Hari ni dah sabtu.
Rabu lepas buat usrah was like Khamis. Entah kenapa rasa macam Khamis. Agaknya sebab dah plan awal2 utk usrah buat hari rabu. Tu bila hari Rabu tu rasa mcm Khamis. Lepas usrah pi shopping baju tshirt muslimah murah . Beli utk maya dan dhirah dan bibik. Saje upah bibik penat kemas rumah lepas buat usrah.
Rabu.
الحمدالله kelas ustadzah naliati buat awal. So cepat boleh layan kerja sendri. Tp mulanya pun lepas zohor but very unfortunate sebab entah 2 jam lebih duduk depan mesin jahit, 1 benda tak jadi sebab asyik jahit bukak jahit bukak sampai 3 kali. Last2 keciwa sangat. Dahlah berenti dulu. Solat and then baca buku dan naik basikal.. haha.. and malam tu selesai isyak semua, baru lah mula menjahit. الحمدالله rezki Allah bagi siap 3 pouches. 2 yg sulam riben , 1 pouch utk spec. Bila ada buat benda yg mendatangkan hasil mmg rasa tak buang masa hari tu. Malam Khamis tu puas lah! الحمدالله !
Ini pulak beg yang dah jahit bukak 3 kali.mKenapalah tak tahu jadi macam tu! Akhirnya berhenti, solat Asar dan terus tak mahu pegang dah! Allah tak izin dia jadi beg petang tu!
Rasa rugi yang amat sebab tak ada hasil siang hari , makanya selepas Isyak paksa juga menjahit. Siap lah 2 pouches dan 1 spectacle case. Alhamdulillah walau hanya sedikit je!
Khamis.
Biasalah.. pagi2 dah siap semua. Tak masak pun sebab Dhirah dah nak tolong buat breakfast. Lunch pun dah pesan bibik buat sup bayam letak ayam dan juga bilis berlada je. Cukuplah. Kadang malas pikir nak masak apa...tak tahu dah..
Pagi as usual pergi kelas Arab. Masih belajar surah infithor. Memang best belajar tafsir dengan orang Arab , orang yang bahasa ibundanya adalah bahasa Arab. PEntafsirannya lebih mendalam. Alhamdulillah Allah beri kemudahan!
Lepas dari beli baju Maya, terus ke pusat zakat, bayar zakat Cik Abang. Ju dan Shinta ajak makan mee sup. Alamak duit tinggal RM10 sahaja dalam beg tangan! Tak apa2 ..Ju belanja ! Alhamdulillah!
Sedap sungguh mee ni! Alhamdulillah..
Petang Khamis ada ngopi kat rumah nani, Biasalah tu. Bila Elly balik adalah ngopinya! Haha. Malas nak buat apa2. Cuma bawak kek buah kecik dan letakkan cream cheese! Senang cerita. Sekali sekala bila jumpa memang best! Merekalah sahabat2 ku dunia akhirat!
Malam tu tak ada kerja! Melayan budak 2 ni. Dhira ketawa tak berenti bila dia tengok muka adek dia macam tengok cermin. Gelihati betul!
Kita continue utk hasil hari Jumaat sabtu Ahad in my next entry, insya Allah. semoga istiqomah
No comments:
Post a Comment