Wednesday, May 23, 2018

Sakit perutt!

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam Ramadhan ke 6. Pagi2 was ok, tp towards nak waktu berbuka, tiba2 sakit perut sampai tercirit. Tak tahulah kenapa jadi gitu. Sampai ke selepas waktu buka, perut masih tak sihat lagi. At the time menulis ni pon perut masih tak sedap. Macam penuh gas. Kepala pun nak pening ni. Doakan maklang sihat ye.


Alhamdulillah semalam dpt pergi kelas arab. Lepas terus balik terus jait batang kusyen utk sofa yg dah terbarai. 2 jam jugak kerjanya .. huhu... lepas siap tu, melepek lah.. menyulam kejap.. Alhamdulillah ada dah ganti utk kusyen kecik yg dah 4 tahun tak berganti kot. Sebab ada 1 set je..

Petang Selasa tak masak apa pun. Panaskan masak asam dan masukkan ikan tenggiri je, Kemudian buat telor dadar dan kemudian masak sayur kobis masak lemak. Memang the best combination tu. Angah kat KL pun sama juga makan yang sama, Masak asam dari Kerteh pastu dia masak lemak kobis sendiri. Tiba2 dia tersuka makan masak asam pulak. Maya pun sama...hehe..

kat Kerteh


Kat KL


Ni yang siap..InsyaAllah nanti sempat baru jahit jadikan kusyen


Semalam hari Rabu...huhu..maklang ponteng klas fekah. Perut masih kurang sihat ...dok fikir2 nak pergi tak ikut geng usrah hantar barang / sedekah ke Kg Pahang dekat2 belah Rangoon. Pikir punya fikir, maklang decide nak ikutlah.. 

Kelakar bila kawan maklang yang usik2 maklang sakit perut dan ketawa sampai tak boleh berenti, tiba2 dia pulak kena sakit perut! Cian dia. Sampai tumpang bilik air kat rumah salah sorang yang kami visit! hehe

Sampai dari Rangoon, maklang terus ke dapur. Balik cepat dari rumah Elly pun sebab kena call dengan taukeh yang nak service aircond. if not mau tak balik lagi. Alhamdulillah siap masak nasi ayam dan marinate ayam dan tumis mee hoon punya rencah. Of coz lah bibik tolong. Letih sangatlah ! Lepas siap terus solat dan menjahit. Nak sangat menghias rumah. Moga Allah oermudahkan...




Alhamdulillah lepas asar goreng mee, Tapi mee hoon tak laku! Nasi ayam laku! Alhamdulillah


KAwan2 Hakim balik hampir Isyak, Lepas solat kami tolong2 kemas dan kami solat Isyak sangat lewat!. Selesai terawih dah jam 11. Perut masih tak berapa selesa lagi...huhu.Telan ubat juga!

Alhamdulillah for a blessed day!



2 comments: