Alhamduluillah Allah panjangkan umur utk kita utk bertemu Ramadhan lagi . Semoga dapat beribadah dengan lebih banyak dan lebih baik dari semalam.. InsyaAllah..Amin
Alhamdulillah Ramadhan disambut dengan sempurna..Cuma kami ber4 di rumah. Maya , Along , Hakim dan Maklang je. Dengan bibik of coz
Alhamdulillah this was on 1st Ramadahan before tarawih prayers! Besar2 dah anak2 mak
````````````
Kita cerita backwardslah eh...
Isnin
Alhamdulillah hari ni dah 6 hari kita berpuasa. Alhamdulillah semuanya ok. Maklang biasalah bulan puasa ni, letih sikit. Tahun ni cuaca sangat panas menyengat. Doa jg supaya Allah bagi sejuk. Tau lah Kerteh kalau panas dia mmg dahsyat sikit. So far, hari ni nampak matahari macam segan sikit nak keluar. Harap besok pun macam tu.. Aamin. Semalam was so terang benderang. Nak bukak langsir pun takut.. huhu.. kalau ikutkan hati dan malas tu.. mmg tak nak keluar rumah.. tp paksakan jg! Ke kelas tafsir kemudian join taddarus kat rumah Elly. Balik dari situ, solat zohor kemudian kemas2 baju yg nak giveaway.. lama sangat dah terperap. Then terbongkang sampai jam 4. Golek2 dengan anak2. Hakim balik almost 4pm kot. Tumpang Fadhli. Wah semalam aircond dr tengahari sampai ke petang.. letrik mmg tinggilah nak buat camana. Ingat petang malas nak ajak ustadz tadarus. So lps solat asar dengan anak2 kami mula bukak quran. Belum mula si bujang dah tidur dulu. Biarkan je.. dia tidur jam 1:30pg malam sebelumnya. Study utk mid term. Kesian anak mak. Sedang kami bertaddarus- mak and along- dengar pulak loceng berdenting. Ustadz sampai ! Maka turunlah ke bawah ngaji dgn ustadz. Lega tak payah masak. Bibik dah siapkan. Simple dish- petola masak air dan ayam goreng. Sambal belacan dari esbok . Minta dia goreng ikan kering terubuk je - abis 1 rumah bau busuk walau katanya dah on kan yg sedut asap! Sampai masa nak solat maghrib, hakim spraykan juga minyak wangi kat bilik mak.
Alhamdulillah malam tadi lepas tarawih dpt siapkan 1 utk cushion rumah. Paksa lah.. abis asik buatkan org punya je.. kesian rumah sendiri.. org punya kita take a break jap!
pattern tengok kat internet Utk rumah kena buat simple sebab tak sabar nak siapkan. yang ada dah 3 tahun tak ganti2. Sian rumah I
Ahad:
Lepas subuh cari bantal woo.. kena rest sebab penat hari sabtu macam tak ilang! Huhu
Pergi ke kedai pagi tu.. nak beli siakap.. maklang kena ujan sikit. Terus senin pagi rasa tak sedap sangat badan.. ada pulak yg tanya apa kena mengena ujan dengan badan tak sihat. Manalah i tau... dah gitu jadiknya!
memang puas hati tengok warna dia!
Alhamdulillah siap juga dalam kemalasan yang melampau!
Masak petang tu ramai yg bantu.. walau macamana pun letih jugak sebab very the hot day!
sempat buatkan abang sambal kacang ikan bilis utk abang, dapat 6 bekas kecik. Abang 3, Maya 2, maklang 1. Tapi yang maklang punya dah habis petang tu juga masa berbuka! Alhamdulillah! sesuai selera lah tu!
Sabtu:
Sabtu.. tidur huhu.. eh lepas subuh. Abang pergi ke masjid balik around 7:00 am agaknya.. isteri dia berehat. Biasalah kena lelap sekejap .. then baru boleh aktif. Kena paksa nak jahit sulam ros warna warni.. lewat malam baru buat!
Petang tu marathon memasak. Ada budak comel tu nak pulak bawak bekal balik uni. Ari jumaat mak tanya dia tak nak.. camtulaa..
So masak
Ikan tenggiri asam
sambal ayam
ayam masak kicap
sambal daging limau kasturi
ayam cashew nut utk buka puasa
sayur campur utk buka puasa..by Maya
tahu jepun masak kicap yg tak berapa sedap ditekak ku..utk buka puasa..
Ikan tenggiri asam
sambal ayam
ayam masak kicap
sambal daging limau kasturi
ayam cashew nut utk buka puasa
sayur campur utk buka puasa..by Maya
tahu jepun masak kicap yg tak berapa sedap ditekak ku..utk buka puasa..
tahu jepun
sambal ayam makngah,,,kesukaan maya |
tenggiri masak asam
chicken cashew nut
Memang letih sangat lah petang tu..letih sangat..tadarrus degan anak2 dan suami ku, sampai bbrapa kalilah iphone terlepas dari tangan huhu...
Untuk hari jumaat nnt sambung posting lain. Maaflah kalau ada yang baca. Belum cek lagi semuanya.. nak cepat. Nak betulkan mesin jahit tepi...tak sabar nak jait sulam utk sendiri. Kena siap juga utk nak kelas arab dalam masa 1 jam lebih sikit, InsyaAllah!
Semoga hari ini dapat banyak kerja yang diselesaikan.. Amin!
No comments:
Post a Comment