Friday, September 14, 2018

Birthday sahabat

Assalmualaikum.. 
Terkial juga buat riben ni. Hahah terlepas date birthday sahabat. Biasalah bila sampai waktu baru
fikir apa nak kasi. Rezki dia lah dapat beg ni. Semoga dia happy! Tengahari tadi dia dtg nak tengok sarung bantal baby. Cepat2 ambik kesempatan baak bagi hadiah! 


 


Ini collection sarung bantal masa anak2 baby lagi. Ada yg buat sendiri, ada yg wan yg jahit. Bestnya kalau ada umur dan dapat cucu, boleh buat lagi dan turunkan yg ini pada mereka. ان شاء الله !




‎الحمدالله dapat siap 2 ni lepas breakfast. 



Sampai dekat 12:30pm kot baru nak masak ayam masak ijau tu.





Pagi tadi masak ayam masak Ijau berlado modified suka hati! Nak abiskan lada hijau sebenarnya.. dan malas nak blend bawang! Makanya.. blend lada hijau denga cili padi sedikit, bwg putih dan tomato. Tumiskan sampai lada garing. Masukkan ayam dah digoreng dengan garam kunyit. Saya suka potong kecik2 supaya lada tu masuk dalam ayam. Saya letak juga kentang potong dadu besar (goreng dulu), bawang besar potong panjang dan tomato buah potong panjang. Jangan lupa perisakan dengan garam dan gula

Taburkan daun ketumbar( sebenarnya lupa nak gaul sekali!)
Sedap makan dengan nasi panas! Sekali ngap lah tadi. Mmg suka ratah lauk anak2 ni dan emaknya juga

Alhamdulillah petang semalam lepas asar pi rumah ustadzah Noriah . Dia buat aqiqah cucunya. Muda lagi dah dapat cucu! rezki masing2 kan


Alhamdulillah sahabat jannah sentiasa tersenyum bila bersama!
Nikmat apa lagi yang mahu didustakan??


2 comments:

  1. Maklang, motif cross stitch tu mengingatkan saya sarung bantal baby yg saya jahit sendiri berdekad lalu. Nak kembali bercross stitch satu kemungkinan yg jauh . Jari2 dah kaku semua.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah mokjadeandell ..betul tu ...tp teringin nak buat lagi cuma sekarang lebih sibuk menyulam tempahan orang..tapi nak juga buat lagi Inn Sya Allah

    ReplyDelete