Ayam masak padang. Maklang sejak tak ramai ahli dalam rumah ni, malas nak masak. Bila ramai ahli barulah merajinkan diri. Baru seronok nak memasak. So lunch semalam makan ber2 dengan Hakim. Sedap!

Petang semalam geng ngopi  datang.. makan lagi!
 Terubat sekejap hati yang sedih sebab ikan mati..huhuh

Tapi Alhamdulillah dapat berita baik.. Suka sampai nangis. Moga Allah permudahkan urusan kami nanti

Dapat kupon lagi dari ustadzah.. nak buat Surau Ar Rahman..
 Lepas balik dari kelas tadi, singgah makan tahu bunting kat rumah kawan. Then lepas zohor, merempit jahit beg. Alhamdulillah siap!
 lepas tu buat pulak beg terlebih inci. Takut juga yang tempah tak nak sebab tersalah size. Multitasking ...kira2 sambil wasap ngan adek... Tp Alhamdulillah  yg tempah suka...

Oklah bye!

Wednesday, November 9, 2016

Ikan mati lagi

Allahuakbar!

Dua hari kami bersedih. Hari ini 5 ekor lagi ikan mati.

pagi2 bibik dah masuk bilik inform..

Buk ikan mati lagi..5 ekor! Bibik cakap sambil kembangkan jari dia. Muka dia pun tak happy. Maklang masa tu tengah facetime  dengan wan Sara. Tengah cakap dengan dia pasal paklong maklang yang sedang sakit. Dia tanya dah pergi tengok ke belum dan  tanya juga bila Wan Sara cadang nak kemari. Hmmm...hampa dia kata plan nak datang sini terpaksa dibatalkan memandangkan Uncle Rahman cepat penat. So memang tak datang laa... Tak apalah nak buat macamana, dah tak ada rezki...

So, lepas dapat info pasal kolam, maklang kemas2 bilik kejap, terus je ke bawah. Jom bik kita tengok kolam. Bibik yang tengah kosong baju tinggal je kerja dia. So mulalah menyusun strategi camana nak buang semua air dalam kolam itu. Kolam tu besarrrrr... Alhamdulillah kolam tak kotor mana. Maksudnya tak banyak sangat lumpur. Mula2, letakkan macam laluan air keluar dari air terjun dan paip yang ada kat kolam tengah. Lepas tu bibik dok tangguk air guna baldi kecik. Maklang mana lah boleh nak angkat berat2. Masa tu dah 5 ekor ikan besar bibik tangkap masukkan dalam besen berisi air yg dah diletak anti klorin. Bila masih susah lagi nak keluarkan ikan lain, maka terpaksalah buangkan air dulu Maklang pun bantu juga. Duduk kat tepi kolam kecik, ceduk and buang air..buang air kolam tau...habis banjir taman teratak maklang pagi tadi. Ada jg 1 jam dok menangguk air, sampai pam kat kolam besar dah tak boleh  sedut air lagi. masa tu baru offkan pump. 

Ada dekat 1 jam tadi menggerjakan kolam. Lepas tu maklang siap2 utk ke kelas, tp dah otw baru nampak mesej klas kena cancel sbb ustadzah tak sihat...ke po nak beli kotak, kotak abis, then ke TMG nak beli udang, udang tak de...hmmm dapat daun ketumbar je..Singgah pulak TMC, dapatlah apa yg nak tapi tak juga beli udang  sebab udang kecik sangat. Tunggu laa nnt kat pasar tani. Kononnya nak buat popia yang macam  makan kat hcmc aritu...


Rancangan  nak jait beg tertunda hari ini. Semoga dptlah siap sebiji dua by malam...Ya Allah permudahkanlah urusan kami...

Amiin

 semoga umur ikan2 ku panjang diberi Allah
paip air masih dibuka dah penuhkan kolam


Dalam hati terfikir...mungkin Allah suruh bersihkan kolam...walaupun dah dibersihkan 2 minggu lepas...dan  terdetik juga, bila dah sampai ajal, pasti akan dipanggil pulang ...

Ikan koi mati dan ular hitam

Sedihnya hari ni. 5 ekor ikan koi mati. Tak tahu sebab apa. Perut kembung!

Dah sampai ajal ikan. Ada seekor lagi macam nak mati.. semua besar2 dekat 1 kaki panjang dah...

Baru tadi ingat macam nak tutup kolam je sebab cost letrik about rm300. Macam ikan terdengar je hajat tuan dia..

Sayangnya ...

Pak omar kata bela je ikan puyu tak payah on kan letrik. Jimat kos. Kat sekolah hakim pun bela ikan puyu .. elok je.. air pun tak ijau..


Allahu.. semoga Allah beri jalan keluar...


Ngeri je masa siti Siti Samihah Nooral Azhar nak keluar rumah tadi tiba2 ada ular dlm 1.5 kaki bergerak nak masuk rumah. Alhamdulillah bila bukak pintu rumah tadi ular tu u-turn lari and masuk bawah celah2 titi..

Bibik taburkan sulfur kat titi..

Bibik kata biawaklaaa buk, biawak..

Laa bibik .. saya nampak ular! Takkanlaa saya tak kenal ular atau biawak!

Bila dia tabur sulfur ular tu keluar dari bawah titi depan pintu rumah..

AllahuAkbar bibik ucap.. dia baling batu pada ular 2-3 kali tak kena. Last2 dia ambil kayu.. dan .... ngeri nak cerita.. siap ekspresi muka lagi..

Ngerinya tengok.. ibu lari masuk rumah..

Tak berdosakan bunuh binatang macam ni.. ?

Dahlaa.. ibu nak solat pastu nak jahit.. dah 2 binatang mati arini... mungkin ke ikan mati kena gigit ngan ular? Wallahu'alam..

Monday, November 7, 2016

Vietnam .. kami baru nak datang..


Assalaamu'alaikum


Alhamdulillah akhirnya kami tiba juga kat Ho Chi Minh city.!

Akhirnya setelah berbulan bertahun maklang mengengek kat paklang.. jomlaa pergi vietnam .. dia jawab .. abang tak sukalah ..

Dia memang tak suka tempat2 yg tak berapa macam tempat sejuk konon.. hahahaah

Cian laki aku.. saje ngosik bang..

Sebenarnya dia nak tunggu .. ingat projek yg dia buat tu akan di award pada contractor vietnam.. tapi tak dapat pulak..

So setelah projek awarded to another contractor, maka janji ditetapi. Toba2 ada email masuk tiket ke hcmc:) maklang kembang lah kejap. Akhirnya dpt jg ke sana. Asyik dengar orang bercuti ke sana je.

Accomplished! Alhamdulillah !

Alhamdulillah

Hari ni setakat jam 6:10 pm banyak juga yg dah dilaksanakan

Pagi2 htr akim ke sekolah. Duduk kejap tgk anak2 spm sambil2 tulis kata2 aluan utk majalah sekolah

Then balik kejap. Dapat sambung beg. Sambung tepi je.. hehe

Dapat solat dhuha

Dapat join kelas tafsir ustad hasan. Hari ni pasal macamana kifa kena treat anak yatim dan bagaimana nak jaga harta anak yatim. Ada juga pasal hukum edah sekiranya bercerai hidup atau mati.

Balik dari kelas dapatlah gunting2 kain utk bahagian dalam beg 4 bj.  Steam press kejap. Then sambung kejap beg sampai solat zohor

Lepas zohor , amek Hakim and had lunch. Tekak tak berapa selera kot. Sup sayur, ikan goreng dan tempeh macam ungkap macam ayam penyek. Ada sambal ayam penyet jugak.


Then Alhamdulillah dapat siapkan 3 biji bag. Tapi belum lah dikemaskan. Misai janggut semua belum trim. Nnt laa bila senang akan buat. Harap siap lah 5 bj lah by wiken ni.

Lepas asar dapat pun panjat basikal. Dapat 8km.. Alhamdulillah :)

Malam ni jangan tergolek sudahlaaa..

Semoga allah permudahkan segalanya dan murahkan rezki kami sekeluarga dunia akhirat.. Amiin

Friday, November 4, 2016

Pulang ke sarang

In sha ALLAH 1 jam lagi nak sampai sarang ..

Rasa macam nak tidur sepanjang jalan sebab keletihan memasak lauk pauk untuk nak tinggalkan di KL. Alhamdulillah siaplah ayam masak lemak cili padi, ayam berlado, kari ayam, daging bercili limau kasturi, udang masak lemak dan udang sambal sikit.

Angah dan hakim hantar atok dan wan ke skypark pagi tadi. Lepas tu dia ke pasar beli bahan. Mak tunggu je kat rumah, basuh baju, lipat baju yg baru cuci semalam baru kering, ganti alas katil . Berangan nak kemas rumah tapi mmg tak dayalah sebab nak masak. Part paling best tadi sambil lipat baju, sambil masak kat dapur sambil layan cerita kat hp. Best internet lajuuuuu je.. masa masak pun boleh tgk cerita heheh.. konon2nya tadi gorenglah ayam berketul2 utk dimakan bersama masak lemak udang dan kacang. Memang agak cukup malah berlebihlah utk 4 orang makan...tapi yg sedihnya bila nak makan tinggal kepak 1, kaki ayam dan leher serta hati dan hempedal. Sampai hati org2 yg makan terdahulu tak tinggalkan utk tukang masak yg masak macam nak patah pinggang. Makan lambat pun sebab nak mandi dulu and solat. Punyalah rasa sedih tadi. Lenkali masak2, kena sembunyikan utk sendirilah. Huuhuu

Cuti dah nak tamat. Malam ni kena cukup restlah. Besok pagi nak mula kelas. Petang nak kena mula jahit beg. Kena start masuk duit kat tabung itik semulalah kalau ada rezki nak jalan2 lagi , In sha ALLAH

Saturday, October 22, 2016

Sek teknik

3/4 ari lepas ada budak pergi buat lawatan ke sek teknik di cheras

Dia repot kata best sangat sekolah tu..

Terus2 nak masuk sekolah tu..

Wah kalau macam gitu, mak pun nak pindahlah nak duduk kajang..

Beriye2 dia nak masuk sekolah tu..

Mak macam rasa terkejut juga. Tak pernah lagi ada anak yg beriye nak masuk asrama. Memang rasa pelik.. tapi mak cool aje..

Until semalam petang dia balik ke rumah KL. Masa dia sampai mak tido..

Ha.. mak dah bangun! ( mak tido mati semalam sebab entah letih sangat!).. mak tanya dia betul2.

Betul ke nak masuk sek teknik?

Ho laa nak gi sek teknik..  Nanti mak hantar dan ambik Hakimlaaa

Eh mana boleh. Awak ingat dekat ke? Maybe 2jam pergi 2 jam balik. Kalau nak pergi.. kena dok asramalah!

Hmm terus dia kata.. taknaklaa.. tak jadik masuk. Ingat boleh dok rumah.. heheh..

Tak jumpa mak dia 4 hari, balik2 terus melekat ngan mak petang semalam.. masih bermanja2an lagi.. sama macam Along hehehe.. oooopppsss..

Thursday, October 20, 2016

KL and sakit gigi bongsu

Assalaamu'alaikum


Here i am sitting at the waiting area with my aunt, wan pari.

Nak cek mata dia. Ikut dia sebab kejap lagi nak cisit my paklong kat somewhere here. Almaklum di KL ni i keretaless..

Lama dah paklong sakit. Bila sekali sekala datang mmg berhasrat nak pergi temgok. Alhamdulillah Allah beri masa ni nak melawar dia.  Semoga Allah permudahkan


We arrived KL semalam petang. Alhamdulillah smooth drive by aiman. I sat at the back. Macam maam tua.. duduk ngan my aunt. Tok Uncle kat depan dgn driver.


Tiba KL , lepas solat,  makan nasi lemak, bekal dari KL. Masih berbaki 1 bungkus. Untuk lunch hari inilah agaknya...


I was not feeling so good malam tadi. Gusi kat gigi bongsu sakit. Rasa macam nak domam.. huhu


Doakan maklang sihat. Banyak keje tak siap .. huhu

Sunday, October 16, 2016

Larian Amal 2016

Alhamdulillah

Semalam berakhir sudah larian amal yang telah di war2kan dan ditakuti tidak berlangsung dengan jayanya..

Alhamdulillah, cuaca sangat baik


Kehadiran sangat memuaskan.

Alhamdulillah kutipan juga baik.

Semoga Allah permudahkan usaha kami untuk membina sebuah surau utk SMKRP

Gambar tak boleh upload pulak...tak reti bila guna comp orang

I am wishing to own one new laptop for my own use.. huhu

Rezki belom cukup lagi utk nak beli lap top. Kena gode2 je laptop lama...


Tuesday, October 11, 2016

Kisah sedih dan pt3

Kisah semalam... gambar masa cg sedang memberi tips terakhir sebelum masuk exam

Penatnya rasa badan semalam. Awal dah masuk tidur.

Terlupa langsung nak buat cupcake semalam. Dah jam 9:30 baru teringat. Manalah nak buat. Badan pun penat. Penat otak fikirkan problem. Lagipun smlm menunggu anak2 kat kawasan legar dengan cuaca yg agak panasa buat badan rasa letih.

Alhamdulillah
siap juga draft surat ke BEM semalam, pengiraan dan order tshirt siap
Kit riben siap 2 set
Jual pinggan mangkuk siap

Memang Allah datang rezki dari mana2 arah. Habis je baca mesej yg agak menyedihkan itu, masuk pula mesej kata kawan yg suruh simpan beg dia yg tak sempat2 diambil minta bawakan beg dia ke surau dan nak juga pouch. Ptg pulak sorang lagi sahabat mesej nak tolong jualkan pinggan2 yang ada..

Redho je dengan ketentuan Allah.. Allah datangkan org2 lain utk bantu dalam segala hal. Allah datangkan sahabat2 yg nak pujuk hati. Tak apalah buat pengajaran. Lain kali jangan berniaga atas dasar percaya. Mana mungkin sy mengambil wang selagi barangan belum ada. Deposit pun saya tak ambil inikan pulak sampai beribu RM.. mustahil! ( tp ada je nak bank in sebab tak sabar .. ).

Semoga Allah beri keyakinan dan membuka ruang lain bersama orang lain utk meneruskan usaha mencurah bakat di atas  kain dan riben .. Amiin

Semoga hati ini lebih tabah dan kuat. Pasti Allah ada plan lain yg kita tak sangka.. pastinya lebih baik dan lebih hebat..

Friday, October 7, 2016

Hantar Atok Wan ke KL

Assalamualaikum


Sorrylaa...maklang ingat nak update selalu, tapi laptop tua tak nak berfungsi. Wifi tak nak sambung. Ni kebetulan maklang kat KL, nak reformat semula laptop ni, maklang ambil kesempatan nak update.

No storylah cuma rasa macam masa terlalu mencemburui kita...sekejap2 dah sampai wiken semula. Kadang macam nak cari masa nak kasi elastik...boleh tarik bagi panjang supaya cepat boleh buat keje. Masalah juga bila kadang tu nak menjahit guna jari jemari ni tapi yang dijahit bukan nya bunga tapi jahit mata..huhu...mudah sangat terlelap sambil pegang jarum. Letih agaknya. Bangun awal, tidur lewat. Tenaga dah tak semacam dulu.

Itulah kan...kenalah bagi2 masa juga untuk dunia dan akhirat. Tapi bab akhirat tak payah lah nak cerita sebab tu antara kita dengan Allah...Kita cerita pasa riben je...hehe...kalau tak pegang sehari, dapat tengok pun jadiklah..

Alhamdulillah banyak juga nak kena siap by cukup bulan. Rezki dari Allah tu...




Alhamdulillah ada kot 12-13 biji yang dah siap jahit. Tinggal nak mekap je sikit lagi. Tunggu kak Shimah pickup je




yang ni satu lagi..


Alhamdulillah kami dah sampai KL sekitar jam 2:21 ptg. Cruising on the road je tadi. Maya yang drive sampai Temerloh then maklang take over. Alhamdulillah dari Kerteh 11:00 am tadi. Konon nak gerak awal jam 7:00 pg tapi terlajak sampai 11 sebab nak masak lah, nak beli nasi dagang laa...macam2..lagipun atok dah buat CAPD yang ke2 so tak payahlah nak rush. Now, kami tak kasi Atok drive dah sebab dia tak kuat. Dalam rumah pun pakai tongkat. Kesian Atok. Semoga Allah beri kesihatan yang baik buat ayahbonda tercinta dan dipanjangkan umur dan murah rezki. Dan semoga dipermudahkan utk beribadat. Aminn . Ni hantar ke KL dulu, besok ada wedding tapi maklang tak sempat pergi . Kirim Angah and Maya je. Kesian Hakim tinggal ber2 dengan bibik . Lusa PT3...Tak sanggup nak berlama. Awal plan patut balik hari ini tapi encik suami tercinta kena bertugas di Kucing. Balik dah lewat malam, tak boleh nak drive malam ni...


Big Boss and Maam yang dicintai



Kueh samperit ni kawan maklang buat. Sedap! Atok suka . Aisyah lagi suka! Sape2 nak order boleh mesej maklang. sebekas ada 50 bj RM25. Memang berbaloi sebab sedap!



Insya Allah kalau dapat reformat dan laptop ni berfungi dengan baik , maklang berharap kerajinan datang kembali. Lebih best cerita kat blog sebab senang nak track apa yang kita buat. Tambah2 dah berumur ni. Banyak tak ingat dari ingat. Semoga Allah kekalkan dan kuatkan ingatan kita...Aminn

Sehingga bertemu kembali..Inn sya Allah




Tuesday, September 20, 2016

Sewing Room Makeover

Assalamualaikum...


Lama tak bersua...sesekali rindu bertandang
Insya Allah bakal kerap nak update blog.
Dah ada tempat khas nak letak computer InsyaAllah

Sekarang maklang dalam process nak kemaskan bilik jahit yang macam tongkang pecah.
nak buat macamana semua kena kombah. Dah 4 hari macam ini. 1 hasil tak ada. Tak apalah moga lepas ini lebih berjaya InsyaAllah. Rezki Allah bertaburan. Cuma maklang tak tahan tengok bilik jahit ni terlalu bersepah. Berangan juga nak ada proper almari. Tapi bila minta quotation sampai boleh nak beli sebuah MYvi, maka tak perlulah. Make do je dengan apa yang ada. Reorganize sikit2

Monday, April 11, 2016

Mee Rebus MIL

Hari ni cheating makan paling teruk. Pagi tadi je konon makan roti 2 keping- roti wholemeal bersama kobis hiris, tomato hiris dan ayam bakar 2 ketol kecik:)

Tengahari makan mee rebus yang my darling kata takleh jumpa kat mana2. Akim pulak kata mak kena turunkan resepi ni supaya nnt family tahu nak buat. Asal resipi dari arwah MIL( al fatihah buat mak). Masa minta mak ajar buat mee rebus ni tak de praktikal pon. Mak cakap je lepas tu kita balik rumah kita main agak2 lah. Tukang testnya cik abang lah. Mudah sangat membuatnya.. Alhamdulillah .. Masa arwah abah mentua datang tinggal kat rumah kami, sekali sekala ada juga buat mee rebus mak ni. Ingat sekali dulu.. Abah kata.. Mee ni best in the world! Sambil buat 👍🏻. Cukup ramuannya kata Abah ( alfatihah buat abah juga . Moga Allah merahmati keduanya.. Amiin).

Arwah mak mentua memang pakar masak . Ada lah beberapa resepi mak yang dapat dicapture masa mak ada. Kalau ke rumah mak, mak memang tak kasi masuk dapur. Mak kata.. Ni rumah mak, biar mak yang masak, mak nak kasi anak mak makan. Kadang sampai terlelap2 kebosanan sebab tak de benda nak buat. Masa tu baru kawin belum ada anak. Pernah juga mak hulurkan bantal.. Nah.. Awak tidurlah dia kata.. Tu lah mak mentua saya..

Resepi mak yang tak dapat saya capture ialah daging masak itam. Banyak kali dah buat tapi tak jadi. Mak kata, resepi yang itu je mak tak nak kasi sebab nanti anak mak ( my darlinglah tu), balik, mak tak ada lauk nak hidang sebab yg abang awak suka awak dah boleh masak..

Rindu dengan gelak tawa mak. Rindu bila mak talipon kat opis nak cerita-cerita bila dia hot kat abah..

Moga roh arwah mak dan abah dirahmati Allah sentiasa..

Ni resepi mee rebus kalau ada yg nak cuba:)

Mee rebus

Maklang punya resepi ni main agak je as Maklang ni bukannya proper chef.
Resepi ni pun dapat dari MIL yang dah passed away. Senang aje buat dia….

Bahan2 dia:

Asas dia macam nak buat sambal tumis aje.

Bahan A
10 biji bawang merah
20 batang lada kering

Bahan B

Air perahan dari kepala udang fresh. Kalau ada kepala udang hidup yang tak digunakan jangan lah dibuang. Kepala udang tu dicuci berseh2 dan kemudiannya direbus. Lepas tu blend kepala udang tu and then diblend. Tapiskan dan ambil air nya sahaja. Biasanya Maklang akan buat ni and freeze dulu. Bila nak pakai baru keluarkan and buat kuah mee rebus ni.

Bahan C

Lebih kurang 400gm keledek merah. Dibuang kulit dan dipotong lebih kurang 3 inci tebal dan di microwavekan selama 7-8 min. Kalau masih tak lembut buatkan lama sikit. Tak payah letak air. Cuma cuci berseh2 dan masa letak dlm microwave tu tutupkan bekas tu rapat2 supaya wap tu boleh lembutkan the keledek. Kemudian lecekkan sampai betul2 hancur.

3 keping asam keping
½ kg daging dihiris ( daging kalau nak letak banyak lagi sedap – yang ni ikut suka)
100 gm kacang tanah digoreng dan kemudiannya diblend. Jangan terlalu halus
Gula merah atau gula Nira ( kalau yang 3 inch diameter tu dalam 1-2kpg cukup) adjust manos dia ikut rasa kita
Garam secukup rasa.

Cara2nya.

Bahan2 A diblend dan ditumis dalam minyak yang panas sehingga garing.
Kemudian masukkan air kepala udang. Bila dah menggelegak masukkan keledek dan daging yang telah dihiris. Kemudian masukkan kacang tanah yang telah diblend. Letakkan sedikit gula merah and garam sehingga cukup rasa. Terakhir masukkan asam keping. Masak kena lama sikit sampai dia agak pekat dan daging lembut. Kalau lambat sangat nak pekat, blend kan kacang tanah sikit lagi and campurkan.

Condiments dia, as usual, taugeh, tahu goring, lada hiris, bawang goring and telor rebus.

Mee kuning tu dibasuh berseh2 untuk nak buang kapur dia and then celur kejap aje dengan taugeh tu sekali…

Selamat mencuba and kalau jadi beritahulah Maklang ye….

Bila manusia sudah kaya..

Assalamualaikum...

Sah2.. Nenek lupakan cucu2 dia. Dah lepas maghrib baru di foto pulak. Kebetulan ibunya dah tutup seluruh sarang (cucu2 kat dalam sarang di bawahnya). Suruh juga mak sedara burung bernama Maya ambilkan gambarnya... Nanti upload.

Nenek dia sibuk sebab mak sedara nenek datang dari jauh. Mak sedara yang rajin turun ke Kerteh. Anak sedara duduk je kat rumah sebab suaminya kerja jauh mencari rezki, bila wiken duduk rumah je lah..

Semalam hati nenek sedih juga bila mak sedara nenek kata.. Dia tak layak ke majlis perkahwinan cucu sedara dia .. Dia tak dapat jemputan pun... Kesian nenek dengar. Ingatkan benda macam ni ada kat drama tv je.. Rupa2nya benar2 berlaku... Takpelah mak sedara.. Bertabahlah.. In sha ALLAH ada majlis lain dia akan jemput mak sedara...

Macam cucu2 nenek yg dah tumbuh bulu tu jugak.. 4/5 hari lagi akan terbang jauh.. Akan kaya dengan makanan. Akan hidup bahagia dengan burung lain. Kot nanti dia kawin dia tak jemput pun nenek dimana dia menumpang berteduh masa kecik2. Nenek tak berkecil hati kerana masing2 punya hak..

Apalah nenek membebel pagi2 ahad ni...saje je nak lepaskan rasa kesal dihati..

Kita tepek gambar makanan lah.. Destress sekejap.. Sebab cheat wikenkan.. Hari ni In sha ALLAH mee rebus Hajjah Lina Hadi akan ada atas meja buat Haji Nazar:) In sha ALLAH

Hasil sentuhan Maya kek coklat tu. Pastry tu bibik yg buat.. Inti dia i yang buat..

Sunday, March 27, 2016

Main Teka2

I made RM50 in less than one minute!

Tiba2 keluar lagi kesukaan dia kat TV

Cuba teka lagu apa ni? Abah kasi 10 inggit..

Pelan2 ingat..

Tchaikovsky!

(We said it together! )

Bak 10 inggit!

Dia buka wallet ada duit 5 inggit dan singgit bbrp kpg tapi tak cukup 10 inggit. Ada duit 100 bbrp keping.

Takpelaa bagi jelaa 100 tu. Yg 90 tu hadiah jugak.

Takleh .. Takleh nnt pulang balik laa

Alaa 50 eh.. 

Ok ok! 50 nnt laa eh..

Shhhh.. Kalau tak pulang pun halal kan... Hehe..

#mudahnyanakbuatduitarini;)


Wednesday, March 23, 2016

Pulau Redang

Assalamualaikum 


Alhamdulillah Allah beri kesempatan utk bercuti buat kali ke 2 di Pulau Redang. Thank you cik abam sayang kerana bawa saya dan anak2 ke sini.


Memang kecantikkannya tak terkata. Tersangat Indah! 


Kami naik motosikal
Ke sini. Sewa pwr day Rm65. Senang nak kemana2:)

Day one ke pantai. Tak sangka cik abam ajak masuk dlm laut . Makanya kami pun masuklah tanpa mengganti pakaian. Air sejuk walaupun masa tu jam 3:00 ptg. Pulang hampir jam 5 tak silap.


Ini day 3, snorkeling part 2. Memang terpesona dengan keindahan alam dalam  air. Allah Maha pencipta.. Dah 2 kali dah tak takut sangat tenggelam.. Heh heh!

Nanti sambung lagi. Maklang nak menjahit jap

Hakim

Assalamualaikum

Apa rancangan anda hari ini? Jom walk pagi2. Alhamdulillah batuk dah tinggal 3% kot, dah boleh lah keluar rumah..

Malam tadi tidur agak lewat. Ingat nak juga lelap awal dalam jam 11.00 tp terlangsung jadi dekat 12:30am. Teman anakanda buat hw. Nasiblah mata cooperating. Sambil2 selongkar laci2 barang saya yang bersepah. Sambil2 cari kat manalah terselitnya cincin2 berlian saya. Masalah betul tau. Suka sangat letak merata2. Kadang tengah jahit rasa tak selesa terus bukak dan letak kat tepi pastu lupa.. Allahuakbar sesungguhNya DIA sahaja yg tahu kat mana. Semoga Allah lorongkan pencarian saya yg akan menemukan cincin2 tersebut!

Alhamdulillah masa korek2 barang jumpa sampul raya.. Ada duit RM100! Kes tak ingat jugalah tu.. Wahh Kim , mak jumpa 100! Beritau Hakim yg sedang tertiarap buat hw. Bukannya tak ada bilik study. Tapi no response. Laa dia terlelap depan buku2 sekolah dia. Kesian benar tengok kan..

Sekarang ni kelas habis 4 lebih. Balik rumah dah dekat jam 5. Rehat kejap mandi, solat pastu buat hw. Dekat pukul 6 ustadz dtg ajar ngaji ( dia dah khatam bbrp kali tp rule of the house mmg kena ngaji selagi ada dalam rumah ni. Even if Along Angah balik and if ustadz datang, seme kena ngaji juga!.. Mak abah je ngaji sendiri2 hehe). 

Lepas Maghrib dalam pukul 8 dah ke tuisyen sampai pukul 10:00. Sampai rumah 10:20 - 10:30. Rehat lah 10-15 mins. Lepas tu sambung pulak homework. Kalau tak banyak Ok lah. Kalau tak entah jam brape dia tidur. Mak yg selalu lelap dulu. Macam malam tadi bila dia dah lelap kejut juga 2-3 kali tp macam tak boleh bukak mata dah.

So, pagi tadi pukul 5 lebih dah gerak dia. Suruh dia mandi and solat dulu biar segar. So, sekarang ni sedang menyiapkan kerja sekolah dia. Baru sat terdengar dia menguap.. Kesian anak2 sekarang. Macam teruk sangat sekolah ni. Padahal baru PT3! 

Mak doakan semoga Allah permudahkan segala urusan pembelajaran anak2 mak walau dimana mereka berada... Semoga ilmu yg dicari memberi manafaat dunia dan akhirat .. Amiin


Wednesday, March 9, 2016

Hectic 2 days!

Assalamualaikum 

Alhamdulillah i have been quite busy the past 2 days

Monday.

Busy with my mesin jahitlah. What else! Hehe. Had accomplised what i wanted. 3 bags! Alhamdulillah angan2 maklang became true late evening due to some matters that i have to attend to.;) Alhamdulillah Allah made it all easy for me to accomplish!


One down. I was interrupted bybthe arrival of these!

And these

They are gifts for the commitees of PIBG SMKRP! Thank you to a friend ie the towkey for suggesting the combo! They are so awesome!
  

Then later after zohor continued with this


Eldest daughter called me up. Nangis2. Stress dengan group mate. Penat lah tu! And lapar! Cian anak mak...

Sambil2 cakap , i did this one rasanya

Dekat2 nak petang sangat, pkpentadbiran dropped by. As usual stuck for more than 1/2 hr..


Saya suka cakap dengan kak Lina tentang sekolah. 


Hehe.. When it comes to school project, i am so excited! Alhamdulillah !

Sunday, March 6, 2016

Sunday yg agak mengeciwakan:,(

Assalamualaikum

Alhamdulillah walaupun hari ini hati agak kecewa atas suatu kejadian, namun cuba juga ku sorokkan dalam lubuk hati dengan melayan peti ais yang agak sepah.  Lepas rebuskan sayur brokoli dan carrot bersama fishball yang bibik goreng buat bekal Hakim, diteruskan dengan mengemas dan memasak sup tulang. Boleh buat mee sup untuk tengahari. 

Breakfast pun sekarang makan yg bakar2. The lesser the oil the better. Makan sayur banyak2. Nak buat macamana jagalah sebelum menjadi teruk. Moga Allah permudahkan untuk kembali sembuh.. Amiin

Makan roti sekeping dengan sayuran dan ayam. Minum air kosong je. Yang dalam gambar minumlah seteguk dua. Memang kurang gemar nak minum air teh atau kopi:)

Selasai brekfas, ke Chukai. Kena sign borang untuk nak dapat share company, depan pesuruhjaya sumpah. Alhamdulillah maklang baru dilantik utk join sebuah syarikat jurutera perunding di sini. Keje tak tiap hari masuk. Cuma bila ada job je. Alhamdulillah . Kejap sgt sign. Alhamdulillah dah pun dipulangkan pada tuannya. Doakan maklang mudah bekerja dengan mereka.


Tengahari ini kami makan ini. Sekarang banyak makan yg banyak air. Biar cepat kenyang!
Meehoon sup tulang


Alhamdulillah dah kenyang. Tinggal 2 ketul tulang dan daging untuk Hakim yang akan pulang lambat sebab menyertai sukan MSSD . Baling cakera. Moga anak mak dapat pingat. Amiin


Petang ni samada layan ini atau layan mata. Kerja memang banyak lagi yang belum selesai. Moga Allah ubati hatiku yg kecewa ini.. Huhu.. Feel like crying!;,(

Semoga segalanya Allah permudahkan.. Amiin